Monday, 31 July 2017

Hmm What a Bad Day

Assalamualaikum. Hari ni rasa teruk. Everything lah. Dapat paper Pengajiam Am untuk ujian setara baru-baru ni. Haa kalau dah cakap what a bad day tu, jangan tanya lah dapat berapa kan =.=" Teruk gila bai kena marah dengan Puan Suriani. Ramai jugak yang fail, hoho. Bahagian B aku salah format. Dia mintak perbandingan, aku buat pola. Omaigod, mana trampoline aku hari tu? Kali ni aku nak lompat tak nak jatuh dah. Stresss berpijak di bumi yang nyata ni :") Dah lah paper aku kena petik first-first, pergi tayang depan satu kelas. Aku dari jauh dah boleh cam tu tulisan aku, tup-tup betul kawww. Aku rasa macam .. okayfine ni mesti markah paling teruk! Eh sekali tak lah paling rendah pun, haha! 

Paling deep nak mati bila dia cakap, "Saya tak marah bagi pihak saya. Saya marah untuk pihak mak ayah awak! Mesti mak ayah awak tak terfikir langsung macam ni sekali awak punya jawapan!" Haaa tak lah dia cakap dekat aku, dia cakap untuk satu kelas la. Paling tinggi pun 63% rasanya. Aku .. 45%. Okaybai. Eh jap jap, tapi esei aku kira logik jugak lah dua tiga point tu! Masa jawab haritu aku rasa macam aku hentam semua je. Okayfine, nasib en. Haha. Yelahhh (T_T)

Haa lepastu petang pulak mak aku cerita pasal appoinment dia dengan doktor. Sebenarnya dah lama dah mak aku sakit, since tangan dia merebak ke pinggang naik ke kepala. So lepas dah buat MRI (Kalau buat MRI ni, semua benda nampak. InsyaAllah, kalau Allah tak sembunyikan) Memang nampak lah mak aku punya agak bengkok. Maybe kena operation untuk buat tekanan dekat saraf tu, aku tak tahulah istilah dia apa. Doktor kasik sampai 25 September untuk mak aku fikir. And 27 September tu birthday dia :") Istilah penyakit mak aku cervival stenosis. So, siapa yang tau pasal penyakit ni boleh PM aku eh? Aku perlukan sangat-sangat maklumat pasal penyakit ni. Maybe ada kaedah untuk rawat without any operation sebab mesti akan ada bad effectkan. 

Cervival spinal stenosis is the narrowing of the spinal canal in the neck. The spinal canal is the open area in the bones (vertebrae) that make up the spinal column. The spinal cord is a collection of nerves that runs through the spinal canal from the base of the brain to the lower neck. (Source:Google)

 

From the base of the brain to the lower neck

Normal and cervival spinal stenosis

And tu dia punya rupa which is sama macam mak aku punya

Entahlah kan, rasa down jugaklah sebenarnya. Tapi mak aku pesan, "Mama taknak awak risau, mama just nak share. Tapi mama okay. Ada orang kena ujian lagi teruk. Tau-tau dah ada Kanser tahap 3, tahap 4. So kena fikir benda tu. Allah baru bagi ujian kecil macam ni dekat mama. Lepas solat tu doakan yang baik-baik". Sometimes aku terfikir kenapalah keluarga aku ni since aku kecik lagi, memang tak pernah lepas dari masalah! Ujian yang datang pulak bukan sikit-sikit. Berat. Berat sangat-sangat. Tapi sebab mama sendiri pun positif, so aku rasa aku tak boleh lemah. Nak share masalah dekat sini, aku rasa masalah family adalah masalah privasi. And belog ni aku open, semua orang boleh baca. Jadi aku tak boleh nak share suka-suka hati walaupunnnn aku rasa nak luah sangat-sangat! Nak cerita dekat kawan, diaorang pun ada masalah masing-masing. Nak cerita dekat family nanti diaorang cakap aku lemah. Aku nak kuat cam diaorang :") So apa pilihan aku ada? Selain pendam.

Takpelah aku tahu Allah sayang. Bila fikir balik, kalau betul banyak ujian berat aku pernah lalui, tapi tengok aku sekarang ni. Hidup je kan. Ada je gelak ketawa. Takde pun sampai mental walaupun family aku pernah kena jumpa psikiyatrist sebab tekanan melampau. Alhamdulillah, lepas dah halangan mula-mula dulu. Dah belajar dah nak jadi kuat. Dah belajar untuk terima hakikat. Alhamdulillah. Jadi ujian yang baru ni insyaAllah boleh tempuh jugak. Allah ada kan ☺

Okaylah nak sambung buat assignment, macam tak siap-siap hoho. Lepastu nak sambung buat homework. MasyaAllah dua hari kena buat 34 esei. Hari Sabtu pulak hari berehat untuk aku =.=" Pukul 5 hari Ahad tu baru aku buat. 5 sampai 6 dapat buat 6 karangan je. Lepastu 8 sampai 12 settle jugak lah 25 karangan. Sekarang nak sambung. Esok ramai cikgu tak masuk kelas sebab budak Lower six and upper six ada competition volleyball. So goodluck untuk yang terlibat, termasuk adik aku! Hehee. Boleh buat munyeee ;) Oh last, selamat datang bulan Ogos. Bulan presentation. Bulan Viva. Fitri Haris:Garis Takdir. (lirik dia masyaAllah)

No comments:

Post a Comment