Assalamualaikum. Aku dah bosan dengan hidup aku. Aku nak pergi dari sini. Bina hidup baru. Dengan orang baru. Orang yang boleh tahan dengan aku je aku akan bawak sama-sama. Tapi cukup setakat dalam hati. Sebab kalau selalu depan mata mesti bergaduh je.
Hari ni macam bencana gila dalam hidup aku. Dengan cikgu, dengan family, dengan MR F. Yang betulnya malam semalam ade gadoh sikitlah dengan MR F. Tapi dedua dah mintak maaf cuma tu la rasa macam tak terluah semua yang ade kat hati ni. Sebelum ni kalau ade benda nak cakap, ha cakap lepastu dah settle. Tapi semalam aku takde mood sangat-sangat, sampai tak angkat call dia. Benda kalau cakap kat ws je kau tak akan puas sebab ade rasa macam eii nak cakap benda ni tapi susahnya nak cakap. Haa kalau cakap kat phone semua benda spontan. Tu yang kengkadang tak sedar kata-kata tu boleh lukakan hati orang T_T Tapi takpelah. Cakap kat phone semalam 0.53 saat je. Kau rasa apa je yang kiteorang borak? Hahaha. Hari ni dedua dah okay dah. Cuma tu laa rasa macam makin hambar pulak :") Haihh. Last kiteorang borak gelak-gelak pe semua tu, MR F ade tanya aku "Sayang, bile lagi kita nak macamni?" "Minggu depan lah awak" Tak sangka jawapan aku tu mengundang kepada hectic week sepanjang minggu ni. :"(
Hari ni hmm lagilah teruk. Kena maki kaw-kaw dengan cikgu. Ya Allah bilalah nak abis belajar ni. Aku dah tak tahan sangat dah. Aku dah bosan dengan sekolah. Bosan dengan cikgu. Bosan dengan kawan-kawan. Aku sabarkan je hati ni. Sebab fikir lagi sebulan lebih nak habis. Bila dah habis belajar nanti, aku janji kat diri aku yang aku takkan nangis sebab sedih pisah dengan semua yang ade sekarang! Aku nangis, nangis happy. Nangis sebab dah bebass! Kalau ade yang aku rindu pun, kat Fathin, Fiza, Zirah, Wani, Nat je. Yang lain-lain tu nak berambos, dipersilakan. Takde kesan langsung dalam hidup aku.
Bila cikgu kau cakap kau bodoh depan kawan-kawan yang lain, and kawan-kawan kelas kau boleh gelak kat kau lepastu sebut the same thing apa yang cikgu cakap, kau rasa patut ke aku sedih bila orang macam tu pergi? Bukan aku sorang je kena. Fathin, Fiza dengan Nat pun kena tapi aku tak sekuat dorang. Waktu cikgu cakap macam-macam tadi, aku senyum je. Padahal dalam hati ya Allah. Tengok pulak muka bebudak kelas yang tersengih-sengih macam kerang busuk tu. Apa benda tah yang lawak. Kau gelak tengok kiteorang kena macam ni sekarang, kalau betul kau pandai kenapa kau je yang tak jawab soalan cikgu tadi? Haha orang macam ni sedih sebenarnya. Kelemahan orang dia nampak, kelemahan sendiri buta nak menilai. It's okay gais. Hidup ni ade karma, yang Islam kita ada fikarah. Harini hari kiteorang, besok mungkin hari kau. Aku tak doakan tapi ni lah lumrah. Tak selamanya kita kat atas :)
Seriously aku tak boleh nak cerita daripada awal. Nanti aku dendam. Yang sekarang ni pun aku masih tak dapat nak lupakan. Allahuakbar. Kau bersihkan la hati ni dari noda-noda kebencian dan hasad dengki. Aku rindu sangat dengan diri aku yang dulu. Aku langsung tak kesah apa orang cakap! Sekarang ni .. tak bole kena uji sikit terus jadik lembik. Ya Allah kau kembalikan la diri aku yang dulu ya Allah. :'( Biarkan manusia berkata-kata, yang pasti Allah ada. Biarlahh :') Kalau mati pun bagus jugak, takde dah sakit otak nak fikir. Aku boleh dekat dengan Allah. Allah takkan sakitkan hati aku, Allah takkan cakap aku bodoh walaupun Dia Maha Bijaksana, Allah takkan biarkan aku hadap benda ni semua sensorang. Allah takkan gelakkan aku kalau aku jatuh. Allah tak gelakkan aku kalau aku nangis. Aku nak Allah. Aku nak Allah. :'( Jujur cakap aku tak kuat sangat sekarang ni. Aku dah cuba taknak nangis tapi aku manusia biasa weyh. Lemah bila dihina, lemah bila dicaci. Kenapa? Kiteorang ni takde harga diri ke depan mata diaorang? Langsung takde rasa kesian ke kat hati diaorang? Allahuakbar. Takpelahh .. biar Allah yang balas :')
Balik je rumah masalah dengan family pulak. Ya Allah stress sangat-sangat weyh :( Kenapa manusia ni susah nak faham! Kenapa!! Letih la weyh. Letih sangat dah. Lepasni lantak lah apa nak jadik sekalipon. Next year aku nak masuk 20. Berapa tahun je lagi aku akan spent time dengan family aku sebelum aku ade kehidupan aku sendiri. Dengan cara aku sendiri.
Dah lah malas nak cakap lelebih. Buat tambah dosa. Yang tak tahu dan hanya baca je, mintak senyap jelah okay. Tak payah tanya kenapa, tak payah nak bagi nasihat. Kalau cakap senang lah, bila dah kena ha baru jatuh terduduk. Seriously aku tak perlukan sesiapapun dengan aku sekarang ni. Bai.
No comments:
Post a Comment