Friday, 29 September 2017

Trial STPM Last Sem TAMAT!

Assalamualaikum. Hooraaaayyy! Trial dah habis woooii. Hahahaha. Besok last day untuk bulan 9. Lusa dah masuk bulan 10. Tunggu sebulan. Awal bulan 11 dah exam final. Lepastu repeat paper. Lepastu abissss! Ya Allah, seriously even setahun setengah je belajar tapii rasa macam lama giler. Dia rasa seronok tau kalau hati kau happy, dikelilingi makhluk Tuhan yang boleh in dengan kau. Yang jadik tak bestnya bila kau tak rasa seronok dengan apa yang kau buat. Plus, kau dah macam penat giler dengan perangai manusia. But, sebulannn je lagi untuk aku hadap benda ni semua. Lepastu yeah kita buat hidup masing-masing. Sikit pun tak terdetik kat hati nii untuk jumpe manusia yang ade sekarang ;D kecuali kawan-kawan yang aku dah anggap macam adik beradik aku dah. Fathin, Fiza, Zirah, Hema, Wani, Natrah, nanti dah habis study ni kite jangan lost contact tauu! They are my truly friends la sepanjang setahun setengah walaupun ade konflik sampai tak tegur 4 bulan, ade yang baru rapat this year tapi Alhamdulillah hubungan tu bertambah baik. Cukuplah dorang sebagai kawan aku. Aku tak perlu kawan yang lain dah. Yang ada ni the best among the best dah hahahaha ;D Sweet tak aiii? Kehkehkehh :P

25.9.17. Pengajian Am.
Dengan Pengajian Am ni aku baru study malam nak exam tu. Sebab sebelum tu aku fokus Sejarah je. Macam tak boleh move on dari Sejarah. Malam tu pulak bakal zauj aku a.k.a Mr Benkin aku call. HAHA! Segaaar je mata. Dah la lepas Isyak tu aku carik pasal dengan dia. Hoho. Tapi tak lama ponn. Pepandailah aku pujuk dia. Dia tak boleh dengar suara aku takut ke nak menangis ke, walaupunnn dia benkin tapi dia sweet angat-angat HAHA. So dah settle, sampai pukul 2 ke 3 pagi tah aku study. Lepastu exam start kol 11.45 pagi sampai 1.45 petang. Bahagian A aku hentam jelahh. Haha. Nanti cek jawapan dengan Dak Sabar. Lepastu Bahagian B, yang alihkan jadual or carta dalam bentuk esei tu. Haa ni lagi la. Format dia tak menentu. And terakhir sekali, esei. Kena buat 2 esei. Satu esei 350 patah perkataan. Kejap aku tengok soalan, 

Esei 1. Hubungan diplomatik yang baik merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kejayaan pembangunan negara-negara ASEAN. Namun begitu, masih terdapat banyak halangan dalam mencapai matlamat tersebut. Bincangkan. (Tahu format tapi taktahu nak elobarate so goodbye)

Esei 2. Malaysia telah membuktikan kemampuan dalam penganjuran pelbagai kejohanan sukan bertaraf antarabangsa. Huraikan implikasi yang timbul daripada penganjuran ini kepada negara kita. (Bolehlah jawab tapi tak sure format dia)

Esei 3. Jenayah keganasan antarabangsa yang berlaku kini disebabkan oleh pelbagai faktor dan jika tidak ditangini boleh mendatangkan implikasi dari segi sosio ekonomi kepada negara yang terlibat. Bincangkan. (So nampak en format dia yang faktor plus impak sosio, impak eko. Ha jawab jelah labu)

26.9.17. Sejarah.
Haaaa niii! Walaupun aku cakap aku fokus dengan Sejarah tapii tak tahu kenapa malam tu bila baca balik aku rasa macam aku tak study apa-apa. Serabut okay! Dah la kena study Sejarah Malaysia, lepastu nak kena belajar pasal Sejarah Asia Tenggara pulak. Satu bab nak kena hafal untuk dua buah negara. Sejarah dah ade 26 bab! Haduuu v.v Tu hari yang paling aku stress belajarlah. Sampai aku cakap dekat MR Benkin "Awak orang stress sangat study kali ni. Orang cam dah give up dah. Dari SPM lagi memang takde chemistry dengan Sejarah" Dia baca je ws aku tu, terusss call. Risau beno dia. Angkat-angkat je "Sayang, sayang okay tak ni?" Aduu terus lega sikit kepala otak. Haha terharu weyh :') Lepastu tauu aku tido kol berapaaa? Pukul 4.15 pagi! Haa memang lambat la cite dia bangun tu. Pukul 7 baru aku bangun, kelas start kol 7.20. Aje mamposs! Hahaha. 

Sampai je dekat sekolah, pulaaaak satu baris kabin tu bergelap. Dah kenapanya ni? Rupanya blackout! MasyaAllah T_T Semalam jawab PA tu pon sama jugak. Beberapa minit sebelum exam start pulak tuu, boleh pulak takde letrik. Merecik je nak jawab exam. Ni lagi ah, takkan dari pagi nak tahan panas? Aduhaii. Bila dah letak beg, aku nak keluar kejap. Beli sarapan. Lalu je sebelah classmate, dia tengah baca ws. Dia baca kuat-kuat. "Peperiksaan bermula pukul 8 pagi. Harap pelajar semua siap sedia" De heccccckkk! Patotnya start pukul 11.45 pagii! MasyaAllahhhh. Asal classmate lain masuk je semua memekak "Weyh seriouslah dowwwhh. Aku tak baca buku lagi kot" "Wey takyah main-main doh. Aku tak baca pape lagi tauu! Aduh" Hahaha semua keluarkan ayat yang sama je. Aku ni even study sampai 4 pagi tapi macam masuk tak masuk je. Terus terbantot aku nak beli sarapan sebab kelam-kabut gi tempat duduk balik, bukak buku haha. Yang bebudak laki dah angkat beg dah nak balik HAHA. Hectic giler hari ni, bangun lambat, blackout, exam diawalkan pulaaak! :(

Puan Norliza masuk kelas je semua bising mana boleh macam ni cikgu, tak study pape bla bla bla. Pastu cikgu cakap dia dimaklumkan kemungkinan exam ditangguhkan. Kau dengar tak weyyhhh? DITANGGUHKAN! MasyaAllah nikmatnya bile dengar perkataan tuu! Lepastu Puan Roslina buat undian pulak. Ade 4 pilihan. Nak exam start pagi tu / haritu jugak tapi lepas rehat / hari Jumaat pagi / hari Jumaat lepas rehat. Dann undian terbanyak hari Jumaat pagi! So harini barulah settle aku punya paper Sej. Alhamdulillah tak stress dah. Hikhik. Balik tu cerita dekat MR Benkin boleh pulaaak dia gelak! Dia kata dok KL tapi blackout. Kureng betul. Ala dia tu lagilahh, pergi jadik geng kunyit tido pakai boxer dekat living room, kunci gate, bukak pintu hahahahaha siap tangan member atas perut lagi. Ewwwww :P Hahahahaha.

27.9.17. Bahasa Melayu.
Hari ni birthday mama! Happy birthday mama. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dilindungi oleh rahmat Allah SWT :) Okay subjek BM ni aku takdelah stress sangat study. Tido pon kol 2 pagi macamtu. Exam berjalan lancar. Pukul 12.15 sampai 1.45. Alhamdulillah. Tak yakin sangat sebab aku tahu soalan last tu aku ade careless mistake, so aku harap belah depan-depan tu dapat cover aku balik ah. Aamiin. Tak tahu la kann, bile kau rasa suke dengan subjek tu kau rasa macam mudah je nak masuk. Alhamdulillah lah, aku dari sekolah rendah sampai dah nak habis belajar ni takde masalah langsung dengan subjek BM atau dengan cikgu BM. Tipulah takde masalah langsung tapi masalah tu dapat diatasi lah, takde timbul perasaan "Awak orang stress sangat study kali ni, orang cam dah give up dah" Ehh tu macam perli aku tadi! Haha :P Okaybaii.

28.9.17. Ekonomi.
Aduh. Eko eh. Hmm Eko sebenarnya buat aku stress jugak tapi aku taknak fikir sangat. Aku taknak stress sangat macam malam Selasa haritu. Fheww letih woi otak! So kite belajar chill-chill je. Exam start kol 12.45 sampai 1.45. Kena jawab 5 esei dengan 1 kuantitatif. Sakit hatikan? Belajar beratus muka surat tapi keluar 6 ketul soalan je T_______T Takpelah aku redha dengan permainan dunia ni muahahah. Haiyoo banyak keluar KBAT lah. Betul menguji minda soalan dia. Ya Allah harap-haraplahhh cikgu lembut hati terima explanation aku walaupun aku sendiri tak confident dengan hujah aku. Ehh bolehh? HAHAHA -.-

30.9.17. Sejarah is back!
Untuk mengelakkan aku stress study Sejarah macam haritu, jadi MR Benkin la yang bertanggungjawab untuk jadik pendengar. Hahaha dia pon macam redhaaa je, siap bangkang aku lagi tu! Eiii geramm! Dia pergi masukkan pasal Babylon, Kerajaan Tergantung apa benda semua tu. Haha kite ni dah la stress, lepastu tanya dia soalan bebanyak! Biar dia stress sama kahkahkahkahh :D Ya Allah banyak betul hutang aku dengan bakal zauj aku ni. Selalu sangat ade masa aku senang, masa aku susah. Sebelum tu dia banyak merepek, kiteorang lawan tak boleh gelak hahahahahaha, lepastu dia ehhh dia banyak kali kantoii :P Hahahaha. Adu takleh lupa. Bongek la dia. Lepastu aku mati call, dia call lagi, aku mati lagi, dia call lagi, aku kasik lagi mati, dia call lagiii, ha baru aku angkat. Hahaha :P Dia comel gilerr. So malam tu aku tido kol 11 malam. Awal kannnn, rasa macam aku baca terus masuk kepala otak. Tu la belajar Sejarah ni kena bercerita tau tak. Nasibla malam ni dia tak kerja, so dia lah yang kena dengar heheee :)

Exam start kol 8 sampai 10 pagi. Tapi datang sekolah kol 7 sampai 7.40 tu abis masa dengan berborak. Hahahaha ni betul punya nak move on dari stress ni. Ramai giler pulak tu tak datang. Mesti dorang pun tak sanggup nak hadap paper ni. Haihh. Bukak je soalan, duhhhhh ni sebijik nota cikgu bagi haritu. Pasal Ekonomi Komersial Sabah Sarawak. Astaga. Lepastu pendudukan Jepun yang membangkitkan semangat nasionalisme penduduk Tanah Melayu. What the fish, ni takde dalam buku! Ni KBAT ni ya ampun. And last pasal pembangunan sosial. Ha ni pon aku skip, aku baca gitu-gitu je. Sebelah mata je. Buat last minute haha. 

Lepastu bahagian Asia Tenggara pulak pasal susun lapis masyarakat dekat Indonesia. Perh time tu dah malas pikir dah tiba-tibaaaa Allah ingatkan balik pasal latihan aku buat haritu! Yang kena pecah pada Acheh dengan Pulau Jawa tu masyaAllahhh. Dengan riang aku menjawabnya kehkeh. Lepastu soalan next pulak pasal peranan Raja Thibaw dekat Myanmar. Haaa ni lagi best! Aku baca dua tokoh je, Diponegoro dekat Indonesia, Raja Thibaw dekat Myanmar. Nasib keluar salah satu! Tapi masuk soalan ketiga pasal Raja Macapagal pulak. Aku tengok nama tokoh lain yang keluar terus aku buat-buat buta hahahahaha. Takpe ah sebab setiap bahagian Sejarah Malaysia dengan Sejarah Asia Tenggara tu kena jawab 2 dari 3 je. So dah jawab dekat Indonesia dengan Raja Thibaw okaylahh. Cumaaaa yang tak konpiden Sejarah Malaysia jelah! Harap-harap cikgu murah hatiiii la terima jawapan merepek aku tu kahkahkah :D

*** TAMAT ***

Seriously sepanjang musim exam ni aku tak langsung jaga makan minum aku. Time bebetul lapar je aku makan. Tido pon mana dan je. Atas selimut la, atas teddy bear. Lepastu katil jangan cerita ahh, bersepah tahap gabannnn. HAHAH. Sepanjang exam ni jugak MR Benkin banyak jadik penguat semangat aku, plus mama ponn always say goodluck kakak pagi pagi buta tu kan. So rasa cam lega sikit stress ni haa. Lepasni aku nak kena betulkan assignment aku, lepastu nak khatam balik Meh Sandar Pada Aku (Cerita feveret MR Benkin) aku baru sampai Episod 5, lepastu nak tengok cerita Hitman yang MR Benkin suruh tengok tuu, lepastu nak kemas bilik, lepastu nak buat revision Sem 1 Sem 2 punya. Amboiiii belajar rancangan terakhir nampak? Kahkah. Kite memang pesen study last minute hoho. Okaylah baii. Penat taip pepanjang -.-

Sunday, 24 September 2017

Terima Kasih Sebab Buat Orang Happy!

Assalamualaikum. *Tarik nafas* *Hembusss* Buat 3 kali, tapi kali ketiga mohon hembus kuat-kuat sampai bersembur airliur. Kohkohkoh. Okay cuba hiburkan diri sendiri kejap. Seriously bila baca je entry yang paling baruuu haritu aku rasa macam tak boleh move on. Tapi bila ingat tak update, aik boleh je bahagia. So, buat apa lah weyyy nak stress fikir pasal mulut orang. Lantaklah dorang cikgu ke classmate ke, masa depan kita bukan kat tangan dorang. So dorang nak cakap kita goblok ke nak jadik pembodek cikgu ke, boleh jalaaaaaannn :) 

Besok aku trial sampai hari Khamis. See, nampak tak betapa cepatnya masa berjalan. Abis je trial, bulan 9 pun dah nak habis. Masuk bulan 10, bulan struggle untuk belajar gila-gila hoho *yelah tu* lepastu awal bulan 11 final exam. Lepastu hooooraaaaay, aku boleh berambus dari sekolah tu dan tak perlu jumpa dorang lagi! Kecuali bulan 8 tahun depan, waktu Majlis Graduasi 2017/2018. Tapi masa tu aku nak jumpa dalam keadaan hati suci bersih dah, malas and penat nak benci-benci orang ni. Tapi untuk sampai bulan 8 tahun depan, biarlah aku maki dorang sepuas-puas hati dulu kehkehkeh. Seriously dowhh kejap je aku down. And now aku dah bangun balik. Jangan jealous, pergi mampos. Hoiii tadi kan dah relaxkan diri tarik nafas apa semua, ni marah lagi kenapa? Okay okayy stop. Buat semak je cerita pasal dorang kat sini :D

Haa kalau nak tahu MR F adalah orang terkuat yang buat aku move on and tak sesedih dah. Dia sentiasa ada bila aku down. Tu yang buat aku sayang dia. Hihi *tutup muka* Walaupun dia garang tapi tu lah dia marah sebab dia sayang. Dia tak nak tengok aku nangis dah. Aku tak cerita pun dekat dia apa yang jadi. Entah, takde rasa nak cerita. Aku rasa macam buang masa and air liur je cerita benda bodoh macamtu. Dah lama tak gaduh dengan MR F, hoho. Tadi siang macam dah ada baur-baur nak gaduh tu, tak sampai 5 minit kiteorang settle cepat-cepat. MR F pun cakap taknak gaduh-gaduh dah. Hee orang punnnnn. Penat en asyik gadoh. Bukan best pun T_T Aku tak nak dowh hilang MR F. Dia ni banyak giler ubah hidup aku, ajar aku dari orang yang baran jadi lebih kuat tanpa perlu marah-marah semua. Dia banyak ajar aku belajar untuk sabar la. Walaupun semalam baru genap 2 bulan kiteorang kenal tapiiii kalau tak mula dengan dua bulan macam mana nak teruskan untuk yang ke 3 4 5 bulan plus tahun berikutnya kannn hehee :P Lepasni dari MR F aku nak tukar jadi bakal zauj lah (bakal suami XD) hahahaha korang geli ke? Not my businessss :P 

MR F pun cakap hubungan dia sebelum ni banyak tak tahan lama sebab orang tak dapat tahan dengan perangai dia. Hmm pelik aku. Sebab MR F ehhh bakal zauj aku ni baik sangat tau. Tapi baguslah korang tak nampak kebaikan dia, biarlah aku sorang je yang rasa semua tu hehee :) Sebabtu MR F selalu tanya penat tak dapat pakwe macam dia? Letih tak nak layan dia? Hahaha seriously orang terhibur dengan perangai awak. Gaduh teruk cane pun, orang still sayang kat awak. Awak tak pernah cakap benda kasar kat orang walaupun awak dalam keadaan marah. Orang ni haa banyak mencarut, tapi awak tak take serious pun, awak boleh gelak lagi sebab awak taknak api balas dengan api. Bila orang hilang, awak tak kasik orang pergi. Awak cepat-cepat carik. Tuuu yang paling buat orang terharu. Happy tau tak bile bangun bangun dari tido dapat msg dari yang tersayang, fuhh sampai malam berbungaaaa hati ni hahahahahaha sebelum tido pulak dengar 3 perkataan keramat tu kan haihhh mimpi indah babeee :D 

Orang cakap jangan letak harapan tinggi sangat. Ye wak, kite tahu benda tu. Tapi kite kena usaha untuk pastikan hubungan tu terus berkekalan, kalau Allah nak izinkan kite berjodoh ke tak, tu hak Allah. Kalau ade, Alhamdulillah sangat sangat! Tapi kalau takde, kite jangan persoalkan walaupun .. sedihnya ya Allahhhh. Janganlah pisahkan aku dengan bakal zauj aku nii :'( susah nak dapat laki macam ni. Dengan perangai aku ni haa. Haiihh. Okaylah baii tadi macam nak update sikit je tapi taktau asal boleh banyak perenggan gini dah -.- korang doakan aku dapat jawab trial. Doakan aku kuat jumpe dengan bebudak sakai tu besok. Dan doakan aku dengan bakal zauj aku terusss baik untuk harini, besok dan hari akan datang sampai dedua dah ninggal hahaha. Tak serious nii -.- takyahlah gelak ishhh. Okaybai semua Assalamualaikum.

Thursday, 21 September 2017

Pernah Tak Dalam Satu Hari Tu Semua Masalah Datang Serentak?

Assalamualaikum. Aku dah bosan dengan hidup aku. Aku nak pergi dari sini. Bina hidup baru. Dengan orang baru. Orang yang boleh tahan dengan aku je aku akan bawak sama-sama. Tapi cukup setakat dalam hati. Sebab kalau selalu depan mata mesti bergaduh je.

Hari ni macam bencana gila dalam hidup aku. Dengan cikgu, dengan family, dengan MR F. Yang betulnya malam semalam ade gadoh sikitlah dengan MR F. Tapi dedua dah mintak maaf cuma tu la rasa macam tak terluah semua yang ade kat hati ni. Sebelum ni kalau ade benda nak cakap, ha cakap lepastu dah settle. Tapi semalam aku takde mood sangat-sangat, sampai tak angkat call dia. Benda kalau cakap kat ws je kau tak akan puas sebab ade rasa macam eii nak cakap benda ni tapi susahnya nak cakap. Haa kalau cakap kat phone semua benda spontan. Tu yang kengkadang tak sedar kata-kata tu boleh lukakan hati orang T_T Tapi takpelah. Cakap kat phone semalam 0.53 saat je. Kau rasa apa je yang kiteorang borak? Hahaha. Hari ni dedua dah okay dah. Cuma tu laa rasa macam makin hambar pulak :") Haihh. Last kiteorang borak gelak-gelak pe semua tu, MR F ade tanya aku "Sayang, bile lagi kita nak macamni?" "Minggu depan lah awak" Tak sangka jawapan aku tu mengundang kepada hectic week sepanjang minggu ni. :"(

Hari ni hmm lagilah teruk. Kena maki kaw-kaw dengan cikgu. Ya Allah bilalah nak abis belajar ni. Aku dah tak tahan sangat dah. Aku dah bosan dengan sekolah. Bosan dengan cikgu. Bosan dengan kawan-kawan. Aku sabarkan je hati ni. Sebab fikir lagi sebulan lebih nak habis. Bila dah habis belajar nanti, aku janji kat diri aku yang aku takkan nangis sebab sedih pisah dengan semua yang ade sekarang! Aku nangis, nangis happy. Nangis sebab dah bebass! Kalau ade yang aku rindu pun, kat Fathin, Fiza, Zirah, Wani, Nat je. Yang lain-lain tu nak berambos, dipersilakan. Takde kesan langsung dalam hidup aku. 

Bila cikgu kau cakap kau bodoh depan kawan-kawan yang lain, and kawan-kawan kelas kau boleh gelak kat kau lepastu sebut the same thing apa yang cikgu cakap, kau rasa patut ke aku sedih bila orang macam tu pergi? Bukan aku sorang je kena. Fathin, Fiza dengan Nat pun kena tapi aku tak sekuat dorang. Waktu cikgu cakap macam-macam tadi, aku senyum je. Padahal dalam hati ya Allah. Tengok pulak muka bebudak kelas yang tersengih-sengih macam kerang busuk tu. Apa benda tah yang lawak. Kau gelak tengok kiteorang kena macam ni sekarang, kalau betul kau pandai kenapa kau je yang tak jawab soalan cikgu tadi? Haha orang macam ni sedih sebenarnya. Kelemahan orang dia nampak, kelemahan sendiri buta nak menilai. It's okay gais. Hidup ni ade karma, yang Islam kita ada fikarah. Harini hari kiteorang, besok mungkin hari kau. Aku tak doakan tapi ni lah lumrah. Tak selamanya kita kat atas :) 

Seriously aku tak boleh nak cerita daripada awal. Nanti aku dendam. Yang sekarang ni pun aku masih tak dapat nak lupakan. Allahuakbar. Kau bersihkan la hati ni dari noda-noda kebencian dan hasad dengki. Aku rindu sangat dengan diri aku yang dulu. Aku langsung tak kesah apa orang cakap! Sekarang ni .. tak bole kena uji sikit terus jadik lembik. Ya Allah kau kembalikan la diri aku yang dulu ya Allah. :'( Biarkan manusia berkata-kata, yang pasti Allah ada. Biarlahh :') Kalau mati pun bagus jugak, takde dah sakit otak nak fikir. Aku boleh dekat dengan Allah. Allah takkan sakitkan hati aku, Allah takkan cakap aku bodoh walaupun Dia Maha Bijaksana, Allah takkan biarkan aku hadap benda ni semua sensorang. Allah takkan gelakkan aku kalau aku jatuh. Allah tak gelakkan aku kalau aku nangis. Aku nak Allah. Aku nak Allah. :'( Jujur cakap aku tak kuat sangat sekarang ni. Aku dah cuba taknak nangis tapi aku manusia biasa weyh. Lemah bila dihina, lemah bila dicaci. Kenapa? Kiteorang ni takde harga diri ke depan mata diaorang? Langsung takde rasa kesian ke kat hati diaorang? Allahuakbar. Takpelahh .. biar Allah yang balas :')

Balik je rumah masalah dengan family pulak. Ya Allah stress sangat-sangat weyh :( Kenapa manusia ni susah nak faham! Kenapa!! Letih la weyh. Letih sangat dah. Lepasni lantak lah apa nak jadik sekalipon. Next year aku nak masuk 20. Berapa tahun je lagi aku akan spent time dengan family aku sebelum aku ade kehidupan aku sendiri. Dengan cara aku sendiri. 

Dah lah malas nak cakap lelebih. Buat tambah dosa. Yang tak tahu dan hanya baca je, mintak senyap jelah okay. Tak payah tanya kenapa, tak payah nak bagi nasihat. Kalau cakap senang lah, bila dah kena ha baru jatuh terduduk. Seriously aku tak perlukan sesiapapun dengan aku sekarang ni. Bai.

Tuesday, 12 September 2017

Dah Rasa Dah Tak Sedap Hati Hurmmm

Assalamualaikum. Semalam senja tu MR F call. Peliklah pulak aku. Awatnyaa. Pastu Isyak tu baru aku cakap asal tak angkat call dia semua. Last dia on ws pukul 2.19 petang. Pukul 12.20 pagi baru dia reply. Aduh aku dah tak sedap hati ni. Sebab kalau dia kerja sekalipun takde dia buat macamnii. Aku cakap kat dia "Awak okay ke? Ada masalah kat sana?" Pastu dia tak on lagi. Ah sudahh asal niiii T_T Tadi pagi sebelum gerak sekolah, pukul 6.40 pagi aku dah ws dia "Awak orang tak sedap hati lah. Awak okay ke kat sana? Orang risau nii. Kalau awak ade masalah, bagi la tau kat orang. Okay :(" 

Pastu petang tadi pukul 6.15 macamtu kot dia call lagi. Aku angkat. Mula-mula tu borak macam biasa je. Lama-lama tu topik kiteorang makin serius. Huwaaaaaaaaaaaa!! Padahal baru setengah jam lebih bergayut. Dia dah takde mood tu, dia cakap nanti orang call balik. Hmm okay jelah kann lagipun dia kejaa. Lepastu dia ws akuuu, ayat diaaa :"(( takpelah sayang dah ada orang lain. terima kasih buat orang macam tu. orang tau orang hitam. tapi orang pun ade hati dan perasaan. Ya Allah seriously dia fikir ke lain weyhhh. Aku takde niat pun nak cakap gitu. Aku dah cakap dah dia pendek ke tinggi ke aku tak kesahhh. Aku tau dia tinggi, aku tau dia tak hitam! Awak jangan la macam ni please. 

Pastu dia call aku balik dua minit lepastu, kali ni borak 2 minit lebih je lepastu aku tercampak phone aku. Terus termati call and dia tak call balik. Huwaaa. Tu yang aku on ws and nampak dia cakap gitu tuu. Aku pun pujuklah dia semua. Lepastu boleh pulak dia cakap, "Siapa tak sedih orang yang kita sayang buat macamtu. Orang sedar orang takde harta. Tapi orang jujur sayangkan awak. Pedih wak hati ni. Macam kena cucuk-cucuk dengan pisau" Panjang lagi dia cakap tapii aku taknak ingat. Ni pun aku dah nangis dahh. Padahal waktu borak tadi, tengah happy-happy, dia ade cakap "Sayang siap-siaplahh, hujung tahun ni kita tunang" Tak sangka jadi macamnii. Patutlahh dari semalam tak sedap hati.

Ni dia tengah kerja lagi. Dia cakap lepas balik dari kerja nak call. Baiklah, orang tunggu. Orang harap awak tak lupa janji awak. Yang haritu dia cakap dia excident dengan lori, bukan aku tak terkejut! Bukan aku tak risau! Tapi family aku ade kot masa tu hmmm. Dah lama punya cerita barulah dia nak luahkan kenapa aku tak risau bla bla semuaa. Hoho. Awak, dalam hati ni Allah je yang tahu okay :) Orang ego tau, seriously orang ego sangat-sangat tapi tak bermakna orang tak sayang awak. Hmmm. Okaylah awak kerja duluu, nanti dah balik kita bincang. :(

Saturday, 2 September 2017

Pick Up Line

Assalamualaikum. Malam tadi MR F call, tak tahuuu la dia tu banyak pulak nak berpick up line segala kan hahahaha. Tapi layan jelahhh walaupun setiap masa dia memang gila :P

Semuanya bermula bila tiba-tiba je dia cakap, "sayang ade hantu kat tepi!" Kau rasaaa? Tengah cakap pasal topik lain, tetiba masuk topik yang paling aku tak suka : HANTU! Grr. Redha jelah bila aku tercarut dekat dia. Hahahaha aku cakap dia bodoh. Ha sumpah tak sengaja. Even tengah baring-baring tu tiba-tibaaa je aku terus bangun and berdiri okay! T_T Tu namanya tindakan refleks ye rakan-rakan. Tak takut pun lalalala :P

MR F : Sayang tau tak beza sayang dengan toyol?
Aku : Huhhh? Kenapa mesti toyol? (Aku tengah terkejut lagi masa ni terkejut ok bukan takut :P so aku tak perasan langsung yang dia tengah nak buat pick up line T_T)
MR F : Bezanyaaa toyol curik duit tapi sayangggg
Aku : *Baru perasan taktik dia* Hahahaha (Tengah tahan ketawa)
MR F : Tapi sayanggg curi curi curi hati kitaaa! Chiaaa.

Malam tadi dia tidur rumah cousin dia, tiba-tiba cousin dia menyampuk HAHA. Cousin dia bagi idea pick up line. Memang tau dua-dua ni. Hish.

MR F : Haa sayang sayang! Sayang tau tak apa beza sayang dengan kambing?
Aku : HAHA kurang asam. Why kambing?! 
MR F : Ala sayang tau tak apa bezanyaa?
Aku : Okaylah okaylah tak tahu. Apa dia?
MR F : Kambing mengembek. Tapi sayang mengembek kat hati orang.
Aku : HAHAHAHA. Bila masa pulak orang pandai mengembek ni haaa? (and baru aku perasan. Awak tanya apa beza. Dah dua-dua mengembek tu benda yang sama laaa. HAHA :P Apalah cousin awak bagi pick up line tak jadiii. Takpelah layan jelaaa)

Aku : Awak, tadi awak ade tolong orang buat korban tak? Ada sembelih-sembelih tak?
MR F : Mestilah ada. Orang sembelih lembu, sayang pun orang sembelih.
Aku : Sampai atiii sembelih orangg! :(
MR F : Hahahaha tak la sayang tapi kan sayang kalau sembelih lembu, lembu tu cakap moo moo. Kalau orang sembelih sayang mesti sayang cakap love youuu love youuu. Kannn.
Aku : Helloooo takde masa okayhhh! ( Ni dah kenapa lembu kambing semua dia bagi dekat aku ni HAHAHAHA)

MR F : Sayang sebelum tidur ni sayang takde nak cakap apa-apa ke dekat orang?
Aku : Hurm nak cakap apanya?
MR F : Cakap la iloveyou ke imissyou ke sweet dream baby keee.
Aku : Allah! Hahahaha awak nak ke? Ala malu laaa.
MR F : Nak laa. Cepat la sayang cepat laaa.
Aku : Are you Malay?
MR F : Of course Malay. Abis tu bla bla bla (aku tak ingat dia cakap apa sebab aku potong HAHA)
Aku : Becauseee ai Malayyyleyhhh tengok youuu.
MR F : Hahahahaha perhhh tiba-tiba dia bagi kann. Terkejut orang kot. Tak boleh hiduplaaa macam ni.
Aku : Haa amacamm? Terror kannn :P Awak tak leh challenge munyeee.
MR F : Ehhh tak boleh tak boleh. Kejap kejapp.
Aku : HAHA kalahhhh.
MR F : Jantung sayang berdebar, jantung orang pun berdebar jugak, tu maknanya kita rasa degupan cinta yang samaaa 
Aku : HAHAHAHA apa benda tu waakkk? XDD

Malam tadi memang banyak gila aku bantai gelak dekat dia. Lawak ah dia tu. Pick up line hambar semedang kahkahkah opss jahatnya aiii :P Hey awak awak, awak suka tengok orang pakai tudung bawal tak? Kalau sukaaa bawallahhh saya jumpa mak ayah awak chia chia chiaaa. Okay okay aku dah gila rasanya HAHAHA. Ouh tak suka orang pakai bawal ke? Dah tu nak orang pakai shawl? Haa leh sajaaa, nanti bolehlah orang jadi isteri yang shawllehah untuk awak kahkakahkahkah.

Mula-mula dia call guna no 017 tapi aku tak dengar, tak clear la so dia pun cakap "kejap orang call guna no office. jap tau sayang" Lepas tu tengah borak tu, tiba-tiba sepupu dia baru masuk *dah kenapa aku rewind kemain jauh HAHA* 

Sepupu MR F : Oiii cakap dengan sapa? (dorang borak loghat Perak laa)
MR F : Cakap dengan Fira lahh. Tadi aku call guna phone tu tak dengar. Tu aku pakai no ni ha.

**OMG dia mention nama aku depan sepupu diaaa. Tak silap aku sepupu dia nama Mat :)*

MR F : Sayang cuba sayang cakap Perak sikit, orang nak dengarlah.
Aku : Alaa mana orang reti. Bahasa orang yang jawa tu pun tak belajar lagi tauu.
**Sepupu MR F menyampok lagiii hahahaha*
Sepupu MR F : Cuba kau suruh awek kau cakap Perak.
MR F : Awek aku mana retiii cakap Perak.
Sepupu MR F : Ala poyolahhh. Nanti dah kahwin habislah kau kena pindah KL.
MR F : Eh best apa duduk KL. Kau asal cakap awek aku poyo, kau tu ade awek ke?
**HAHA jahat gila MR F! XD**
MR F : Sayang dengar ke apa orang cakap tadi? (dia cakap dengan siapa tah sebelum tu)
Aku : Dengar tapi orang tak faham awak cakap apaaa.
MR F : Alolo nanti dah kahwin orang ajar sayang cakap Perak okay? Nanti boleh kita borak guna bahasa Perak.
Aku : Okay awak :)

MR F : Sayang besok orang dah masuk kerja tau.
Aku : Okay awak. Kerja elok-elok ya?
MR F : Okay sayang. Mestilahh. Orang nak carik duit untuk kahwin kita nanti.

MR F ni perangai dia unexpected okay. Kadang tu selengee je orang tengok, lepastu jadik sweet pulak. Alahaiii. MR F ade mintak gambar raya, pastu aku taknak kasik. Dia nak merajuk pulaaak. Aku cakap kat dia "Ala awak janganlah merajuk. Hurmmm orang nak tidur dengan amannn. Kalau awak merajuk, susah orang nak tidur tauu" "Okaylah okaylah orang tak jadi merajuk. Sayang tidorlah dengan aman tapi besok orang nak merajuk dengan sayang" HAHAHAHA obviously sepupu dia gelak kuat gila okay. Haihh. Sayang sangat kat awak MR F. Orang doa hubungan kita akan berkekalan. Aamiinnn :)

Friday, 1 September 2017

Kau Memang Tak Reti Duduk Diam Eh?

Assalamualaikum. Entry ni memang nampak jelas aku ni orang yang annoying, hahahahahaha. 

Aku ada satu habit. Kalau aku cakap dekat fon aku tak suka duduk dendiam. Aku kena jalan, pusing-pusing. Haa tak kesah la aku cakap dengan kawan ke dengan family ke apatah lagi dengan MR F. Aku tak suka call orang sebab bila dengar tut tutt sebelum orang sana angkat tu, aku rasa macam nebes gilaaaaaa. Dah kenapalah kau ni kan T_T

Setiap kali aku cakap dengan MR F ni, ya Allah adaaa je barang aku rosak. Klip rambut patah, manila card terkoyak, headband putus, rantai putus, tempat letak contact lens tumpah, and just now .. bedak aku pecahhh huwaaaaaa. Tu belum campur lagi terlanggar meja solek, abis senget aku jalan, bontot pun kemek sebelah T_T 

Aku banyak kali dah control sebenarnya. Tu pun nasib baik aku bukan jenis borak borak sambil lilit-lilit rambut, kalau tak abissss botak kepala aku. Huh. Dulu lagiii teruk, aku punya nebes tu sampai jatuh kerusi, jatuh katil. Ya Allah menyakai gila okay kau ni =.= Aku lagi annoy dengan diri aku sendiri cozz aku macam tak tahuuu kau dah kenapa dowhhh. Hahahaha.

That's why aku tak suka bergayut tau. Tapi kalau msg pulak, haa lain cerita. Aku memang reply msg orang lambat. Aku baca je lepastu aku ignore. Dah tau nak reply apa, baruuu aku balas. Ya Allah teruk gila. So kawan-kawan aku tu macam dah biasa kena bluetick dengan aku. Sebabbb bluetick is my last name, always is my first name kahkahkahh. Tapiii cuba kalau aku yang kena, haa boleh kena rasukan ablasa agaknya. Haih tak paham tak pahammm.

Aku cuba lah nak control lepas ni. Banyak gila barang aku dah terbarai, *sigh* Anyway selamat hari raya AidilAdha pada seluruh umat Islam :) Dan salam satu september. Wuhuu. Bulan Ogos ni macam dah banyak benda yang jadik, sukan SEA, closing pun 30 Ogos, 31 Merdeka, 1 Sept pulak Raya Haji, 4 Sept cutiiiii. Thanks pada semuaaaaa atlit Malaysia yang dah tunjukkan prestasi cemerlang sampai kita dapat cuti hari Isnin depann. Yeayy! And then Selasa Rabu je aku sekolah sebab Khamis to Sabtu aku holidayyyy. Langkawi jee hahahahaha. Wah bahagia bahagiaaaa tak sedar langsung nak final kannn kau ni kang eyy. HAHA! Okaylah baii uolls.