Sunday, 30 July 2017

Berkahwin Pada Usia yang Muda

Assalamualaikum. Ye aku tau aku baru nak masuk dua puluh tahun depan. Hahaha. Don't mention it. That's why la aku update macamni, bukan pasal andartu. Haa okay bai 👱 

InsyaAllah lagi 4 bulan aku habis belajar. Untuk peringkat STPM lah. Tapi bila fikir nak sambung degree tu ya Allah tak tahulah. Banyak kata tak nak berbanding nak. Tapi family aku pulak takde pesen jenis study separuh jalan. Paling kuman kau memang kena ada degree la. Kalau ada lebih sijil, tu lagi baik. Tapi entahlah eh. Aku ni selalu buat benda yang aku tak suka. So tak boleh nak jangka.

Masa Form 1 dulu, aliran pertanian subjek KH. Aku pegang cangkul? Ya Allah kelakar gila, haha! Tapi! Bila kau 3 tahun kau dalam aliran tu, haaa seronok! 💏 Masa Form 2 lagilah, bela ikan keli kalau tak silap. Dah lah masa tu aku bukan pencinta binatang =.=" mati jugak ikan keli aku tu. Huhu. Masuk Form 4, haa ni lagilah! Tak pernah-pernah pegang senduk, tetiba masuk aliran katering! Kena masaaaak! MasyaAllah. Padahal kelas tu boleh pilih, nak katering atau landskap? Boleh je kalau aku nak sambung pegang cangkul tapi tiba-tiba rasa nak cuba sesuatu yang baru. Dulu tak minat menanam pun at last? Suka jugak. Sekarang ni tak suka masak, nanti aku mesti akan suka jugak. 

Dan, betul gaissss! Kenangan 2 tahun dengan katering adalah kenangan yang seronok gilaaa. Aku yang tak pernah masak ni tapi tak pernah langsung kena repeat! Segala jenis resipi dalam buku tu semua aku lulus dengan jayanya. Alhamdulillah, selalu jugak lah dapat Top 5 kan, hehee. Allah permudahkan ❤ Form 4 tu jugak tahun pertama dapat pegang duit sendiri. Bekerja, keluarkan titik peluh sendiri. Ambil tempahan kuih raya dan .. yang sedihnya! Gaji pertama aku tu hilang. Tertinggal bawah meja :") Takpelah mungkin ada sebabnya Allah tarik balik rezeki aku.

Dan sekarang ni Form 6. Niii lah benda terakhir sekali aku fikir untuk sambung belajar. Eh sebenarnya tak pernah masuk list langsunglah! Hahaha. Dan sekarang, aku terjebak jugak. Aku pun tak faham dengan diri aku =.=" Dengan takde basic Ekonomi, dan subjek tu wajib dekat kelas aku, that's mean aku takde pilihan, but aku redah jugak 😁 Tapi kali ni lain. Sebelum ni aku berjaya berdepan dengan benda aku tak suka, tapi sekarang aku selalu gagal. Banyak kali dah aku menangis, depan kawan, depan cikgu, depan bapak saudara. So kau boleh imagine kan macam mana stressnya aku. And sebabtu aku teragak-agak untuk sambung Degree. Padahal aku fikir nak sambung Degree ni dari aku kecik! Tapi tu lah, being Fira ni, benda tak suka dia pergi buat, benda yang dia nak, dia let go.

So pergi ke step seterusnya. Nanti ada 8 bulan free sebelum masuk untuk Degree. InsyaAllah aku nak kerja. Berat jugak hati aku untuk kahwin. HAHA! Ye weeeh, aku selalu cakap dekat kengkawan aku, "Korang, nanti tahun depan masa graduation day, perut aku besar ada baby jangan terkejut tau!" And paling best! Dorang sporting. Takde sapa pun cakap eiii takut, eiii kau ni merepek, haa takde! Hahaha. So tu yang menambahkan lagi angan-angan aku =.="

Nak dijadikan cerita pulak aku tengah rapat dengan sorang Imam Muda aku ni. Banyak cerita antara kiteorang ni, since sekolah rendah lagi. Kawan-kawan aku tengok muka dia, tau background dia yang belajar dekat madrasah tu, aku tengok cara dia treat family dia expecially adik-adik perempuan dia, saaaangat penyayang! And tu yang buat aku rasa macam, okay he's the one. Takde kot-kot dah masa tu hahaha! Tapi nak buat macam mana, jodoh tak panjang. 

Since that aku memang dah serik lah nak kenal dengan sesiapa walaupun hasrat nak kahwin awal tu kuat lagi! Bukan takde yang nak kenal, ada je. Cuma sekarang ni aku rasa aku tak nak terlalu rapat dengan someone cause nanti kalau tak jadi, aku akan sedih sebab impian aku hancur lagi. Hmm nak pulak bila blogwalking sekarang ni kebanyakan yang kahwin lepas dah dapat Degree. Aku down jugaklah. Tapi nak buat macam mana .. dorang pandai. Aku? Bukan taknak sambung, naaaaak sangat! Aku rasa tu impian semua orang kot, cuma kengkadang kita sedar ada benda yang kita kena lepaskan 💟 Susah la nak cakap pasal benda ni sebenarnya. Ada orang yang akan faham, ada orang yang akan curious. So terpulanglah. Depends pada korang nak cakap apa.

Setakat ni tu jelah yang aku nak cakap. Hmmm korang doakan yang terbaik eh? Terima kasih sayang-sayang semua, hehe 😘 Sekarang ni aku tengah kenal dengan orang lain pulak. Jauh berbeza dengan bekas Imam Muda aku. Lain bidang tapi sama perangai. Aku ni ego sebenarnya, kalau ada yang boleh tahan, bersyukur sangat dah, haha! Kalau takde, it's okay ☺tapi ni nak main-main tak boleh jugak, dia baik and dia .. abang polis! aaa nanti dia tangkap and masuk kita dalam lokap. Uhuk 😂 eh tapi jangan salah faham! Aku dengan dia kawan jee. Tak fikir lagi pun nak serious walaupun dia asyik merepek pasal kahwin semua. Haha, macam tau-tau je impian aku. Tapi aku tak la desperate sangat dengan impian aku yang satu tu, papehal pun kena kenal dulu. Kalau tak boleh go, aku terpaksa tunda dulu la nampaknya impian tu kan, ihikss. Tapi hoping for a good ending lah 🙏

No comments:

Post a Comment