Sunday, 22 October 2017

Goodbye My Blog :)

Assalamualaikum. Ade beberapa perkara aku nak cakap ni.

Besok, 23/10/17 dah genap 3 bulan aku kenal MR F. Yeayy! Awal lagi kan? Hehe awal sangat sangat sebenarnya. Banyak giler up and down tapi Alhamdulillah masih mampu untuk bertahan. Korang doakan je yang baik-baik keyh. Thanks. Mana la tauu, nak kahwin nanti tetiba aku bukak balik blog ni and letak title "We're Getting Marrieddd!" pulak kannn, hahaha ^_^  doakan ehh? Thanks ;)

Yang kedua, tolak hari nii, genap la lagi 2 minggu sebelum final exam. MasyaAllah. Last sem, last exam ^_^ Sekarang ni tengah struggle, insyaAllah bolehh. Heee. Ouhh, mana tauu one day aku bukak balik belog ni and story pulak "My First Interview" ataupon "Tomorrow Start Kerja!" pulak kann, hahaha ^_^ yelahh sekarang ni tengah study. Asyik la cite stress study, stress exam, stress dengan kelas, assignment. Ha tak lama lagi nak abis dah benda-benda ni semua. InsyaAllah, ade rezeki kita sambung study lagi <3 Doakan ehh? Thanks ;)

Terakhir, fyi ni adelah post aku yang terakhir dekat belog ni. Aku takkan update apa-apa dah. Bukan sebab aku gaduh dengan MR F ke, bukan sebab aku tengah gigih bebeno dengan study ke, bukan bukan bukan. Semua salah. Just aku rasa .. cukuplah setakat ni aku cerita pasal hidup aku dekat alam maya. After this, no more. Tapii, mana la tau satu hari nanti aku bukak balik belog ni and post satu entry dengan title "I'm Back Yowww!" Hahahah. Mana la tauu. So, sepanjang aku blogging ni aku mintak maaf sebab selalu annoying dengan korang. Update pon benda tah hape-hape je. Percayalah, apa aku tulis tu semua ikhlas dari hati ni. Lepasni takpayah dah baca entry budak annoying ni okay ;)

Cuma, lepasni doakan la aku dapat jalani kehidupan yang lebih baik. Next year nak masuk 20 dah, banyak lagi benda aku kena tempuh. Doakan aku kuat. Doakan aku dapat capai impian aku. Untuk abis belajar, untuk dapat kerja yang baik, untuk bersama dengan MR F, untuk dapat 4 orang anak kembar (request from MR F) hahahaha :) Okay dah dah aku taknak jadik annoying untuk post terakhir ni jugak haha. So, yeahh take care gais and Assalamualaikum.

Tuesday, 17 October 2017

Tak Nak Kehilangan Awak :')

Assalamualaikum. 12.10.17, malam tu aku bluetick MR F, tiba-tiba dia tegur balik "sayang oo sayang orang nak gerak Thailand ni" Aku ingatkan dia merajuk sekaliii since that day dia ghaib! T_T Ya Allah aku macam orang giler carik dia weyh. Malam Sabtu tu aku gi tengok wayang cerita yang Zul Ariffin berlakon tuu, haa Tombiruo lepastu balik tu dapat call dari MR F. Ya Allah hepiiii tapi aku cakap nanti aku call balik sebab kat dalam kereta. Aku sampai rumah tu mandi tukar baju apa semua. Tengok fon dapat msg and miss call dari dia. Ya Allah tak perasan T_T Aku pon cecepat call dia balik .. sekali tak dapat. Takde line. 

Sabtu pagi tu kol 8 lebih aku call lagi sebab nak bagitau balik kampung. Tak dapat jugak. Alahaii. Dah sampai kat kampung call lagi, still tak dapat. Senja tu call lagi, huwaaa tak dapaat! Stress giler weyy. Call tak dapat, msg tak reply. Haa mula la aku pikir macam-macam kann. Nasib kat kampung, takde la sunyi sangat. Tapiii malam tu aku menangis macam apa jee, sampai bengkak mata aku. Aku rindu giler kat dia. Tunggu call tunggu msg tapi satu apapun tak sampai :'( Bila aku dah sampai Serdang balik, bukak WIFI haaaaa berseri mataaa weyyy! Dapat ws dari diaa, miss called berlambak-lambak. Hahahaha terus senyum sampai telinga heheee. Rupanya memang betul dia pergi Thailand, lepastu kena pergi Kedah pulak. Malam tu kol 11 baru dia sampai Perak semula. Cecepat dia suruh aku call dia sebab dia takde kredit. Haa lepas rindu kat hati ni weyy hahahahaha :P Kena bebel jugak la kann sebab buat aku risau macamtu sekali. Hiishhh! -.-

Lepastu Alhamdulillah semuanya dah baik semula. Hehee dah macam dulu-dulu dah. Isnin semalam dia masuk kerja balik tapi shift malam laa. Dia bagi gambar dia, huwaa meltinggg <3 hahaha. Pastu hari ni pepagi buta dia dahh ws aku. Tapi ade bertekak sikit ahh sebab aku puji member dia hahahaha. Dia kata "Orang ni gigih laa tangkap gambar pepagi buta kol 7 lebih sebab nak bagi gambar dekat orang yang dia sayang, alih-alih orang lain pulak dia puji" Hahahaha >.< 

MR F manja gilaaaaa. Dia kata nanti dah kahwin dia nak melekat jee. Aku pulak yang taknak hahahaha terus kena tazkirah dengan dia kahkahkah :D Pastu mak MR F tanya aku ni boleh ke masuk dalam keluarga dorang? MR F back up kemain lagii, sampai aku spechless taktau nak cakap ape dah haha. Aku cakap "Alahaai melting orang tau" dekat gambar yang dia bagi pagi tadi. Pastuu MR F cakappp, "Terima kasih sayang. Orang sayang awak tau. Apa yang orang buat semua untuk kita nanti tau. Sayang nak tau tak kita ni dah serasi tau. Orang percaya apa pun yang datang kita tak kan dapat dipisahkan. Ingat tu tau. Memang orang kuat marah apa semua. Sebab orang dah terlalu cintakan awak sayang. Dalam hati ni ada sayang je. FIRA SAYA *Nama penuh dia* SAYANGKAN AWAK SAMPAI KE JANNAH" 

Perrhhh waktu tuu nak nangis woiiii tapi tahan tahannnn. Aku cakap kat diaa, "Orang pun sayang awak sangat2. Orang tak kesah awak marah orang sebab orang yang banyak carik pasal dengan awak. Kalau orang salah, awak tegur je orang okay. Orang tak nak hilang awak. Awak ingat tu tauu" 

Masa dia hilang 12 sampai 15 haribulan tu, aku rasa macam sunyi gila. Sedih sangat. Masa tu baru aku sedar yang aku sayang kat dia. Tapi taktau asal aku boleh tekad sangat mintak clash ngan dia 10.10.17 dulu hahahaa nasib baiklahh dapat MR F. Dia matang and penyabar giler weyh. Aku tak deny yang dia nii kuat membebel semua hahaha tapi dia marah ke membebel ke semua tu ponn sebab aku yang banyak carik gadoh. Dia marah marah pon at last dia yang pujuk hati dia sendiri. Pernah sekali je dia marah aku lama giler sebab aku cakap aku ade crush lain kat sekolah (hahaha memang patot pon kena marah T_T) lepastu haa dah okay dahh. Taktau la weyhh, tapi aku sayang sangat kat dia. Korang doakan la kiteorang kekal eahh. Terima kasihh :'))) Ohh lupaaa, happy Deepavali untuk hari esoook! Baaaii :)

Tuesday, 10 October 2017

Tragedi Oktober (10.10.17)

Assalamualaikum. Lepasni kita update belog pakai tarikh jelah eah? Hahaha. Hari ni fuhh gaduh teruk dengan MR F. Aku sampai mintak putus, punya tak tahan T_T Lepastu MR F call, bincang hati ke hati (hehe) lepastu dah okay. Ya Allah mulut tu tapis sikit weyy. T_T Lepas family dah tau apa semua, tetiba nak buat perangai nak putus pulak kan. Alhamdulillah, MR F banyak sabar dengan perangai aku. Sentiasa open nak bincang apa-apa. Walaupun dia akan marah dulu sebab aku tetiba moody (my bad T_T) nanti mesti dia pujuk jugak. Terima kasih awak :'))) Dia siap nak cakap dengan mama sebab nak mengadu aku mintak break haha T_T Ya Allah, kau kuatkanlah hati kami. Mak MR F dah cakap, carik orang yang boleh susah senang sama-sama. Aku cakap aku sanggup hadap semua benda asalkan ade MR F :") Semoga kita kuat  Bila kita dah rancang nak halalkan sesuatu hubungan tu, syaitan bersungguh-sungguh nak hancurkan. 😈 Jadiii, kita kena doa Allah kuatkan hati kita supaya terus setia dan percaya antara satu sama lain 😇❤❤

Saturday, 7 October 2017

Tanggal 30 September 2017

Assalamualaikum. Selamat pagi semua. Dah sarapan ke belum? Ingat yerr breakfast like a king, lunch like a prince, dinner like a pauper. Haa gitteww barulah namanya gaya hidup sihat. Haha, dah kenapa pepagi buta aku bagi motivasi kesihatan ni? Okay dah dah 😑😐

Okay nak cakap macam mana ni eh. Adu. Hmm okay 30.9.17 aku ikut mama pergi kerja. Tolong mama packing ubat perimdopril, untuk orang yang ade high blood pressure. Tengah packing ubat tu, mama sembang-sembang pasal awek abang, Kak Byla. Kak Byla ni rapat dengan mama, sampai kena period pain pun nak bagitahu. Sebelum tu cerita pasal cousin kiteorang yang dah bertunang walaupun study lagi 2 ke 3 sem tahh. Lepastu mama cakap, "Anak orang semua nak cerita kat mama. Anak mama sendiri taknak pun cerita. Ada kawan dengan sapa-sapa tak sekarang?" Aduu mati lah nak. Terus ah teringat MR F aka MR Benkin aka bakal Zauj aku tu kahkahkah :)

Kebetulan pulak 30.9.17 tu genap 2 bulan 7 hari kiteorang berkenalan. And tu adalah tarikh mama kenal dengan MR F. (23.7.17-30.9.17) Hihi. Mula-mula tu macam, ya Allah tak cepat sangat ke aku bagitau dekat mama ni ... T_T So aku gelak-gelak jelah bile mama tanya tu. At the end aku decide bagitau jelah. Nak sorok-sorok nanti menyusahkan jee.

Aku : Kawan gitu-gitu je ma. Orang Perak.
Mama : Ouh orang Perak. Duduk sini ke Perak? 
Aku : Memang duduk dekat Perak. Kerja polis.
Mama : Polis? Wah. Mesti jelas mata dia kan. 
Aku : Hee ye la tuu. Dia anak sulung. Ada 5 adik beradik. Ada kembar.
Mama : Wahhh kembar. Umur berapa yang kembar tu?
Aku : PT3 tahun ni.
Mama : MR F umur berapa?
Aku : 20. No 2, 18 baya adik. Ketiga keempat yang kembar PT3 tu. Last 7 tahun rasanyaa.
Mama : Muda-muda jadik polis. Hebat jugak.
Aku : Hehee dia lepas abis sekolah tu terus masuk kem apa tah tuu. Tu yang awal kot.
Mama : Dah kenal-kenal ke dengan adik dia? 
Aku : Heee haritu ade adik dia nak kenal. Mintak no. Adik-adik dia semua peramah, banyak mulut haha.
Mama : Haa pernah jumpe tak? Kenal macam mana?
Aku : Tak pernah jumpe pon. Sepupu dia kawan baik anis. Kenal dari sepupu dia lah.
Mama : Oh. Nanti kalau nak jumpe, bagitau mama. Suruh dia jumpe dengan mama dulu, tau?
Aku : Okay mama. InsyaAllah bulan 11 atau 12 ni adik dia abis kem tentera, nanti dia datang sini la kot.
Mama : Wahhh, abang polis adik tentera. Hebat mata memasing nii.
Aku : Hahahaha mama ni xD
Mama : Mama tak kisah. Mama tak marah pun. Mama faham umur baya awak ni mesti ade perasaan macamtuu. Asalkan jangan leka dengan study, mama okay. Jangan sampai tak boleh tidur ke apa. Tau?
Aku : Hahaha insyaAllah tak :) 

Lebih kurang macam ni laa cara aku kenalkan. Nak ingat sebijik sebijan pon tak leh gak sebab dah seminggu lepas dah hahahaha. Banyak lagi sebenarnya benda yang aku cerita dekat mama tapi takpelah, peribadi :D Besoknya, 1.10.17 tu pergi Maeps pulak. Alaa yang katanya ade 400 booth tu, acewahh. Pergi dah last day, tak meriah sangat pun haha. Time nak balik tu, MR F pulak call. MasyaAllah dah la kat dalam keretaaa. Mula-mula tu aku tak angkat, aku msg dia "Kenapa call?" Dia tak reply, dia call lagi T_T Okaylah angkat jelah. Ehh mama abang okay je hahahahaha tak marah pulak xD Cuma aku jelah yang malu hehee. MR F ponn macam, "Sayang malu ehhhh" Kurang asam. Dah habis call, lelaju dia msg "Sayang malu ye hahaha" Pastu pandai bodek tetiba "Sayang awak hahaha" Hishh geram akuu 😖 

Khamis haritu pulak (5.7.17) Mama kenal dengan sepupu MR F merangkap kawan baik aku tu pulak. Malam Jumaat tu ade buat solat hajat dekat Masjid UPM, so sepupu dia tumpang sat kat rumah dengan sorang kawan kiteorang lagi. Time mama balik kerja tu adelah sembang sikit-sikit. Tapi time kiteorang nak pergi tu baru aku cakap "Mama ni laa sepupu MR F" Wahh, mama senyummm je. Nasib baik laa sepupu MR F buat perangai semenggah kat rumah ni hahahaha siap masak nasik goreng aucchh XDD

Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. Bila family semua dah kenal ni kann, mestilah kau rasa macam lebih bertanggungjawab (cewah! haha) untuk jaga hubungan tu. Cuma tu lahh, dua-dua pihak kena take part sebab kalau sorang je yang bersungguh, yang lagi sorang asyik buat bodoh, confirm hubungan tu akan runtuh. Hahaha :) Ouhhh ade lagi satu ceritaa. Sepupu MR F ni ade adik, Fattah namanya. Dia yang amik kiteorang lepas balik dari Solat Hajat tu.

Fattah : Mana bha kau pigi? (Pekat giler Sabah hahahahaha)
Pija : Ada bha sana. Kau tu yang pigi mana?
Fattah : Ada tadi masa ceramah aku duduk di dalam.
Pija : Ya la tu.
Fattah : Bagus kalau aku tinggal jak depan sana.
Pija : Ha tinggal jak bha.
*dah baik dahh, biasalah adik beradik bertekak hahahahaha!*
Fattah : Mau pigi mana ni?
Pija : Rumah Fira. (weyy nama aku naik ah haha T_T)
Fattah : Fira? Fira yang mana?
Pija : Fira la bhaa. Yang sama MR F tuu.
Fattah : Ouhh Fira MR F. Yang mana ? (Cepat-cepat toleh kat belakang)
Aku : *Tutup mukaaaa ya allah maluuuu T_T* Pijaaaa!
Pija : MR F lahh yang cerita dekat dia pasal kau. Bukan akuuuu.
Fattah : Ouhhh ini kaa orangnya?
Pija : Nanti kalau MR F datang, aku bawak dia pergi rumah kau ehhh 
Aku : Tak payahhh nak mengada.
Pija : Ala nak jugaaak.
Aku : Eh dia ni kanggg. Haha.
Fattah : Lalu mana ni? Flat ikan ka?
Aku : Eh tak takk.
Fattah : Apa nama jalannya?
Pija : Bising jak kau ni. Ikut ja laa aku tunjuk jalan nanti.
Fattah : Ha ya lah ya lahh.
Pija : Aku tak nampak kau tadi.
Fattah : Aku ada tadi dekat tempat ambil makanan perempuan.
Pija : Bukan nak carik kakak kau ni.
Fattah : Macam mana mau carik? Tadi kau pakai baju apa? Sekarang pakai baju apa?
Pija : Macam kau tak tau kakak kau ada baju apa.
Fattah : Ah sudahlahh, pening suda orang belakang gado pasal baju.
Aku and Nat : Hahahaha ya laa takpa bhaa kami ndak paham punn (saje menganjing kahkahkah)
*Dah sampai rumah tu si Fattah cepat cepat tengok belakang. Aku kelam kabut keluar. Segan kot hahaha* Time tengah jalan tu tak nampak lak ade kucing tetiba lintas dari bawah kereta. Terkangkang aku nak elak. Hiiishhhh. Si Fattah pulak pergi tegur "Kenapa bhaa tu?" HAHAHAHA diam ahh XD

So hari yang sama, mama kenal dengan sepupu MR F, aku kenal dengan adik sepupu dia :) Okaylahh nak cerita tu je rasanya. Nanti sambung lagi. Penat ah type panjang2 ni hahaha. Baai. #doakankamikekal. Terima kasih semua. Assalamualaikum :D

Friday, 29 September 2017

Trial STPM Last Sem TAMAT!

Assalamualaikum. Hooraaaayyy! Trial dah habis woooii. Hahahaha. Besok last day untuk bulan 9. Lusa dah masuk bulan 10. Tunggu sebulan. Awal bulan 11 dah exam final. Lepastu repeat paper. Lepastu abissss! Ya Allah, seriously even setahun setengah je belajar tapii rasa macam lama giler. Dia rasa seronok tau kalau hati kau happy, dikelilingi makhluk Tuhan yang boleh in dengan kau. Yang jadik tak bestnya bila kau tak rasa seronok dengan apa yang kau buat. Plus, kau dah macam penat giler dengan perangai manusia. But, sebulannn je lagi untuk aku hadap benda ni semua. Lepastu yeah kita buat hidup masing-masing. Sikit pun tak terdetik kat hati nii untuk jumpe manusia yang ade sekarang ;D kecuali kawan-kawan yang aku dah anggap macam adik beradik aku dah. Fathin, Fiza, Zirah, Hema, Wani, Natrah, nanti dah habis study ni kite jangan lost contact tauu! They are my truly friends la sepanjang setahun setengah walaupun ade konflik sampai tak tegur 4 bulan, ade yang baru rapat this year tapi Alhamdulillah hubungan tu bertambah baik. Cukuplah dorang sebagai kawan aku. Aku tak perlu kawan yang lain dah. Yang ada ni the best among the best dah hahahaha ;D Sweet tak aiii? Kehkehkehh :P

25.9.17. Pengajian Am.
Dengan Pengajian Am ni aku baru study malam nak exam tu. Sebab sebelum tu aku fokus Sejarah je. Macam tak boleh move on dari Sejarah. Malam tu pulak bakal zauj aku a.k.a Mr Benkin aku call. HAHA! Segaaar je mata. Dah la lepas Isyak tu aku carik pasal dengan dia. Hoho. Tapi tak lama ponn. Pepandailah aku pujuk dia. Dia tak boleh dengar suara aku takut ke nak menangis ke, walaupunnn dia benkin tapi dia sweet angat-angat HAHA. So dah settle, sampai pukul 2 ke 3 pagi tah aku study. Lepastu exam start kol 11.45 pagi sampai 1.45 petang. Bahagian A aku hentam jelahh. Haha. Nanti cek jawapan dengan Dak Sabar. Lepastu Bahagian B, yang alihkan jadual or carta dalam bentuk esei tu. Haa ni lagi la. Format dia tak menentu. And terakhir sekali, esei. Kena buat 2 esei. Satu esei 350 patah perkataan. Kejap aku tengok soalan, 

Esei 1. Hubungan diplomatik yang baik merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kejayaan pembangunan negara-negara ASEAN. Namun begitu, masih terdapat banyak halangan dalam mencapai matlamat tersebut. Bincangkan. (Tahu format tapi taktahu nak elobarate so goodbye)

Esei 2. Malaysia telah membuktikan kemampuan dalam penganjuran pelbagai kejohanan sukan bertaraf antarabangsa. Huraikan implikasi yang timbul daripada penganjuran ini kepada negara kita. (Bolehlah jawab tapi tak sure format dia)

Esei 3. Jenayah keganasan antarabangsa yang berlaku kini disebabkan oleh pelbagai faktor dan jika tidak ditangini boleh mendatangkan implikasi dari segi sosio ekonomi kepada negara yang terlibat. Bincangkan. (So nampak en format dia yang faktor plus impak sosio, impak eko. Ha jawab jelah labu)

26.9.17. Sejarah.
Haaaa niii! Walaupun aku cakap aku fokus dengan Sejarah tapii tak tahu kenapa malam tu bila baca balik aku rasa macam aku tak study apa-apa. Serabut okay! Dah la kena study Sejarah Malaysia, lepastu nak kena belajar pasal Sejarah Asia Tenggara pulak. Satu bab nak kena hafal untuk dua buah negara. Sejarah dah ade 26 bab! Haduuu v.v Tu hari yang paling aku stress belajarlah. Sampai aku cakap dekat MR Benkin "Awak orang stress sangat study kali ni. Orang cam dah give up dah. Dari SPM lagi memang takde chemistry dengan Sejarah" Dia baca je ws aku tu, terusss call. Risau beno dia. Angkat-angkat je "Sayang, sayang okay tak ni?" Aduu terus lega sikit kepala otak. Haha terharu weyh :') Lepastu tauu aku tido kol berapaaa? Pukul 4.15 pagi! Haa memang lambat la cite dia bangun tu. Pukul 7 baru aku bangun, kelas start kol 7.20. Aje mamposs! Hahaha. 

Sampai je dekat sekolah, pulaaaak satu baris kabin tu bergelap. Dah kenapanya ni? Rupanya blackout! MasyaAllah T_T Semalam jawab PA tu pon sama jugak. Beberapa minit sebelum exam start pulak tuu, boleh pulak takde letrik. Merecik je nak jawab exam. Ni lagi ah, takkan dari pagi nak tahan panas? Aduhaii. Bila dah letak beg, aku nak keluar kejap. Beli sarapan. Lalu je sebelah classmate, dia tengah baca ws. Dia baca kuat-kuat. "Peperiksaan bermula pukul 8 pagi. Harap pelajar semua siap sedia" De heccccckkk! Patotnya start pukul 11.45 pagii! MasyaAllahhhh. Asal classmate lain masuk je semua memekak "Weyh seriouslah dowwwhh. Aku tak baca buku lagi kot" "Wey takyah main-main doh. Aku tak baca pape lagi tauu! Aduh" Hahaha semua keluarkan ayat yang sama je. Aku ni even study sampai 4 pagi tapi macam masuk tak masuk je. Terus terbantot aku nak beli sarapan sebab kelam-kabut gi tempat duduk balik, bukak buku haha. Yang bebudak laki dah angkat beg dah nak balik HAHA. Hectic giler hari ni, bangun lambat, blackout, exam diawalkan pulaaak! :(

Puan Norliza masuk kelas je semua bising mana boleh macam ni cikgu, tak study pape bla bla bla. Pastu cikgu cakap dia dimaklumkan kemungkinan exam ditangguhkan. Kau dengar tak weyyhhh? DITANGGUHKAN! MasyaAllah nikmatnya bile dengar perkataan tuu! Lepastu Puan Roslina buat undian pulak. Ade 4 pilihan. Nak exam start pagi tu / haritu jugak tapi lepas rehat / hari Jumaat pagi / hari Jumaat lepas rehat. Dann undian terbanyak hari Jumaat pagi! So harini barulah settle aku punya paper Sej. Alhamdulillah tak stress dah. Hikhik. Balik tu cerita dekat MR Benkin boleh pulaaak dia gelak! Dia kata dok KL tapi blackout. Kureng betul. Ala dia tu lagilahh, pergi jadik geng kunyit tido pakai boxer dekat living room, kunci gate, bukak pintu hahahahaha siap tangan member atas perut lagi. Ewwwww :P Hahahahaha.

27.9.17. Bahasa Melayu.
Hari ni birthday mama! Happy birthday mama. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dilindungi oleh rahmat Allah SWT :) Okay subjek BM ni aku takdelah stress sangat study. Tido pon kol 2 pagi macamtu. Exam berjalan lancar. Pukul 12.15 sampai 1.45. Alhamdulillah. Tak yakin sangat sebab aku tahu soalan last tu aku ade careless mistake, so aku harap belah depan-depan tu dapat cover aku balik ah. Aamiin. Tak tahu la kann, bile kau rasa suke dengan subjek tu kau rasa macam mudah je nak masuk. Alhamdulillah lah, aku dari sekolah rendah sampai dah nak habis belajar ni takde masalah langsung dengan subjek BM atau dengan cikgu BM. Tipulah takde masalah langsung tapi masalah tu dapat diatasi lah, takde timbul perasaan "Awak orang stress sangat study kali ni, orang cam dah give up dah" Ehh tu macam perli aku tadi! Haha :P Okaybaii.

28.9.17. Ekonomi.
Aduh. Eko eh. Hmm Eko sebenarnya buat aku stress jugak tapi aku taknak fikir sangat. Aku taknak stress sangat macam malam Selasa haritu. Fheww letih woi otak! So kite belajar chill-chill je. Exam start kol 12.45 sampai 1.45. Kena jawab 5 esei dengan 1 kuantitatif. Sakit hatikan? Belajar beratus muka surat tapi keluar 6 ketul soalan je T_______T Takpelah aku redha dengan permainan dunia ni muahahah. Haiyoo banyak keluar KBAT lah. Betul menguji minda soalan dia. Ya Allah harap-haraplahhh cikgu lembut hati terima explanation aku walaupun aku sendiri tak confident dengan hujah aku. Ehh bolehh? HAHAHA -.-

30.9.17. Sejarah is back!
Untuk mengelakkan aku stress study Sejarah macam haritu, jadi MR Benkin la yang bertanggungjawab untuk jadik pendengar. Hahaha dia pon macam redhaaa je, siap bangkang aku lagi tu! Eiii geramm! Dia pergi masukkan pasal Babylon, Kerajaan Tergantung apa benda semua tu. Haha kite ni dah la stress, lepastu tanya dia soalan bebanyak! Biar dia stress sama kahkahkahkahh :D Ya Allah banyak betul hutang aku dengan bakal zauj aku ni. Selalu sangat ade masa aku senang, masa aku susah. Sebelum tu dia banyak merepek, kiteorang lawan tak boleh gelak hahahahahaha, lepastu dia ehhh dia banyak kali kantoii :P Hahahaha. Adu takleh lupa. Bongek la dia. Lepastu aku mati call, dia call lagi, aku mati lagi, dia call lagi, aku kasik lagi mati, dia call lagiii, ha baru aku angkat. Hahaha :P Dia comel gilerr. So malam tu aku tido kol 11 malam. Awal kannnn, rasa macam aku baca terus masuk kepala otak. Tu la belajar Sejarah ni kena bercerita tau tak. Nasibla malam ni dia tak kerja, so dia lah yang kena dengar heheee :)

Exam start kol 8 sampai 10 pagi. Tapi datang sekolah kol 7 sampai 7.40 tu abis masa dengan berborak. Hahahaha ni betul punya nak move on dari stress ni. Ramai giler pulak tu tak datang. Mesti dorang pun tak sanggup nak hadap paper ni. Haihh. Bukak je soalan, duhhhhh ni sebijik nota cikgu bagi haritu. Pasal Ekonomi Komersial Sabah Sarawak. Astaga. Lepastu pendudukan Jepun yang membangkitkan semangat nasionalisme penduduk Tanah Melayu. What the fish, ni takde dalam buku! Ni KBAT ni ya ampun. And last pasal pembangunan sosial. Ha ni pon aku skip, aku baca gitu-gitu je. Sebelah mata je. Buat last minute haha. 

Lepastu bahagian Asia Tenggara pulak pasal susun lapis masyarakat dekat Indonesia. Perh time tu dah malas pikir dah tiba-tibaaaa Allah ingatkan balik pasal latihan aku buat haritu! Yang kena pecah pada Acheh dengan Pulau Jawa tu masyaAllahhh. Dengan riang aku menjawabnya kehkeh. Lepastu soalan next pulak pasal peranan Raja Thibaw dekat Myanmar. Haaa ni lagi best! Aku baca dua tokoh je, Diponegoro dekat Indonesia, Raja Thibaw dekat Myanmar. Nasib keluar salah satu! Tapi masuk soalan ketiga pasal Raja Macapagal pulak. Aku tengok nama tokoh lain yang keluar terus aku buat-buat buta hahahahaha. Takpe ah sebab setiap bahagian Sejarah Malaysia dengan Sejarah Asia Tenggara tu kena jawab 2 dari 3 je. So dah jawab dekat Indonesia dengan Raja Thibaw okaylahh. Cumaaaa yang tak konpiden Sejarah Malaysia jelah! Harap-harap cikgu murah hatiiii la terima jawapan merepek aku tu kahkahkah :D

*** TAMAT ***

Seriously sepanjang musim exam ni aku tak langsung jaga makan minum aku. Time bebetul lapar je aku makan. Tido pon mana dan je. Atas selimut la, atas teddy bear. Lepastu katil jangan cerita ahh, bersepah tahap gabannnn. HAHAH. Sepanjang exam ni jugak MR Benkin banyak jadik penguat semangat aku, plus mama ponn always say goodluck kakak pagi pagi buta tu kan. So rasa cam lega sikit stress ni haa. Lepasni aku nak kena betulkan assignment aku, lepastu nak khatam balik Meh Sandar Pada Aku (Cerita feveret MR Benkin) aku baru sampai Episod 5, lepastu nak tengok cerita Hitman yang MR Benkin suruh tengok tuu, lepastu nak kemas bilik, lepastu nak buat revision Sem 1 Sem 2 punya. Amboiiii belajar rancangan terakhir nampak? Kahkah. Kite memang pesen study last minute hoho. Okaylah baii. Penat taip pepanjang -.-

Sunday, 24 September 2017

Terima Kasih Sebab Buat Orang Happy!

Assalamualaikum. *Tarik nafas* *Hembusss* Buat 3 kali, tapi kali ketiga mohon hembus kuat-kuat sampai bersembur airliur. Kohkohkoh. Okay cuba hiburkan diri sendiri kejap. Seriously bila baca je entry yang paling baruuu haritu aku rasa macam tak boleh move on. Tapi bila ingat tak update, aik boleh je bahagia. So, buat apa lah weyyy nak stress fikir pasal mulut orang. Lantaklah dorang cikgu ke classmate ke, masa depan kita bukan kat tangan dorang. So dorang nak cakap kita goblok ke nak jadik pembodek cikgu ke, boleh jalaaaaaannn :) 

Besok aku trial sampai hari Khamis. See, nampak tak betapa cepatnya masa berjalan. Abis je trial, bulan 9 pun dah nak habis. Masuk bulan 10, bulan struggle untuk belajar gila-gila hoho *yelah tu* lepastu awal bulan 11 final exam. Lepastu hooooraaaaay, aku boleh berambus dari sekolah tu dan tak perlu jumpa dorang lagi! Kecuali bulan 8 tahun depan, waktu Majlis Graduasi 2017/2018. Tapi masa tu aku nak jumpa dalam keadaan hati suci bersih dah, malas and penat nak benci-benci orang ni. Tapi untuk sampai bulan 8 tahun depan, biarlah aku maki dorang sepuas-puas hati dulu kehkehkeh. Seriously dowhh kejap je aku down. And now aku dah bangun balik. Jangan jealous, pergi mampos. Hoiii tadi kan dah relaxkan diri tarik nafas apa semua, ni marah lagi kenapa? Okay okayy stop. Buat semak je cerita pasal dorang kat sini :D

Haa kalau nak tahu MR F adalah orang terkuat yang buat aku move on and tak sesedih dah. Dia sentiasa ada bila aku down. Tu yang buat aku sayang dia. Hihi *tutup muka* Walaupun dia garang tapi tu lah dia marah sebab dia sayang. Dia tak nak tengok aku nangis dah. Aku tak cerita pun dekat dia apa yang jadi. Entah, takde rasa nak cerita. Aku rasa macam buang masa and air liur je cerita benda bodoh macamtu. Dah lama tak gaduh dengan MR F, hoho. Tadi siang macam dah ada baur-baur nak gaduh tu, tak sampai 5 minit kiteorang settle cepat-cepat. MR F pun cakap taknak gaduh-gaduh dah. Hee orang punnnnn. Penat en asyik gadoh. Bukan best pun T_T Aku tak nak dowh hilang MR F. Dia ni banyak giler ubah hidup aku, ajar aku dari orang yang baran jadi lebih kuat tanpa perlu marah-marah semua. Dia banyak ajar aku belajar untuk sabar la. Walaupun semalam baru genap 2 bulan kiteorang kenal tapiiii kalau tak mula dengan dua bulan macam mana nak teruskan untuk yang ke 3 4 5 bulan plus tahun berikutnya kannn hehee :P Lepasni dari MR F aku nak tukar jadi bakal zauj lah (bakal suami XD) hahahaha korang geli ke? Not my businessss :P 

MR F pun cakap hubungan dia sebelum ni banyak tak tahan lama sebab orang tak dapat tahan dengan perangai dia. Hmm pelik aku. Sebab MR F ehhh bakal zauj aku ni baik sangat tau. Tapi baguslah korang tak nampak kebaikan dia, biarlah aku sorang je yang rasa semua tu hehee :) Sebabtu MR F selalu tanya penat tak dapat pakwe macam dia? Letih tak nak layan dia? Hahaha seriously orang terhibur dengan perangai awak. Gaduh teruk cane pun, orang still sayang kat awak. Awak tak pernah cakap benda kasar kat orang walaupun awak dalam keadaan marah. Orang ni haa banyak mencarut, tapi awak tak take serious pun, awak boleh gelak lagi sebab awak taknak api balas dengan api. Bila orang hilang, awak tak kasik orang pergi. Awak cepat-cepat carik. Tuuu yang paling buat orang terharu. Happy tau tak bile bangun bangun dari tido dapat msg dari yang tersayang, fuhh sampai malam berbungaaaa hati ni hahahahahaha sebelum tido pulak dengar 3 perkataan keramat tu kan haihhh mimpi indah babeee :D 

Orang cakap jangan letak harapan tinggi sangat. Ye wak, kite tahu benda tu. Tapi kite kena usaha untuk pastikan hubungan tu terus berkekalan, kalau Allah nak izinkan kite berjodoh ke tak, tu hak Allah. Kalau ade, Alhamdulillah sangat sangat! Tapi kalau takde, kite jangan persoalkan walaupun .. sedihnya ya Allahhhh. Janganlah pisahkan aku dengan bakal zauj aku nii :'( susah nak dapat laki macam ni. Dengan perangai aku ni haa. Haiihh. Okaylah baii tadi macam nak update sikit je tapi taktau asal boleh banyak perenggan gini dah -.- korang doakan aku dapat jawab trial. Doakan aku kuat jumpe dengan bebudak sakai tu besok. Dan doakan aku dengan bakal zauj aku terusss baik untuk harini, besok dan hari akan datang sampai dedua dah ninggal hahaha. Tak serious nii -.- takyahlah gelak ishhh. Okaybai semua Assalamualaikum.

Thursday, 21 September 2017

Pernah Tak Dalam Satu Hari Tu Semua Masalah Datang Serentak?

Assalamualaikum. Aku dah bosan dengan hidup aku. Aku nak pergi dari sini. Bina hidup baru. Dengan orang baru. Orang yang boleh tahan dengan aku je aku akan bawak sama-sama. Tapi cukup setakat dalam hati. Sebab kalau selalu depan mata mesti bergaduh je.

Hari ni macam bencana gila dalam hidup aku. Dengan cikgu, dengan family, dengan MR F. Yang betulnya malam semalam ade gadoh sikitlah dengan MR F. Tapi dedua dah mintak maaf cuma tu la rasa macam tak terluah semua yang ade kat hati ni. Sebelum ni kalau ade benda nak cakap, ha cakap lepastu dah settle. Tapi semalam aku takde mood sangat-sangat, sampai tak angkat call dia. Benda kalau cakap kat ws je kau tak akan puas sebab ade rasa macam eii nak cakap benda ni tapi susahnya nak cakap. Haa kalau cakap kat phone semua benda spontan. Tu yang kengkadang tak sedar kata-kata tu boleh lukakan hati orang T_T Tapi takpelah. Cakap kat phone semalam 0.53 saat je. Kau rasa apa je yang kiteorang borak? Hahaha. Hari ni dedua dah okay dah. Cuma tu laa rasa macam makin hambar pulak :") Haihh. Last kiteorang borak gelak-gelak pe semua tu, MR F ade tanya aku "Sayang, bile lagi kita nak macamni?" "Minggu depan lah awak" Tak sangka jawapan aku tu mengundang kepada hectic week sepanjang minggu ni. :"(

Hari ni hmm lagilah teruk. Kena maki kaw-kaw dengan cikgu. Ya Allah bilalah nak abis belajar ni. Aku dah tak tahan sangat dah. Aku dah bosan dengan sekolah. Bosan dengan cikgu. Bosan dengan kawan-kawan. Aku sabarkan je hati ni. Sebab fikir lagi sebulan lebih nak habis. Bila dah habis belajar nanti, aku janji kat diri aku yang aku takkan nangis sebab sedih pisah dengan semua yang ade sekarang! Aku nangis, nangis happy. Nangis sebab dah bebass! Kalau ade yang aku rindu pun, kat Fathin, Fiza, Zirah, Wani, Nat je. Yang lain-lain tu nak berambos, dipersilakan. Takde kesan langsung dalam hidup aku. 

Bila cikgu kau cakap kau bodoh depan kawan-kawan yang lain, and kawan-kawan kelas kau boleh gelak kat kau lepastu sebut the same thing apa yang cikgu cakap, kau rasa patut ke aku sedih bila orang macam tu pergi? Bukan aku sorang je kena. Fathin, Fiza dengan Nat pun kena tapi aku tak sekuat dorang. Waktu cikgu cakap macam-macam tadi, aku senyum je. Padahal dalam hati ya Allah. Tengok pulak muka bebudak kelas yang tersengih-sengih macam kerang busuk tu. Apa benda tah yang lawak. Kau gelak tengok kiteorang kena macam ni sekarang, kalau betul kau pandai kenapa kau je yang tak jawab soalan cikgu tadi? Haha orang macam ni sedih sebenarnya. Kelemahan orang dia nampak, kelemahan sendiri buta nak menilai. It's okay gais. Hidup ni ade karma, yang Islam kita ada fikarah. Harini hari kiteorang, besok mungkin hari kau. Aku tak doakan tapi ni lah lumrah. Tak selamanya kita kat atas :) 

Seriously aku tak boleh nak cerita daripada awal. Nanti aku dendam. Yang sekarang ni pun aku masih tak dapat nak lupakan. Allahuakbar. Kau bersihkan la hati ni dari noda-noda kebencian dan hasad dengki. Aku rindu sangat dengan diri aku yang dulu. Aku langsung tak kesah apa orang cakap! Sekarang ni .. tak bole kena uji sikit terus jadik lembik. Ya Allah kau kembalikan la diri aku yang dulu ya Allah. :'( Biarkan manusia berkata-kata, yang pasti Allah ada. Biarlahh :') Kalau mati pun bagus jugak, takde dah sakit otak nak fikir. Aku boleh dekat dengan Allah. Allah takkan sakitkan hati aku, Allah takkan cakap aku bodoh walaupun Dia Maha Bijaksana, Allah takkan biarkan aku hadap benda ni semua sensorang. Allah takkan gelakkan aku kalau aku jatuh. Allah tak gelakkan aku kalau aku nangis. Aku nak Allah. Aku nak Allah. :'( Jujur cakap aku tak kuat sangat sekarang ni. Aku dah cuba taknak nangis tapi aku manusia biasa weyh. Lemah bila dihina, lemah bila dicaci. Kenapa? Kiteorang ni takde harga diri ke depan mata diaorang? Langsung takde rasa kesian ke kat hati diaorang? Allahuakbar. Takpelahh .. biar Allah yang balas :')

Balik je rumah masalah dengan family pulak. Ya Allah stress sangat-sangat weyh :( Kenapa manusia ni susah nak faham! Kenapa!! Letih la weyh. Letih sangat dah. Lepasni lantak lah apa nak jadik sekalipon. Next year aku nak masuk 20. Berapa tahun je lagi aku akan spent time dengan family aku sebelum aku ade kehidupan aku sendiri. Dengan cara aku sendiri. 

Dah lah malas nak cakap lelebih. Buat tambah dosa. Yang tak tahu dan hanya baca je, mintak senyap jelah okay. Tak payah tanya kenapa, tak payah nak bagi nasihat. Kalau cakap senang lah, bila dah kena ha baru jatuh terduduk. Seriously aku tak perlukan sesiapapun dengan aku sekarang ni. Bai.

Tuesday, 12 September 2017

Dah Rasa Dah Tak Sedap Hati Hurmmm

Assalamualaikum. Semalam senja tu MR F call. Peliklah pulak aku. Awatnyaa. Pastu Isyak tu baru aku cakap asal tak angkat call dia semua. Last dia on ws pukul 2.19 petang. Pukul 12.20 pagi baru dia reply. Aduh aku dah tak sedap hati ni. Sebab kalau dia kerja sekalipun takde dia buat macamnii. Aku cakap kat dia "Awak okay ke? Ada masalah kat sana?" Pastu dia tak on lagi. Ah sudahh asal niiii T_T Tadi pagi sebelum gerak sekolah, pukul 6.40 pagi aku dah ws dia "Awak orang tak sedap hati lah. Awak okay ke kat sana? Orang risau nii. Kalau awak ade masalah, bagi la tau kat orang. Okay :(" 

Pastu petang tadi pukul 6.15 macamtu kot dia call lagi. Aku angkat. Mula-mula tu borak macam biasa je. Lama-lama tu topik kiteorang makin serius. Huwaaaaaaaaaaaa!! Padahal baru setengah jam lebih bergayut. Dia dah takde mood tu, dia cakap nanti orang call balik. Hmm okay jelah kann lagipun dia kejaa. Lepastu dia ws akuuu, ayat diaaa :"(( takpelah sayang dah ada orang lain. terima kasih buat orang macam tu. orang tau orang hitam. tapi orang pun ade hati dan perasaan. Ya Allah seriously dia fikir ke lain weyhhh. Aku takde niat pun nak cakap gitu. Aku dah cakap dah dia pendek ke tinggi ke aku tak kesahhh. Aku tau dia tinggi, aku tau dia tak hitam! Awak jangan la macam ni please. 

Pastu dia call aku balik dua minit lepastu, kali ni borak 2 minit lebih je lepastu aku tercampak phone aku. Terus termati call and dia tak call balik. Huwaaa. Tu yang aku on ws and nampak dia cakap gitu tuu. Aku pun pujuklah dia semua. Lepastu boleh pulak dia cakap, "Siapa tak sedih orang yang kita sayang buat macamtu. Orang sedar orang takde harta. Tapi orang jujur sayangkan awak. Pedih wak hati ni. Macam kena cucuk-cucuk dengan pisau" Panjang lagi dia cakap tapii aku taknak ingat. Ni pun aku dah nangis dahh. Padahal waktu borak tadi, tengah happy-happy, dia ade cakap "Sayang siap-siaplahh, hujung tahun ni kita tunang" Tak sangka jadi macamnii. Patutlahh dari semalam tak sedap hati.

Ni dia tengah kerja lagi. Dia cakap lepas balik dari kerja nak call. Baiklah, orang tunggu. Orang harap awak tak lupa janji awak. Yang haritu dia cakap dia excident dengan lori, bukan aku tak terkejut! Bukan aku tak risau! Tapi family aku ade kot masa tu hmmm. Dah lama punya cerita barulah dia nak luahkan kenapa aku tak risau bla bla semuaa. Hoho. Awak, dalam hati ni Allah je yang tahu okay :) Orang ego tau, seriously orang ego sangat-sangat tapi tak bermakna orang tak sayang awak. Hmmm. Okaylah awak kerja duluu, nanti dah balik kita bincang. :(

Saturday, 2 September 2017

Pick Up Line

Assalamualaikum. Malam tadi MR F call, tak tahuuu la dia tu banyak pulak nak berpick up line segala kan hahahaha. Tapi layan jelahhh walaupun setiap masa dia memang gila :P

Semuanya bermula bila tiba-tiba je dia cakap, "sayang ade hantu kat tepi!" Kau rasaaa? Tengah cakap pasal topik lain, tetiba masuk topik yang paling aku tak suka : HANTU! Grr. Redha jelah bila aku tercarut dekat dia. Hahahaha aku cakap dia bodoh. Ha sumpah tak sengaja. Even tengah baring-baring tu tiba-tibaaa je aku terus bangun and berdiri okay! T_T Tu namanya tindakan refleks ye rakan-rakan. Tak takut pun lalalala :P

MR F : Sayang tau tak beza sayang dengan toyol?
Aku : Huhhh? Kenapa mesti toyol? (Aku tengah terkejut lagi masa ni terkejut ok bukan takut :P so aku tak perasan langsung yang dia tengah nak buat pick up line T_T)
MR F : Bezanyaaa toyol curik duit tapi sayangggg
Aku : *Baru perasan taktik dia* Hahahaha (Tengah tahan ketawa)
MR F : Tapi sayanggg curi curi curi hati kitaaa! Chiaaa.

Malam tadi dia tidur rumah cousin dia, tiba-tiba cousin dia menyampuk HAHA. Cousin dia bagi idea pick up line. Memang tau dua-dua ni. Hish.

MR F : Haa sayang sayang! Sayang tau tak apa beza sayang dengan kambing?
Aku : HAHA kurang asam. Why kambing?! 
MR F : Ala sayang tau tak apa bezanyaa?
Aku : Okaylah okaylah tak tahu. Apa dia?
MR F : Kambing mengembek. Tapi sayang mengembek kat hati orang.
Aku : HAHAHAHA. Bila masa pulak orang pandai mengembek ni haaa? (and baru aku perasan. Awak tanya apa beza. Dah dua-dua mengembek tu benda yang sama laaa. HAHA :P Apalah cousin awak bagi pick up line tak jadiii. Takpelah layan jelaaa)

Aku : Awak, tadi awak ade tolong orang buat korban tak? Ada sembelih-sembelih tak?
MR F : Mestilah ada. Orang sembelih lembu, sayang pun orang sembelih.
Aku : Sampai atiii sembelih orangg! :(
MR F : Hahahaha tak la sayang tapi kan sayang kalau sembelih lembu, lembu tu cakap moo moo. Kalau orang sembelih sayang mesti sayang cakap love youuu love youuu. Kannn.
Aku : Helloooo takde masa okayhhh! ( Ni dah kenapa lembu kambing semua dia bagi dekat aku ni HAHAHAHA)

MR F : Sayang sebelum tidur ni sayang takde nak cakap apa-apa ke dekat orang?
Aku : Hurm nak cakap apanya?
MR F : Cakap la iloveyou ke imissyou ke sweet dream baby keee.
Aku : Allah! Hahahaha awak nak ke? Ala malu laaa.
MR F : Nak laa. Cepat la sayang cepat laaa.
Aku : Are you Malay?
MR F : Of course Malay. Abis tu bla bla bla (aku tak ingat dia cakap apa sebab aku potong HAHA)
Aku : Becauseee ai Malayyyleyhhh tengok youuu.
MR F : Hahahahaha perhhh tiba-tiba dia bagi kann. Terkejut orang kot. Tak boleh hiduplaaa macam ni.
Aku : Haa amacamm? Terror kannn :P Awak tak leh challenge munyeee.
MR F : Ehhh tak boleh tak boleh. Kejap kejapp.
Aku : HAHA kalahhhh.
MR F : Jantung sayang berdebar, jantung orang pun berdebar jugak, tu maknanya kita rasa degupan cinta yang samaaa 
Aku : HAHAHAHA apa benda tu waakkk? XDD

Malam tadi memang banyak gila aku bantai gelak dekat dia. Lawak ah dia tu. Pick up line hambar semedang kahkahkah opss jahatnya aiii :P Hey awak awak, awak suka tengok orang pakai tudung bawal tak? Kalau sukaaa bawallahhh saya jumpa mak ayah awak chia chia chiaaa. Okay okay aku dah gila rasanya HAHAHA. Ouh tak suka orang pakai bawal ke? Dah tu nak orang pakai shawl? Haa leh sajaaa, nanti bolehlah orang jadi isteri yang shawllehah untuk awak kahkakahkahkah.

Mula-mula dia call guna no 017 tapi aku tak dengar, tak clear la so dia pun cakap "kejap orang call guna no office. jap tau sayang" Lepas tu tengah borak tu, tiba-tiba sepupu dia baru masuk *dah kenapa aku rewind kemain jauh HAHA* 

Sepupu MR F : Oiii cakap dengan sapa? (dorang borak loghat Perak laa)
MR F : Cakap dengan Fira lahh. Tadi aku call guna phone tu tak dengar. Tu aku pakai no ni ha.

**OMG dia mention nama aku depan sepupu diaaa. Tak silap aku sepupu dia nama Mat :)*

MR F : Sayang cuba sayang cakap Perak sikit, orang nak dengarlah.
Aku : Alaa mana orang reti. Bahasa orang yang jawa tu pun tak belajar lagi tauu.
**Sepupu MR F menyampok lagiii hahahaha*
Sepupu MR F : Cuba kau suruh awek kau cakap Perak.
MR F : Awek aku mana retiii cakap Perak.
Sepupu MR F : Ala poyolahhh. Nanti dah kahwin habislah kau kena pindah KL.
MR F : Eh best apa duduk KL. Kau asal cakap awek aku poyo, kau tu ade awek ke?
**HAHA jahat gila MR F! XD**
MR F : Sayang dengar ke apa orang cakap tadi? (dia cakap dengan siapa tah sebelum tu)
Aku : Dengar tapi orang tak faham awak cakap apaaa.
MR F : Alolo nanti dah kahwin orang ajar sayang cakap Perak okay? Nanti boleh kita borak guna bahasa Perak.
Aku : Okay awak :)

MR F : Sayang besok orang dah masuk kerja tau.
Aku : Okay awak. Kerja elok-elok ya?
MR F : Okay sayang. Mestilahh. Orang nak carik duit untuk kahwin kita nanti.

MR F ni perangai dia unexpected okay. Kadang tu selengee je orang tengok, lepastu jadik sweet pulak. Alahaiii. MR F ade mintak gambar raya, pastu aku taknak kasik. Dia nak merajuk pulaaak. Aku cakap kat dia "Ala awak janganlah merajuk. Hurmmm orang nak tidur dengan amannn. Kalau awak merajuk, susah orang nak tidur tauu" "Okaylah okaylah orang tak jadi merajuk. Sayang tidorlah dengan aman tapi besok orang nak merajuk dengan sayang" HAHAHAHA obviously sepupu dia gelak kuat gila okay. Haihh. Sayang sangat kat awak MR F. Orang doa hubungan kita akan berkekalan. Aamiinnn :)

Friday, 1 September 2017

Kau Memang Tak Reti Duduk Diam Eh?

Assalamualaikum. Entry ni memang nampak jelas aku ni orang yang annoying, hahahahahaha. 

Aku ada satu habit. Kalau aku cakap dekat fon aku tak suka duduk dendiam. Aku kena jalan, pusing-pusing. Haa tak kesah la aku cakap dengan kawan ke dengan family ke apatah lagi dengan MR F. Aku tak suka call orang sebab bila dengar tut tutt sebelum orang sana angkat tu, aku rasa macam nebes gilaaaaaa. Dah kenapalah kau ni kan T_T

Setiap kali aku cakap dengan MR F ni, ya Allah adaaa je barang aku rosak. Klip rambut patah, manila card terkoyak, headband putus, rantai putus, tempat letak contact lens tumpah, and just now .. bedak aku pecahhh huwaaaaaa. Tu belum campur lagi terlanggar meja solek, abis senget aku jalan, bontot pun kemek sebelah T_T 

Aku banyak kali dah control sebenarnya. Tu pun nasib baik aku bukan jenis borak borak sambil lilit-lilit rambut, kalau tak abissss botak kepala aku. Huh. Dulu lagiii teruk, aku punya nebes tu sampai jatuh kerusi, jatuh katil. Ya Allah menyakai gila okay kau ni =.= Aku lagi annoy dengan diri aku sendiri cozz aku macam tak tahuuu kau dah kenapa dowhhh. Hahahaha.

That's why aku tak suka bergayut tau. Tapi kalau msg pulak, haa lain cerita. Aku memang reply msg orang lambat. Aku baca je lepastu aku ignore. Dah tau nak reply apa, baruuu aku balas. Ya Allah teruk gila. So kawan-kawan aku tu macam dah biasa kena bluetick dengan aku. Sebabbb bluetick is my last name, always is my first name kahkahkahh. Tapiii cuba kalau aku yang kena, haa boleh kena rasukan ablasa agaknya. Haih tak paham tak pahammm.

Aku cuba lah nak control lepas ni. Banyak gila barang aku dah terbarai, *sigh* Anyway selamat hari raya AidilAdha pada seluruh umat Islam :) Dan salam satu september. Wuhuu. Bulan Ogos ni macam dah banyak benda yang jadik, sukan SEA, closing pun 30 Ogos, 31 Merdeka, 1 Sept pulak Raya Haji, 4 Sept cutiiiii. Thanks pada semuaaaaa atlit Malaysia yang dah tunjukkan prestasi cemerlang sampai kita dapat cuti hari Isnin depann. Yeayy! And then Selasa Rabu je aku sekolah sebab Khamis to Sabtu aku holidayyyy. Langkawi jee hahahahaha. Wah bahagia bahagiaaaa tak sedar langsung nak final kannn kau ni kang eyy. HAHA! Okaylah baii uolls.

Thursday, 31 August 2017

Tanda Lelaki Serius Sayangkan Seseorang

Assalamualaikum. So yeah, semalam dah cakap kan nak buat entry serius. Tapi, topik ni tak pernah terfikir pun, just petang tadi tengah bergolek-golek keluar pulak dah dalam kepala otak. Kenapa aku perlu explain sebegini panjang. Aku rasa takde orang tanya pun. Ouh okay-okay. Anyway, pada awek-awek yang baca post ni lepastuuu terkena pulak tanda tu dekat laki korang, beruntung lahh :'))

1. Dia selalu bagi alasan nak jumpa.
Ni memang langsung la takde dekat Capital F hahahaha. Hubungan jarak jauh kann. Nak buat macam mana. Sobs sobs. Tapi nak raya haji ni insyaAllah dia datang. Dia betul-betul nak jumpa. Mentang-mentanglaaaa sepupu dia tahu separuh jalan pergi rumah kita kann, kemain suka nak ugut orang. Isk.

2. Dia akan dengar dengan teliti apa yang ingin disampaikan oleh kita.
Haa yang ni. Knowing MR F, dia adalah orang yang banyak cakap. First time dia call aku pun aku macam ya Allah dia ni dah kenapa. Tak kenal lepastu nak usik-usik orang pulak. HAHA. So, bila dah banyak cakap ni aku yang kena dengar dulu apa dia nak kataaaa, lepas dah habis barulah aku boleh cakap. Pernah tau dia nak cerita something then aku diam jelah sebab nak dengar kan, lepastu terus dia sound "Sayang lain kali bila orang yang awak sayang bercerita, sayang mesti respon tauu" Lepastu bila aku cerita and dia diam aku terus jerit "Awak! Awak dengar tak apa orang cakap niii" "Ye sayang orang dengarlah ni" And then .. dengar dia menguap. Khusyuk sangat ke bosan ni T_T

3. Selalunya dia akan ingat apa yang kita kata padanya.
Okay ni betul sangat-sangat! Sebijik-sebijik okay dia ingat. Dia boleh berlakon balik apa yang kita cakap tu siap dengan nada suara semua tu sekali. Ya Allah kadang tu rasa nak tumbuk je laju-laju, nasib laaa jauh. Tapi setakat ni aku sukalah kalau dia ingat, at least kalau aku ade bagi pesanan ke apa dia boleh ikutkannn sebab dah ingaaat, kalau tak ikut jugak, ha siaplah XD

4. Selalu pandang tepat ke mata, masa ni lah perempuan mula malu-malu.
Okay takde kena mengena sebab dah cakap kannn, hubungan jarak jauh. Tapi kan tak jumpa lagi ni pun MR F dah berangan nak ambik beg aku lepastu angkat tinggi-tinggi sebab aku tak sampai T_T Dia macam dah berangan HAHAHA. Tapi dia cakap kalau aku nak tumbuk dia, dia sanggup rendahkan sikit badan dia. Kong asam. Apa maksud awak haa.

5. Sentiasa bercakap tentang masa depan hubungan mereka, kalau boleh sampai nak kahwin.
Auuu ni best :D MR F dah cakap siap-siap dah pasal benda ni. Hehehe. Masa nak bawak aku keluar pun, dia kata dia sanggup jumpa mama sebab nak mintak izin. Dia tak tahuuu mama aku tu garang hahahahaha. Anyway aku bersyukur sebab dia dah cakap pasal benda ni. Biasanya lelaki kalau tak serius lagi, dia selalu elak topik ni kan?

6. Selalu tanya khabar kita walaupun dia busy, at least msg 1 kali sehari atau 3 kali seminggu.
Alhamdulillah yang ni paling paling paling aku suka pasal MR F. Yaa, kerja dia tu tak menentu masa. Hm kadang-kadang pukul 2 pagi 3 pagi baru sampai dekat rumah. Dia akan call jugak sebab nak bagitahu dia dah sampai rumah walaupun aku dah tido T_T Hampeh betul aku ni.

7. Cuba suka apa yang kekasih dia suka macam muzik ke makanan dia minuman dia.
Yang ni belum lagi. Well, kalau kiteorang dekat maybe la senang nak share hobi kannn. Tapi dia tahu aku ni suka tengok TV. Asal call tanya buat apa je, tengah tengok tv. TV TV TV. Bila dia kutuk tu aku cakap ah "nak orang tengok TV ke nak orang lepak-lepak dekat luar?" "Okay okay sayang tengok TV. Duduk rumah ye sayang" HAHAHA tahu takoooot :P

8. Akan bagitahu apa yang dia suka tanpa kita suruh.
Ni pun belum lagi. Alasan sama jugak macam kat atas. Dia tu kalau tak kerja, main bola. Tu la ulang-alik pun. So dia macam aku jugak laa. Bukan jenis yang melepak tak tentu pasal.

9. Kadang-kadang perangai mereka jadi budak-budak sebab nak tengok kita senyum dan ketawa.
Haaaa yang niiii. Sangat kenaaaa dengan MR F Ya Allah dia ni manja gila, bak kata sepupu dia tak boleh kalau aku lambat balas msg ke lambat angkat call ke, cepat je nak sensitif tak tentu pasal. Nak pujuk dia merajuk pun agak payah laa, perlukan kesabaran T_T tapi aku okay je sebab aku pun dua kali lima. Kuat merajuk. Teringat yang gaduh pasal isu bluetick. Bengong betul.

10. Cakap banyak lebih kebiasaannya dengan kita.
Ni aku tak tahuu lah. Aku rasa dia memang jenis cakap banyak. Mulut tu berleterrrr je. Tapi kalau dia dah diam tu, uishhh seram aku hahaha.

11. Akan perkenalkan keluarga dan kawan rapatnya pada kita walaupun melalui gambar.
Yang ni susah sikitlah nak elobarate. Sebab aku dah memang rapat dengan sepupu dia. Sepupu dia ni pulak pergi cerita dekat paklong maklong dia semua yang MR F ni dengan aku. Yang MR F ni pulak cakap dia nak datang sini sebab nak jumpa buah hati. Aku macam .. ya Allah koraaaang T_T Aku baru kenalkan MR F dekat adik aku. Hehe. Tunjuk gambar je. Hensem kann :P

12. Beri layanan berbeza dari kawannya seperti tak tinggikan nada, lebih gentleman.
Alhamdulillah ada. Bila aku tinggi suara, dia akan tegur. Macam tu jugak dengan dia. So bila sama-sama dah slow down , haa barulah bincang apa yang tak kena. Biasalah tu berbalas-balas mulut, aku pernah je sampai matikan fon but dia akan call balik and aku akan jawab semula. Cakap cakap cakap sampaiiilah dua-dua puas hati. Hahhh aku lega gila pasal ni. Coz aku ni temper gila, so i need someone that boleh bagi aku tenang. Bila aku cakap thanks sebab sabar dengan perangai orang, dia cakap mestilah kena sabar, nak pulak dengan orang yang dia sayang. Hehehe so sweeeeet ;) 

13. Tak sebut nama perempuan lain depan kita sebab perempuan yang terpenting dalam hidup mereka dah ada depan mata.
Hurmmm yang ni. I think takde kooooot. Kira halal laa kalau dia cerita pasal sepupu dia apa semua tu walaupun adaaa lah jugak rasa jealous tu kan. Tapi nak buat camanee. Takat tu jelah, sepupu. Kalau orang lain tu takde lagi buat masa ni. Harap-harap buat masa akan datang. Aku ada nak tanya dia, pernah couple berapa kali. Tapi at last tak jadi tanya, aku terus tukar topik sebabbb aku rasa aku tak kuat lagi nak tahu pasal relationship dia yang lama-lama tu. I know myself better T_T

14. Selalu bagi kejutan yang kita tak terfikir.
Takde lagi buat masa sekarang :) Anyway aku tak suka kejutan laaa. Kan aku pernah cakap dekat entry sebelum ni. So MR F, takyah buat pun takpe hehehe ai okay je.

15. Bersifat lebih natural dan manja.
Yaa tenkiu MR F sebab jadi diri sendiri walaupun sometimes tu annoying gila okay bila dia tak habis ber-deyy deyy macam macha tu. Semua bahasa dia nak cakap, Indon Cina. Haih awak ni.

16. Bersifat melindungi.
Yesss ni jugak satu benda yang buat aku terharu pasal MR F. Aku tak tahu la dia ni overprotective ke apa. Kalau dekat kelas aku memang tak bawak fon, tapi dia akan tanya sepupu dia aku dekat mana. Lepastu kalau aku dah balik and tak bagitau dia, dia marah :( Bila aku nak keluar makan sensorang pun dia akan tanya aku naik apa, balik pukul berapa, berapa KM dari rumah. Astagaaaa. Dah bagitahu kat ws, ehhh tak puas hati calll pulaaak. Membebel bahaya itu ini semua. Kalau dia dengar ada orang kacau aku, ya Allah perangai dia terus berubah. Time aku cakap ex aku contact aku balik nak ajak jumpa, dia okay je. Tapi malam tu sampai besok dia matikan fon. Aku baca kat google tu tandanya dia marah and taknak diganggu. Seram weyy kalau dia buat perangai. Serious seram! T_T

17. Jika dia betul-betul sayang, dia akan ubah diri dia supaya jadi yang terbaik untuk kita.
Well aku rasa benda ni sensitif lah. Sebab bukan dia je yang kena berubah, aku pun banyak lagi benda nak kena ubah kalau nak jadi yang terbaik untuk dia kan. So I don't want to talk about this. Masa akan ajar kita jadi lebih matang dan belajar dari kesilapan.

18. Akan usaha kekalkan hubungan walaupun tu bukan salah mereka tapi mengalah jelah.
Okay la okay la, terima kasih sekali lagi ye awak.

Actually banyak je lagi yang aku dapat dari internet tapiiiii aku rasa malas lah nak tulis panjang-panjang ni. Lenguhh. Apapun hargailah orang yang betul-betulkan sayang kat kita sebelum rasa sayang tu pudar. Sama-sama kena usaha untuk pastikan hubungan tu kekal, once salah sorang dah give up, yang sorang lagi tu kena redha sebab kalau sorang je yang usaha, takkan ubah apa-apa. Kalau dapat ubah pun, susah dan perlukan kesabaran yang tinggi. Kalau berjaya tawan balik hati dia, anda hebat. Okaylah jangan menyampah lak ye dengan entry ni. Mestilah aku cakap based on my exprience, kannnnn :)

Wednesday, 30 August 2017

Susahnya Nak Cakaaaap

Assalamualaikum. Hai korang. Selamat pagi semuaaaa :)

Semalam sape tengok final bola sepak Malaysia vs Thailand. Wuu noob lah weyh tak tengok. Kahkahkah. Ni kenapa nak carik pasal ni? Tak tak sabar semuaaa. Aku tahu ramai yang not in mood sebab Malaysia kalah dengan Thailand 1-0 semalam. Hurmm. Nak buat camane kann? Adat bertanding ler tuu. Dapat masuk final ni pun dah kira gempak dah. Oh hi Indonesia kehkehkeh. Semua dah buat yang terbaik dah cuma aku menyampah dengan satu player ni, starting from capital I. *Sigh* Dia tamak gila hokeyy. Member ade kat sebelah tak nak past lepastu dari jauh dah shoot lepastu bola melencong tah kemana. Masa lawan dengan Indonesia haritu pun dia buat macamtu jugak. Lepastu haa korang tak payah la nak salahkan penjaga goal tu. Bukan dia sengaja punn, biasalah manusia kengkadang cuai kan. Hurmm okay dah dah macam banyak pulak aku membebel awal-awal ni. 

Last pesan ai, masa belum bertanding kemain korang support, ni bila dah kalah macam susah nak terima hakikat, paling tak matang bila cakap penat beratur lama-lama kalau tengok perlawanan yang ending dia macamni, well yang beratur tu atas pilihan kau soooooo jangan salahkan orang lain yer. Aku menyampah betul manusia macam ni, macam laaaa kau je frust, abis rakyat Malaysia yang lain ni tak frust lahh? So takpayah nak emosi sangat okay. Malaysia kira gempak gak apa, pingat emas dah 130 lebih dah while Indonesia Vietnam Myanmar semua-semua tu tak sampai pun 100. So please lah belajar bersyukur sikit. Haa aku cakap ni, jangan nak bash aku pulak. Aku sepuk sorang-sorang jakg. HAHAHAHA okaybai.

Eh korang nak tau tak? Pleaselah cakap nak sebelum ai buat duckface kat sini. Eh. Hahaha tak tak. Ha sebenarnya aku ade banyak benda nak discuss dekat belog ni. Ehem, benda yang serius. Okay. Serius. Tapiiiii akhirnya cuma dapat berdebat dengan diri sendiri je sebab penyakit M (malas) tu lebih se-ri-us T_T Oh Firaaa. Penat dowwwh (teringat ayat MR F HAHAHAHA) cakap dengan diri sendiri. Tapi takpe, tak mewujudkan pergaduhan T_T Kalau tampar diri sendiri pun tak masuk balai kehkehkeh :P 

Tolonglah wahai penyakit M, aku taknak kau. Can you get lost baby (y tukarkan i) ai taknak mencarut dekat dalam belog ni XD Kadang-kadang tu kan aku tak faham la dengan diri aku sendiri. Aku tak kenal diri aku. Wuwuwuw. Masa Form 3 dulu aku pernah buat satu post pasal JEALOUS which is aku kutuk habis-habisan pada manusia yang terlalu cemburu padahal TAK kawin pun lagi. And nowwww, kenapa aku buat benda yang sama. That time aku ada jugak blogging pasal benda-benda yang aku tak suka macam bunga, candle light dinner, surprise, barang-barang kemas. Hurm rasanya tu je kot. Nasib baik aku still berpegang pada benda yang sama! Tapiiii sayaaaaang T_T benda yang aku tak suka macam bergayut lama-lama kat phone, panggilan manja semua tu dah bertukar ke arah su-ka. Ah malunya malunya aiii *_* rasa nak tampar je muka aku kan? Hahahahaha. Okay sorry sorry. Seriously aku bukan se-annoying ni. Just, lately ni jeeeeee jadik macam gitu :P 

Okaylah taip panjang-panjang tapi semua disaster. HAHAHAHA okay sayang semorang. Byee! Oh, jangan lupaaaa besok MERDEKAAAA! Tanggal 31 bulan 8 57, merdeka merdekaa *korang sambung nyanyi okay?* Love, xoxo.

Tuesday, 29 August 2017

Untung Lah Kannn Awak Dapat Orang HAHAHA

Assalamualaikum. Ni namanya entry nak carik gadoh :P Okay sabar-sabar. Hahahaha.

23.8.17. Haa seminggu sebelum tarikh ni lagi aku dah memekak dengan kawan-kawan aku, "Weeeyyy lagi 6 hari" Besoknya, 5 hari lagi, 4, 3. Diaorang pun macam dah kenapa do dengan 23 haribulan? Aku senyum je. At last kantoi jugak sebab ada orang tuuuu tak delete coversations lama. So obviously 23.8.17 tu adalah tarikh sebulan kiteorang kenal. Kahkah. Baru sebulan je kot T_T Tapi benda baru la yang still fresh kannn. Contohnya macam engkorang ade anak, haa budak tu umur dia tiap masuk satu bulan dua bulan tiga bulan sampai masuk satu tahun dok update dekat belog. Lepastu celebrate first birthday kemain meriah. Masuk jea tahun kedua, manaaaa ade dah macam gittew. So same like me, sebabkan baru sebulan la teruja kemain muahahaha. Okay jelas? Jangan kecam saya :P

Tapi ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari (serious aku hentam ayat ni haha)

Tarikh 23.8.17 tu jugak semuanya jadik worst! Tak semena-mena jea semua benda jadik tak kena. Aku pun tak paham. Tapi even baru sebulan kenal, haihh dah 5 6 kali jugak la bergaduh. HAHA! Tapi yang 23 haribulan tu paling teruk sebab kena bluetick terus. Hampeh. Lepastu terus aku senyaaap je. 25 haribulan tu dia tego, lepas aku reply bluetick jugak. Dah kenapa -.- pastu 27 haribulan pun ade tegor jugak, muka tak bersalah jea terus tanya "sayang dekat mana?" Dengan tak bagi salam. Lupalah tu bluetick orang. Tapi takpea aku malas nak keruhkan keadaan, aku reply je macam biasa and yessss kali ni bluetick lagi! Ha ni mengundang amarah syaitan bertanduk tiga ni. Grrrrr. 

Pagi tu, 28 haribulan cousin dia ws aku cakap yang dia takde data and that's why tak dapat contact aku. Ah sudah laaaa. Takkan setiap kali bluetick setiap kali tu jugak data habis kann T_T Aku terus la cakap nak move on apa benda semua tu. Haha emo dah mai dah ni. Yelah aku tertanya-tanya apa salah aku. Kot ye pun aku ade buat silap, tak leh ke nak cakap terus kan? Ni sesuka datang, sesuka hati nak pegiii sesuka hati nak bluetickkkk :( 

Tengahari tu terus dapat ws dari dia kahkahkah. Tak sampai seminit, dia terus call aku. Dia memang macam ni, kalau ade je benda nak cakap and aku tak online dia akan terus call T_T Aku angkat je terus dia tanya kenapa aku marah. Cissskek betul la mamat ni. Lepastu aku apa lagi, saiko dia kemain lagi lah hahaha. "Orang nak marah kenapa lak. Awak ade buat salah ke dekat orang?" Hehe. Lepastu dia cakap dia nak p makan. Okaylah aku pun dah penat ni main tarik tali. 10 minit kendian dia terus call. "Eh cepatnya. Dah habis makan ke?" "Dah. Orang makan cepat-cepat tadi" Hahaha comel gila. 

Dia dah tau dah kenapa aku marah dia tapi saje kannnnnn gedik nak test-test orang. Eee! 

Dia : Sayang orang tak ni?
Aku : Hmmm ya.
Dia : Sayang, ya tu ada banyak maksud tau. Cuba spesifik sikit.
Aku : Betullah ya. Awak nak orang cakap macam mana lagi?
Dia : Cuba cakap ye orang sayang awak jugak. Haa cepat.
Aku : Hmmm adalah jugaaaaak.
Dia : Sayang! Pendeknyaaaaaa.
Aku : Ya. Betullah ya. Adalah jugak. 
Dia : Hahahahaha. Aduh sayanggg tu gabung jawapan tiga-tiga tadi. Sayang ni.

Ha padan muka T_T Lepastu bila taknak angkat call, tau gelabah kannn. Haaa tu lah dia. Nak sangat. Lepas tu dia dah kena masuk office. Okaylah takpe. Eh tiba-tiba dapat ws. "Sayang orang mintak maaf tau. Orang tau orang salah. Orang busy sangat dengan kawad sampai lupa dekat sayang. Orang betul-betul mintak maaf" Wah terus tacing. Masa call tu dah beriya-iya mintak maaf, okaylaaaa aku pun cakap maaf diterima :) Tu pun aku reply malam kahkahkah sebab cas fon tak penuh-penuh lak. Mengong.

Lepas aku reply, dia pun call. Mula-mula tu cakap 25 minit lebih je. Lepastu aku mati fon. Line tak clear dekat tempat dia. Dia call lagi. Aku lak tak perasan sebab pergi minum air. Pastu dia call guna no office dia hahahaha comellah awak. Haa kali ni lama la jugak dalam 1 jam 13 minit 42 saat. Aku pun tak faham kiteorang sembang apa HAHAHA. Tapi semuanya dah okay la Alhamdulillah :D

Aku cakap terus-terang dekat dia apa yang buat aku marah sangat selain dia bluetick tu. Pasal kepercayaan. Tapi aku malas nak cerita dekat sini. And aku rasa dia dah faham and boleh accept. Ohhhh malam tadi dia cakap dia nak masuk meminang. Hahahahahaha. Aku terus diam sebab tak tahu nak cakap apa. But not now lah for sure, habiskan belajar dulu hehe. Tau takot orang marah. Dah tu jangan la buat orang panas hati. Menyampah okay. Dia kan orang Perak, lepas dia ajar aku cakap Perak tu dia nak tiru cara orang KL pulak. HAHAHAHA kelakar DOWWWHHH. :P Aku pun dah berjangkit dia dah, sikit-sikit nak berDOWH hahahahahaha. Dia gelak kemain panjang sebab dia kata kiteorang macam budak-budak. Aku cakap "yelah orang belajar benda buruk ni semua dari awak tau" Hahahahaha XD Dia sabar je layan aku hehehehe maseyhh :)

Lepastu ada kiteorang cerita pasal hantu semua tu kan, dia cakap "Sayang dekat tangan kanan sayang tu kan" Aku terus tercampak teddy bear yang aku pegang dekat tangan kanan aku tu. Kwajaq apa niiii. "Pale hotak. Mana awak tau niii?" "Ya Allah, sayang kenapa hahahaha" "Kenapa dengan tangan kanan orang?" "Dekat tangan kanan sayang tu ade nama orang tau" "Laa ingat apa tadi. Lepastu kenapa kalau ade nama awak pun?" "So bila dah ada nama orang tu, tangan sayang bercahaya laa. Takdelah ade hantu ke apa nak kacau sayang lepasni" "Hmm tapi tangan orang bercahaya sebab tangan orang memang putih laaa" "Yelah orang tau tangan sayang putih tapi ade nama orang lagiiii putih tangan sayang" HAHAHAHA aku memang kuat perasan okaybai T_T Lepastu hari ni lepas aku iron berpasang-pasang baju, means iron tu dah semakin panasss dan boleh pulak kena tangan aku yang konon putih tadi tu. Berbekas panjang gila woiiii. Sakittt. Uhuks. Tu la riak lagi kan, ha padan muka engko. Habis merah tangan aku, tu lah kan kulit putih memang nampak la merah dia. Ya Allah kau dah kenapa yang nak riak lagi ni T_T Hahaha gurau saja :P

Aku tak tahu nak expect apa dalam hubungan ni. Dia kann, bangga gila sebab nama kiteorang sama mula dari huruf F. Dia nak carik rantai pun nak mula huruf F untuk aku. Sweet sangat ni hahahaha. Dia, kuat saiko orang. Dia, kuat sakat orang. Dia, suka buat benda yang mengarut. Dia, suka fikir benda yang remeh-temeh. Semua benda ni buat aku sayang dia. I'm just too ego to admit that fact T_T Sebab bagi aku masih awal lagi. Aku harap takdelah gaduh dah lepas ni. Penat lah weyh. Haaa ingat pesan orang semalam! "Awak buat perangai, orang bunuh awak" HAHAHA nasib laaa awak dapat orang kannn XD

Monday, 28 August 2017

Nak Tanya ke Nak Tuduh Terus Ni?

Assalamualaikum.

Lama gila tak update. Tak tak, aku tak buat belog baru lagi hahahaha. Tapiii pasal post sebelum ni, yang nak kumpul balik blog lama tuu, aku rasa cancel jelah okay. Sebab aku rasa macam takde kekuatan nak collect semua benda tu. Lagipun biarlah zaman kanak-kanak tu jadik kenangan aku sorang jee. Orang lain takpayah nak tahu.

Okay back to the topic, pernah tak ade orang yang tanya soalan dekat korang TAPI BUNYI DIA MACAM MEMANG TUDUH KAU BUAT BENDA TU? Pernah? Bengang gila kann!! *Hidung kembang kempis dah ni* Contoh "Haritu awak keluar dengan ex awak kannn?" "Kau kan yang amik barang aku?" "Asal tak datang kelas hari tu? Kau ni kerja asyik ponteeeeeng je kann" "Betul ke kau tak datang kerja sebab anak kau sakit? Manjang je sakit anak kau tu. Pelik pulak aku." Bunyi dia memang macam biadap gila okay. Ni nak tanya ke nak carik gaduh ni? T_T

Excuse me.

Kalau kau nak tegur salah orang, mesti ada budi bahasa.
Macam tu jugak kalau kau nak mintak tolong orang.
Dan macam tu jugak lahh masa kau nak tanya sesuatu dekat orang.
Mesti ada BUDI BAHASA okay. Nak aku bold ke ? Okayfine.
BUDI BAHASA KAU DEKAT MANA? 
Ha nampak tak? =.="

Aku menyampah betul dengan manusia yang suka main tuduh-tuduh ni. Memang la ayat kau tu macam ada tanda soal dekat belakang tu kannnn tapi sekali lagi aku cakap, mana budi bahasanya? Tak boleh ke tanya dengan cara yang lebih bagus? Takkan nak masuk sekolah balik untuk belajar Pendidikan Sivik bahagian BUDI BAHASA tu walaupun benda ni basic?!! Haih -.- Now bila aku dah senyap macam ni, takpayah lah nak tanya kenapa kann. Fikir sendiri lah. Aku ni selagi boleh bercakap macam ni maksudnya aku still boleh sabar dengan perangai kau. Tapi kalau aku dah senyap macam patung tu, kau tanyalah diri kau sendiri ye. Sebab masa tu aku malas dah nak explain! :)

Sunday, 20 August 2017

Gambar Raya Overload

Assalamualaikum. Ni gambar lebihan raya hari tu. Aku tahu ler raya dah habis tapi pernah tak dengar ayat orang dalam gambar akan berubah, tapi gambar tak berubah. Ha pepandailah korang buat ayat tu nampak sweet sikit eh. HAHAHA. Okay, tatapilah wajah di bawah ini. Nightmare? Adan ukeee :P



Formal dulu. Panas woiiii. Untung dak Cina mata sepet. Eh? Hehe :P

Tetiba dalam kelas. Malas nak susun. Okaybai.

Makanan semua sedappp. Boleh buat bini dah semorang. Aku je tak okaybai.

Tetiba ada dekat sini. Asal aku macam Incredible Hulk?

Thanks Aten duduk rapat dengan ai. Tertutup sikit hewheww :P

Cara terbaik cover matahari =.=

Auu sweet sangaaat.

Tak habis lagi hahahaha.

ya Allah gemok gila doh. Kau tengok badan classmate semua. Ciss, macam lidi.

Budak sebelah tu kanak-kanak ribena. Pening akak nak layan.

Tapi ai sayang dia :D

Haiii orang sebelah. Fathin pun sama. Kengkadang macam adik, kengkadang cam kakak :D

Apa benda tangan macam tu. Tak reti lah ai nak buat.

Once again. Pun tak jadi. Okay dah bai.

Haiii orang hujung! Kaunselor ai yang tak berbayar. FOC :")

Nampak sangat muka mintak kena buli XD

Boleh nampak en masa dekat gambar ni? So abaikan tudung tu.

Last kopek sebelum balik.

Ah lantok. Buruk pun aku letak je hahahaha.

Muka kelaparan ni. Awal pagi lagi muahaha. Sebelum ambil makanan :)

Lagi.


Thanks Fiza cause email dekat ai gambar ni semua. Love you babyyy. Walaupun ai selalu buli you. Hahaha! Ha nak tengok tak gambar yang buat MR F nak kenal dengan aku. Sape gelak, siap! HAHAHA okay aku dah gelak dulu dah. Sampai sekarang aku tak caye asal MR F boleh suka gambar tu. Mengong. Ha scroll bawah puhlisss.























Jadi bolehlah kita hodoh-hodoh selalu.