Sunday, 24 September 2017

Terima Kasih Sebab Buat Orang Happy!

Assalamualaikum. *Tarik nafas* *Hembusss* Buat 3 kali, tapi kali ketiga mohon hembus kuat-kuat sampai bersembur airliur. Kohkohkoh. Okay cuba hiburkan diri sendiri kejap. Seriously bila baca je entry yang paling baruuu haritu aku rasa macam tak boleh move on. Tapi bila ingat tak update, aik boleh je bahagia. So, buat apa lah weyyy nak stress fikir pasal mulut orang. Lantaklah dorang cikgu ke classmate ke, masa depan kita bukan kat tangan dorang. So dorang nak cakap kita goblok ke nak jadik pembodek cikgu ke, boleh jalaaaaaannn :) 

Besok aku trial sampai hari Khamis. See, nampak tak betapa cepatnya masa berjalan. Abis je trial, bulan 9 pun dah nak habis. Masuk bulan 10, bulan struggle untuk belajar gila-gila hoho *yelah tu* lepastu awal bulan 11 final exam. Lepastu hooooraaaaay, aku boleh berambus dari sekolah tu dan tak perlu jumpa dorang lagi! Kecuali bulan 8 tahun depan, waktu Majlis Graduasi 2017/2018. Tapi masa tu aku nak jumpa dalam keadaan hati suci bersih dah, malas and penat nak benci-benci orang ni. Tapi untuk sampai bulan 8 tahun depan, biarlah aku maki dorang sepuas-puas hati dulu kehkehkeh. Seriously dowhh kejap je aku down. And now aku dah bangun balik. Jangan jealous, pergi mampos. Hoiii tadi kan dah relaxkan diri tarik nafas apa semua, ni marah lagi kenapa? Okay okayy stop. Buat semak je cerita pasal dorang kat sini :D

Haa kalau nak tahu MR F adalah orang terkuat yang buat aku move on and tak sesedih dah. Dia sentiasa ada bila aku down. Tu yang buat aku sayang dia. Hihi *tutup muka* Walaupun dia garang tapi tu lah dia marah sebab dia sayang. Dia tak nak tengok aku nangis dah. Aku tak cerita pun dekat dia apa yang jadi. Entah, takde rasa nak cerita. Aku rasa macam buang masa and air liur je cerita benda bodoh macamtu. Dah lama tak gaduh dengan MR F, hoho. Tadi siang macam dah ada baur-baur nak gaduh tu, tak sampai 5 minit kiteorang settle cepat-cepat. MR F pun cakap taknak gaduh-gaduh dah. Hee orang punnnnn. Penat en asyik gadoh. Bukan best pun T_T Aku tak nak dowh hilang MR F. Dia ni banyak giler ubah hidup aku, ajar aku dari orang yang baran jadi lebih kuat tanpa perlu marah-marah semua. Dia banyak ajar aku belajar untuk sabar la. Walaupun semalam baru genap 2 bulan kiteorang kenal tapiiii kalau tak mula dengan dua bulan macam mana nak teruskan untuk yang ke 3 4 5 bulan plus tahun berikutnya kannn hehee :P Lepasni dari MR F aku nak tukar jadi bakal zauj lah (bakal suami XD) hahahaha korang geli ke? Not my businessss :P 

MR F pun cakap hubungan dia sebelum ni banyak tak tahan lama sebab orang tak dapat tahan dengan perangai dia. Hmm pelik aku. Sebab MR F ehhh bakal zauj aku ni baik sangat tau. Tapi baguslah korang tak nampak kebaikan dia, biarlah aku sorang je yang rasa semua tu hehee :) Sebabtu MR F selalu tanya penat tak dapat pakwe macam dia? Letih tak nak layan dia? Hahaha seriously orang terhibur dengan perangai awak. Gaduh teruk cane pun, orang still sayang kat awak. Awak tak pernah cakap benda kasar kat orang walaupun awak dalam keadaan marah. Orang ni haa banyak mencarut, tapi awak tak take serious pun, awak boleh gelak lagi sebab awak taknak api balas dengan api. Bila orang hilang, awak tak kasik orang pergi. Awak cepat-cepat carik. Tuuu yang paling buat orang terharu. Happy tau tak bile bangun bangun dari tido dapat msg dari yang tersayang, fuhh sampai malam berbungaaaa hati ni hahahahahaha sebelum tido pulak dengar 3 perkataan keramat tu kan haihhh mimpi indah babeee :D 

Orang cakap jangan letak harapan tinggi sangat. Ye wak, kite tahu benda tu. Tapi kite kena usaha untuk pastikan hubungan tu terus berkekalan, kalau Allah nak izinkan kite berjodoh ke tak, tu hak Allah. Kalau ade, Alhamdulillah sangat sangat! Tapi kalau takde, kite jangan persoalkan walaupun .. sedihnya ya Allahhhh. Janganlah pisahkan aku dengan bakal zauj aku nii :'( susah nak dapat laki macam ni. Dengan perangai aku ni haa. Haiihh. Okaylah baii tadi macam nak update sikit je tapi taktau asal boleh banyak perenggan gini dah -.- korang doakan aku dapat jawab trial. Doakan aku kuat jumpe dengan bebudak sakai tu besok. Dan doakan aku dengan bakal zauj aku terusss baik untuk harini, besok dan hari akan datang sampai dedua dah ninggal hahaha. Tak serious nii -.- takyahlah gelak ishhh. Okaybai semua Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment