Friday, 29 September 2017

Trial STPM Last Sem TAMAT!

Assalamualaikum. Hooraaaayyy! Trial dah habis woooii. Hahahaha. Besok last day untuk bulan 9. Lusa dah masuk bulan 10. Tunggu sebulan. Awal bulan 11 dah exam final. Lepastu repeat paper. Lepastu abissss! Ya Allah, seriously even setahun setengah je belajar tapii rasa macam lama giler. Dia rasa seronok tau kalau hati kau happy, dikelilingi makhluk Tuhan yang boleh in dengan kau. Yang jadik tak bestnya bila kau tak rasa seronok dengan apa yang kau buat. Plus, kau dah macam penat giler dengan perangai manusia. But, sebulannn je lagi untuk aku hadap benda ni semua. Lepastu yeah kita buat hidup masing-masing. Sikit pun tak terdetik kat hati nii untuk jumpe manusia yang ade sekarang ;D kecuali kawan-kawan yang aku dah anggap macam adik beradik aku dah. Fathin, Fiza, Zirah, Hema, Wani, Natrah, nanti dah habis study ni kite jangan lost contact tauu! They are my truly friends la sepanjang setahun setengah walaupun ade konflik sampai tak tegur 4 bulan, ade yang baru rapat this year tapi Alhamdulillah hubungan tu bertambah baik. Cukuplah dorang sebagai kawan aku. Aku tak perlu kawan yang lain dah. Yang ada ni the best among the best dah hahahaha ;D Sweet tak aiii? Kehkehkehh :P

25.9.17. Pengajian Am.
Dengan Pengajian Am ni aku baru study malam nak exam tu. Sebab sebelum tu aku fokus Sejarah je. Macam tak boleh move on dari Sejarah. Malam tu pulak bakal zauj aku a.k.a Mr Benkin aku call. HAHA! Segaaar je mata. Dah la lepas Isyak tu aku carik pasal dengan dia. Hoho. Tapi tak lama ponn. Pepandailah aku pujuk dia. Dia tak boleh dengar suara aku takut ke nak menangis ke, walaupunnn dia benkin tapi dia sweet angat-angat HAHA. So dah settle, sampai pukul 2 ke 3 pagi tah aku study. Lepastu exam start kol 11.45 pagi sampai 1.45 petang. Bahagian A aku hentam jelahh. Haha. Nanti cek jawapan dengan Dak Sabar. Lepastu Bahagian B, yang alihkan jadual or carta dalam bentuk esei tu. Haa ni lagi la. Format dia tak menentu. And terakhir sekali, esei. Kena buat 2 esei. Satu esei 350 patah perkataan. Kejap aku tengok soalan, 

Esei 1. Hubungan diplomatik yang baik merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kejayaan pembangunan negara-negara ASEAN. Namun begitu, masih terdapat banyak halangan dalam mencapai matlamat tersebut. Bincangkan. (Tahu format tapi taktahu nak elobarate so goodbye)

Esei 2. Malaysia telah membuktikan kemampuan dalam penganjuran pelbagai kejohanan sukan bertaraf antarabangsa. Huraikan implikasi yang timbul daripada penganjuran ini kepada negara kita. (Bolehlah jawab tapi tak sure format dia)

Esei 3. Jenayah keganasan antarabangsa yang berlaku kini disebabkan oleh pelbagai faktor dan jika tidak ditangini boleh mendatangkan implikasi dari segi sosio ekonomi kepada negara yang terlibat. Bincangkan. (So nampak en format dia yang faktor plus impak sosio, impak eko. Ha jawab jelah labu)

26.9.17. Sejarah.
Haaaa niii! Walaupun aku cakap aku fokus dengan Sejarah tapii tak tahu kenapa malam tu bila baca balik aku rasa macam aku tak study apa-apa. Serabut okay! Dah la kena study Sejarah Malaysia, lepastu nak kena belajar pasal Sejarah Asia Tenggara pulak. Satu bab nak kena hafal untuk dua buah negara. Sejarah dah ade 26 bab! Haduuu v.v Tu hari yang paling aku stress belajarlah. Sampai aku cakap dekat MR Benkin "Awak orang stress sangat study kali ni. Orang cam dah give up dah. Dari SPM lagi memang takde chemistry dengan Sejarah" Dia baca je ws aku tu, terusss call. Risau beno dia. Angkat-angkat je "Sayang, sayang okay tak ni?" Aduu terus lega sikit kepala otak. Haha terharu weyh :') Lepastu tauu aku tido kol berapaaa? Pukul 4.15 pagi! Haa memang lambat la cite dia bangun tu. Pukul 7 baru aku bangun, kelas start kol 7.20. Aje mamposs! Hahaha. 

Sampai je dekat sekolah, pulaaaak satu baris kabin tu bergelap. Dah kenapanya ni? Rupanya blackout! MasyaAllah T_T Semalam jawab PA tu pon sama jugak. Beberapa minit sebelum exam start pulak tuu, boleh pulak takde letrik. Merecik je nak jawab exam. Ni lagi ah, takkan dari pagi nak tahan panas? Aduhaii. Bila dah letak beg, aku nak keluar kejap. Beli sarapan. Lalu je sebelah classmate, dia tengah baca ws. Dia baca kuat-kuat. "Peperiksaan bermula pukul 8 pagi. Harap pelajar semua siap sedia" De heccccckkk! Patotnya start pukul 11.45 pagii! MasyaAllahhhh. Asal classmate lain masuk je semua memekak "Weyh seriouslah dowwwhh. Aku tak baca buku lagi kot" "Wey takyah main-main doh. Aku tak baca pape lagi tauu! Aduh" Hahaha semua keluarkan ayat yang sama je. Aku ni even study sampai 4 pagi tapi macam masuk tak masuk je. Terus terbantot aku nak beli sarapan sebab kelam-kabut gi tempat duduk balik, bukak buku haha. Yang bebudak laki dah angkat beg dah nak balik HAHA. Hectic giler hari ni, bangun lambat, blackout, exam diawalkan pulaaak! :(

Puan Norliza masuk kelas je semua bising mana boleh macam ni cikgu, tak study pape bla bla bla. Pastu cikgu cakap dia dimaklumkan kemungkinan exam ditangguhkan. Kau dengar tak weyyhhh? DITANGGUHKAN! MasyaAllah nikmatnya bile dengar perkataan tuu! Lepastu Puan Roslina buat undian pulak. Ade 4 pilihan. Nak exam start pagi tu / haritu jugak tapi lepas rehat / hari Jumaat pagi / hari Jumaat lepas rehat. Dann undian terbanyak hari Jumaat pagi! So harini barulah settle aku punya paper Sej. Alhamdulillah tak stress dah. Hikhik. Balik tu cerita dekat MR Benkin boleh pulaaak dia gelak! Dia kata dok KL tapi blackout. Kureng betul. Ala dia tu lagilahh, pergi jadik geng kunyit tido pakai boxer dekat living room, kunci gate, bukak pintu hahahahaha siap tangan member atas perut lagi. Ewwwww :P Hahahahaha.

27.9.17. Bahasa Melayu.
Hari ni birthday mama! Happy birthday mama. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dilindungi oleh rahmat Allah SWT :) Okay subjek BM ni aku takdelah stress sangat study. Tido pon kol 2 pagi macamtu. Exam berjalan lancar. Pukul 12.15 sampai 1.45. Alhamdulillah. Tak yakin sangat sebab aku tahu soalan last tu aku ade careless mistake, so aku harap belah depan-depan tu dapat cover aku balik ah. Aamiin. Tak tahu la kann, bile kau rasa suke dengan subjek tu kau rasa macam mudah je nak masuk. Alhamdulillah lah, aku dari sekolah rendah sampai dah nak habis belajar ni takde masalah langsung dengan subjek BM atau dengan cikgu BM. Tipulah takde masalah langsung tapi masalah tu dapat diatasi lah, takde timbul perasaan "Awak orang stress sangat study kali ni, orang cam dah give up dah" Ehh tu macam perli aku tadi! Haha :P Okaybaii.

28.9.17. Ekonomi.
Aduh. Eko eh. Hmm Eko sebenarnya buat aku stress jugak tapi aku taknak fikir sangat. Aku taknak stress sangat macam malam Selasa haritu. Fheww letih woi otak! So kite belajar chill-chill je. Exam start kol 12.45 sampai 1.45. Kena jawab 5 esei dengan 1 kuantitatif. Sakit hatikan? Belajar beratus muka surat tapi keluar 6 ketul soalan je T_______T Takpelah aku redha dengan permainan dunia ni muahahah. Haiyoo banyak keluar KBAT lah. Betul menguji minda soalan dia. Ya Allah harap-haraplahhh cikgu lembut hati terima explanation aku walaupun aku sendiri tak confident dengan hujah aku. Ehh bolehh? HAHAHA -.-

30.9.17. Sejarah is back!
Untuk mengelakkan aku stress study Sejarah macam haritu, jadi MR Benkin la yang bertanggungjawab untuk jadik pendengar. Hahaha dia pon macam redhaaa je, siap bangkang aku lagi tu! Eiii geramm! Dia pergi masukkan pasal Babylon, Kerajaan Tergantung apa benda semua tu. Haha kite ni dah la stress, lepastu tanya dia soalan bebanyak! Biar dia stress sama kahkahkahkahh :D Ya Allah banyak betul hutang aku dengan bakal zauj aku ni. Selalu sangat ade masa aku senang, masa aku susah. Sebelum tu dia banyak merepek, kiteorang lawan tak boleh gelak hahahahahaha, lepastu dia ehhh dia banyak kali kantoii :P Hahahaha. Adu takleh lupa. Bongek la dia. Lepastu aku mati call, dia call lagi, aku mati lagi, dia call lagi, aku kasik lagi mati, dia call lagiii, ha baru aku angkat. Hahaha :P Dia comel gilerr. So malam tu aku tido kol 11 malam. Awal kannnn, rasa macam aku baca terus masuk kepala otak. Tu la belajar Sejarah ni kena bercerita tau tak. Nasibla malam ni dia tak kerja, so dia lah yang kena dengar heheee :)

Exam start kol 8 sampai 10 pagi. Tapi datang sekolah kol 7 sampai 7.40 tu abis masa dengan berborak. Hahahaha ni betul punya nak move on dari stress ni. Ramai giler pulak tu tak datang. Mesti dorang pun tak sanggup nak hadap paper ni. Haihh. Bukak je soalan, duhhhhh ni sebijik nota cikgu bagi haritu. Pasal Ekonomi Komersial Sabah Sarawak. Astaga. Lepastu pendudukan Jepun yang membangkitkan semangat nasionalisme penduduk Tanah Melayu. What the fish, ni takde dalam buku! Ni KBAT ni ya ampun. And last pasal pembangunan sosial. Ha ni pon aku skip, aku baca gitu-gitu je. Sebelah mata je. Buat last minute haha. 

Lepastu bahagian Asia Tenggara pulak pasal susun lapis masyarakat dekat Indonesia. Perh time tu dah malas pikir dah tiba-tibaaaa Allah ingatkan balik pasal latihan aku buat haritu! Yang kena pecah pada Acheh dengan Pulau Jawa tu masyaAllahhh. Dengan riang aku menjawabnya kehkeh. Lepastu soalan next pulak pasal peranan Raja Thibaw dekat Myanmar. Haaa ni lagi best! Aku baca dua tokoh je, Diponegoro dekat Indonesia, Raja Thibaw dekat Myanmar. Nasib keluar salah satu! Tapi masuk soalan ketiga pasal Raja Macapagal pulak. Aku tengok nama tokoh lain yang keluar terus aku buat-buat buta hahahahaha. Takpe ah sebab setiap bahagian Sejarah Malaysia dengan Sejarah Asia Tenggara tu kena jawab 2 dari 3 je. So dah jawab dekat Indonesia dengan Raja Thibaw okaylahh. Cumaaaa yang tak konpiden Sejarah Malaysia jelah! Harap-harap cikgu murah hatiiii la terima jawapan merepek aku tu kahkahkah :D

*** TAMAT ***

Seriously sepanjang musim exam ni aku tak langsung jaga makan minum aku. Time bebetul lapar je aku makan. Tido pon mana dan je. Atas selimut la, atas teddy bear. Lepastu katil jangan cerita ahh, bersepah tahap gabannnn. HAHAH. Sepanjang exam ni jugak MR Benkin banyak jadik penguat semangat aku, plus mama ponn always say goodluck kakak pagi pagi buta tu kan. So rasa cam lega sikit stress ni haa. Lepasni aku nak kena betulkan assignment aku, lepastu nak khatam balik Meh Sandar Pada Aku (Cerita feveret MR Benkin) aku baru sampai Episod 5, lepastu nak tengok cerita Hitman yang MR Benkin suruh tengok tuu, lepastu nak kemas bilik, lepastu nak buat revision Sem 1 Sem 2 punya. Amboiiii belajar rancangan terakhir nampak? Kahkah. Kite memang pesen study last minute hoho. Okaylah baii. Penat taip pepanjang -.-

No comments:

Post a Comment