Assalamualaikum. Tadi ada presentation dekat sekolah. Aku dapat topik Bab Enam, Pragmatik bahagian Kata-kata Hikmat dan Simpulan Bahasa. Seronok sebenarnya bila dapat present bab ni. Antara kata hikmat yang aku cakap kat depan tu pasal kata-kata lebih tajam daripada mata pedang ❤ betul tak gais? "Apa yang keluar dari mulut kita lebih sakit berbanding kita buat serangan fizikal dekat orang tu. Jadi, hikmatnya dekat sini kalau nak cakap tu jaga-jaga lah jugak perasaan orang, kan?" Ada jugak pasal "Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman" Haa ni maksud dia jelas kan ☝ Okay so takpayah explain dekat korang la, haha!
Bahagian Simpulan Bahasa tu pulak dia boleh jadi untuk 4 situasi. Tapi yang aku nak share tu pasal perbandingan dengan cerita masyhur atau kejadian yang luar biasa. Haaa terus terimbau cerita rakyat masa kita kecik dulu kan! ☺ kita sama je awak, awak jangan malu nak mengaku, haha! Cerita rakyat tu macam kisah Mat Jenin tu haa. Orang yang kuat berangan. Aku ringkaskan eh? Sapa yang still ingat tu meh goyang ontot sikit :P Mula kisahnya ada sorang nenek mintak dia panjat pokok kelapa, nanti dapat upah. So dia pun panjatlah. Masa dekat atas pokok tu, dia beranganlah. Nanti dapat upah, boleh beli biji telur ayam, so bila eram nanti dapat bela baaanyak ayam. Dari ayam tu dia boleh buat bekalan makanan ataupun jual. Hasil jualan tu dia boleh beli kambing ke lembu ke. Haa, yang lagi besar! Pastu dia imagine kalau dah jadi tokey kaya macamtu, mesti ada puteri raja nak kahwin dengan dia. Hahaha kelakarkan perangai Mat Jenin ni? Tiba-tiba! Ada tupai melintas, haa dia terkejut then jatuh pokok, akhirnya dia mati.
Macam kisah Pak Pandir tu pulak, semua tau yang dia suka buat keputusan yang tak masuk akal. Sampai anak dia mati. Haa lepastu bunuh kucing and bela tikus! Like seriously Pak Pandir? Ish ish ish =.=" Haa yang petikan dari kisah luar biasa tu pulak macam menunggu kucing bertanduk. Kucing bertanduk? Memang nonsense la kan. So dari situ dah tau yang maksud dia mengharap benda yang mustahil. Ni saje je nak cerita dengan korang. Nak share my happiness sebab dapat jadi tukang cerita dekat depan kelas tadi. Haha! Untuk adik-adik yang nak ambil SPM atau any exam lah, sebenarnya kalau nak gunakan peribahasa dalam karangan tu bahaya tau? Jangan suka-suka nak letak, bak kata pepatah bla bla bla. Sebab bawah peribahasa tu dia ada banyak, dia ada pepatah, bidalan, kiasan, simpulan bahasa, kata-kata hikmat, perbilangan. Haa so kalau adik-adik tau nak bezakan ciri-ciri dia, boleh letak dalam karangan. Kalau tak sure, adik-adik boleh letak macam ni je, bak kata peribahasa haa pastu sambung. Dengar macam kelakarkan? Tapi ni betul, tau! Saje je akak nak share ❤
Kalau nak tanya apa, feel free to comment okay? Kita suka kalau dapat tolong orang ✌
No comments:
Post a Comment