Monday, 31 July 2017

Hmm What a Bad Day

Assalamualaikum. Hari ni rasa teruk. Everything lah. Dapat paper Pengajiam Am untuk ujian setara baru-baru ni. Haa kalau dah cakap what a bad day tu, jangan tanya lah dapat berapa kan =.=" Teruk gila bai kena marah dengan Puan Suriani. Ramai jugak yang fail, hoho. Bahagian B aku salah format. Dia mintak perbandingan, aku buat pola. Omaigod, mana trampoline aku hari tu? Kali ni aku nak lompat tak nak jatuh dah. Stresss berpijak di bumi yang nyata ni :") Dah lah paper aku kena petik first-first, pergi tayang depan satu kelas. Aku dari jauh dah boleh cam tu tulisan aku, tup-tup betul kawww. Aku rasa macam .. okayfine ni mesti markah paling teruk! Eh sekali tak lah paling rendah pun, haha! 

Paling deep nak mati bila dia cakap, "Saya tak marah bagi pihak saya. Saya marah untuk pihak mak ayah awak! Mesti mak ayah awak tak terfikir langsung macam ni sekali awak punya jawapan!" Haaa tak lah dia cakap dekat aku, dia cakap untuk satu kelas la. Paling tinggi pun 63% rasanya. Aku .. 45%. Okaybai. Eh jap jap, tapi esei aku kira logik jugak lah dua tiga point tu! Masa jawab haritu aku rasa macam aku hentam semua je. Okayfine, nasib en. Haha. Yelahhh (T_T)

Haa lepastu petang pulak mak aku cerita pasal appoinment dia dengan doktor. Sebenarnya dah lama dah mak aku sakit, since tangan dia merebak ke pinggang naik ke kepala. So lepas dah buat MRI (Kalau buat MRI ni, semua benda nampak. InsyaAllah, kalau Allah tak sembunyikan) Memang nampak lah mak aku punya agak bengkok. Maybe kena operation untuk buat tekanan dekat saraf tu, aku tak tahulah istilah dia apa. Doktor kasik sampai 25 September untuk mak aku fikir. And 27 September tu birthday dia :") Istilah penyakit mak aku cervival stenosis. So, siapa yang tau pasal penyakit ni boleh PM aku eh? Aku perlukan sangat-sangat maklumat pasal penyakit ni. Maybe ada kaedah untuk rawat without any operation sebab mesti akan ada bad effectkan. 

Cervival spinal stenosis is the narrowing of the spinal canal in the neck. The spinal canal is the open area in the bones (vertebrae) that make up the spinal column. The spinal cord is a collection of nerves that runs through the spinal canal from the base of the brain to the lower neck. (Source:Google)

 

From the base of the brain to the lower neck

Normal and cervival spinal stenosis

And tu dia punya rupa which is sama macam mak aku punya

Entahlah kan, rasa down jugaklah sebenarnya. Tapi mak aku pesan, "Mama taknak awak risau, mama just nak share. Tapi mama okay. Ada orang kena ujian lagi teruk. Tau-tau dah ada Kanser tahap 3, tahap 4. So kena fikir benda tu. Allah baru bagi ujian kecil macam ni dekat mama. Lepas solat tu doakan yang baik-baik". Sometimes aku terfikir kenapalah keluarga aku ni since aku kecik lagi, memang tak pernah lepas dari masalah! Ujian yang datang pulak bukan sikit-sikit. Berat. Berat sangat-sangat. Tapi sebab mama sendiri pun positif, so aku rasa aku tak boleh lemah. Nak share masalah dekat sini, aku rasa masalah family adalah masalah privasi. And belog ni aku open, semua orang boleh baca. Jadi aku tak boleh nak share suka-suka hati walaupunnnn aku rasa nak luah sangat-sangat! Nak cerita dekat kawan, diaorang pun ada masalah masing-masing. Nak cerita dekat family nanti diaorang cakap aku lemah. Aku nak kuat cam diaorang :") So apa pilihan aku ada? Selain pendam.

Takpelah aku tahu Allah sayang. Bila fikir balik, kalau betul banyak ujian berat aku pernah lalui, tapi tengok aku sekarang ni. Hidup je kan. Ada je gelak ketawa. Takde pun sampai mental walaupun family aku pernah kena jumpa psikiyatrist sebab tekanan melampau. Alhamdulillah, lepas dah halangan mula-mula dulu. Dah belajar dah nak jadi kuat. Dah belajar untuk terima hakikat. Alhamdulillah. Jadi ujian yang baru ni insyaAllah boleh tempuh jugak. Allah ada kan ☺

Okaylah nak sambung buat assignment, macam tak siap-siap hoho. Lepastu nak sambung buat homework. MasyaAllah dua hari kena buat 34 esei. Hari Sabtu pulak hari berehat untuk aku =.=" Pukul 5 hari Ahad tu baru aku buat. 5 sampai 6 dapat buat 6 karangan je. Lepastu 8 sampai 12 settle jugak lah 25 karangan. Sekarang nak sambung. Esok ramai cikgu tak masuk kelas sebab budak Lower six and upper six ada competition volleyball. So goodluck untuk yang terlibat, termasuk adik aku! Hehee. Boleh buat munyeee ;) Oh last, selamat datang bulan Ogos. Bulan presentation. Bulan Viva. Fitri Haris:Garis Takdir. (lirik dia masyaAllah)

Sunday, 30 July 2017

Berkahwin Pada Usia yang Muda

Assalamualaikum. Ye aku tau aku baru nak masuk dua puluh tahun depan. Hahaha. Don't mention it. That's why la aku update macamni, bukan pasal andartu. Haa okay bai 👱 

InsyaAllah lagi 4 bulan aku habis belajar. Untuk peringkat STPM lah. Tapi bila fikir nak sambung degree tu ya Allah tak tahulah. Banyak kata tak nak berbanding nak. Tapi family aku pulak takde pesen jenis study separuh jalan. Paling kuman kau memang kena ada degree la. Kalau ada lebih sijil, tu lagi baik. Tapi entahlah eh. Aku ni selalu buat benda yang aku tak suka. So tak boleh nak jangka.

Masa Form 1 dulu, aliran pertanian subjek KH. Aku pegang cangkul? Ya Allah kelakar gila, haha! Tapi! Bila kau 3 tahun kau dalam aliran tu, haaa seronok! 💏 Masa Form 2 lagilah, bela ikan keli kalau tak silap. Dah lah masa tu aku bukan pencinta binatang =.=" mati jugak ikan keli aku tu. Huhu. Masuk Form 4, haa ni lagilah! Tak pernah-pernah pegang senduk, tetiba masuk aliran katering! Kena masaaaak! MasyaAllah. Padahal kelas tu boleh pilih, nak katering atau landskap? Boleh je kalau aku nak sambung pegang cangkul tapi tiba-tiba rasa nak cuba sesuatu yang baru. Dulu tak minat menanam pun at last? Suka jugak. Sekarang ni tak suka masak, nanti aku mesti akan suka jugak. 

Dan, betul gaissss! Kenangan 2 tahun dengan katering adalah kenangan yang seronok gilaaa. Aku yang tak pernah masak ni tapi tak pernah langsung kena repeat! Segala jenis resipi dalam buku tu semua aku lulus dengan jayanya. Alhamdulillah, selalu jugak lah dapat Top 5 kan, hehee. Allah permudahkan ❤ Form 4 tu jugak tahun pertama dapat pegang duit sendiri. Bekerja, keluarkan titik peluh sendiri. Ambil tempahan kuih raya dan .. yang sedihnya! Gaji pertama aku tu hilang. Tertinggal bawah meja :") Takpelah mungkin ada sebabnya Allah tarik balik rezeki aku.

Dan sekarang ni Form 6. Niii lah benda terakhir sekali aku fikir untuk sambung belajar. Eh sebenarnya tak pernah masuk list langsunglah! Hahaha. Dan sekarang, aku terjebak jugak. Aku pun tak faham dengan diri aku =.=" Dengan takde basic Ekonomi, dan subjek tu wajib dekat kelas aku, that's mean aku takde pilihan, but aku redah jugak 😁 Tapi kali ni lain. Sebelum ni aku berjaya berdepan dengan benda aku tak suka, tapi sekarang aku selalu gagal. Banyak kali dah aku menangis, depan kawan, depan cikgu, depan bapak saudara. So kau boleh imagine kan macam mana stressnya aku. And sebabtu aku teragak-agak untuk sambung Degree. Padahal aku fikir nak sambung Degree ni dari aku kecik! Tapi tu lah, being Fira ni, benda tak suka dia pergi buat, benda yang dia nak, dia let go.

So pergi ke step seterusnya. Nanti ada 8 bulan free sebelum masuk untuk Degree. InsyaAllah aku nak kerja. Berat jugak hati aku untuk kahwin. HAHA! Ye weeeh, aku selalu cakap dekat kengkawan aku, "Korang, nanti tahun depan masa graduation day, perut aku besar ada baby jangan terkejut tau!" And paling best! Dorang sporting. Takde sapa pun cakap eiii takut, eiii kau ni merepek, haa takde! Hahaha. So tu yang menambahkan lagi angan-angan aku =.="

Nak dijadikan cerita pulak aku tengah rapat dengan sorang Imam Muda aku ni. Banyak cerita antara kiteorang ni, since sekolah rendah lagi. Kawan-kawan aku tengok muka dia, tau background dia yang belajar dekat madrasah tu, aku tengok cara dia treat family dia expecially adik-adik perempuan dia, saaaangat penyayang! And tu yang buat aku rasa macam, okay he's the one. Takde kot-kot dah masa tu hahaha! Tapi nak buat macam mana, jodoh tak panjang. 

Since that aku memang dah serik lah nak kenal dengan sesiapa walaupun hasrat nak kahwin awal tu kuat lagi! Bukan takde yang nak kenal, ada je. Cuma sekarang ni aku rasa aku tak nak terlalu rapat dengan someone cause nanti kalau tak jadi, aku akan sedih sebab impian aku hancur lagi. Hmm nak pulak bila blogwalking sekarang ni kebanyakan yang kahwin lepas dah dapat Degree. Aku down jugaklah. Tapi nak buat macam mana .. dorang pandai. Aku? Bukan taknak sambung, naaaaak sangat! Aku rasa tu impian semua orang kot, cuma kengkadang kita sedar ada benda yang kita kena lepaskan 💟 Susah la nak cakap pasal benda ni sebenarnya. Ada orang yang akan faham, ada orang yang akan curious. So terpulanglah. Depends pada korang nak cakap apa.

Setakat ni tu jelah yang aku nak cakap. Hmmm korang doakan yang terbaik eh? Terima kasih sayang-sayang semua, hehe 😘 Sekarang ni aku tengah kenal dengan orang lain pulak. Jauh berbeza dengan bekas Imam Muda aku. Lain bidang tapi sama perangai. Aku ni ego sebenarnya, kalau ada yang boleh tahan, bersyukur sangat dah, haha! Kalau takde, it's okay ☺tapi ni nak main-main tak boleh jugak, dia baik and dia .. abang polis! aaa nanti dia tangkap and masuk kita dalam lokap. Uhuk 😂 eh tapi jangan salah faham! Aku dengan dia kawan jee. Tak fikir lagi pun nak serious walaupun dia asyik merepek pasal kahwin semua. Haha, macam tau-tau je impian aku. Tapi aku tak la desperate sangat dengan impian aku yang satu tu, papehal pun kena kenal dulu. Kalau tak boleh go, aku terpaksa tunda dulu la nampaknya impian tu kan, ihikss. Tapi hoping for a good ending lah 🙏

Saturday, 29 July 2017

Hopeless but Still Hoping

Assalamualaikum. Selamat pagi semua 👀 pagi ni rasa tak berapa nak ceria. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab banyak fikir benda yang remeh-temeh kot. Hoping. Kengkadang tu kan aku dah tau dah yang benda tu memang aku tak akan dapat tapi still berharap. Rasa nak penampar diri sendiri, tak pun lompat sekuat-kuat hati atas trampoline tu sampai melekat dekat pokok atau jatuh masuk laut. Sape yang tengah rasa benda yang sama tu, jomlah kita 👭



It's time to let You go



Hati, tolonglah rasa penat. Kesian dekat mata. Dah banyak keluarkan air dia. Dah eh. Taknak berharap lagi, tau. Pesan pada diri tu, lumrah manusia memang selalu datang dan pergi. Kecewa tu benda biasa. Semua orang pernah rasa yang sama. Kenapa orang lain boleh kuat, kau sampai nak melekat atas pokok =.=" 




Allah is my only hope. So I'm gonna be fine ❤
 

Friday, 28 July 2017

Tips Karangan Bahasa Melayu : Kata-kata Hikmat dan Simpulan Bahasa

Assalamualaikum. Tadi ada presentation dekat sekolah. Aku dapat topik Bab Enam, Pragmatik bahagian Kata-kata Hikmat dan Simpulan Bahasa. Seronok sebenarnya bila dapat present bab ni. Antara kata hikmat yang aku cakap kat depan tu pasal kata-kata lebih tajam daripada mata pedang ❤ betul tak gais? "Apa yang keluar dari mulut kita lebih sakit berbanding kita buat serangan fizikal dekat orang tu. Jadi, hikmatnya dekat sini kalau nak cakap tu jaga-jaga lah jugak perasaan orang, kan?" Ada jugak pasal "Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman" Haa ni maksud dia jelas kanOkay so takpayah explain dekat korang la, haha! 

Bahagian Simpulan Bahasa tu pulak dia boleh jadi untuk 4 situasi. Tapi yang aku nak share tu pasal perbandingan dengan cerita masyhur atau kejadian yang luar biasa. Haaa terus terimbau cerita rakyat masa kita kecik dulu kan! kita sama je awak, awak jangan malu nak mengaku, haha! Cerita rakyat tu macam kisah Mat Jenin tu haa. Orang yang kuat berangan. Aku ringkaskan eh? Sapa yang still ingat tu meh goyang ontot sikit :P Mula kisahnya ada sorang nenek mintak dia panjat pokok kelapa, nanti dapat upah. So dia pun panjatlah. Masa dekat atas pokok tu, dia beranganlah. Nanti dapat upah, boleh beli biji telur ayam, so bila eram nanti dapat bela baaanyak ayam. Dari ayam tu dia boleh buat bekalan makanan ataupun jual. Hasil jualan tu dia boleh beli kambing ke lembu ke. Haa, yang lagi besar! Pastu dia imagine kalau dah jadi tokey kaya macamtu, mesti ada puteri raja nak kahwin dengan dia. Hahaha kelakarkan perangai Mat Jenin ni? Tiba-tiba! Ada tupai melintas, haa dia terkejut then jatuh pokok, akhirnya dia mati. 

Macam kisah Pak Pandir tu pulak, semua tau yang dia suka buat keputusan yang tak masuk akal. Sampai anak dia mati. Haa lepastu bunuh kucing and bela tikus! Like seriously Pak Pandir? Ish ish ish =.=" Haa yang petikan dari kisah luar biasa tu pulak macam menunggu kucing bertanduk. Kucing bertanduk? Memang nonsense la kan. So dari situ dah tau yang maksud dia mengharap benda yang mustahil. Ni saje je nak cerita dengan korang. Nak share my happiness sebab dapat jadi tukang cerita dekat depan kelas tadi. Haha! Untuk adik-adik yang nak ambil SPM atau any exam lah, sebenarnya kalau nak gunakan peribahasa dalam karangan tu bahaya tau? Jangan suka-suka nak letak, bak kata pepatah bla bla bla. Sebab bawah peribahasa tu dia ada banyak, dia ada pepatah, bidalan, kiasan, simpulan bahasa, kata-kata hikmat, perbilangan. Haa so kalau adik-adik tau nak bezakan ciri-ciri dia, boleh letak dalam karangan. Kalau tak sure, adik-adik boleh letak macam ni je, bak kata peribahasa haa pastu sambung. Dengar macam kelakarkan? Tapi ni betul, tau! Saje je akak nak share ❤

Kalau nak tanya apa, feel free to comment okay? Kita suka kalau dapat tolong orang ✌