Assalamualaikum. So yeah, semalam dah cakap kan nak buat entry serius. Tapi, topik ni tak pernah terfikir pun, just petang tadi tengah bergolek-golek keluar pulak dah dalam kepala otak. Kenapa aku perlu explain sebegini panjang. Aku rasa takde orang tanya pun. Ouh okay-okay. Anyway, pada awek-awek yang baca post ni lepastuuu terkena pulak tanda tu dekat laki korang, beruntung lahh :'))
1. Dia selalu bagi alasan nak jumpa.
Ni memang langsung la takde dekat Capital F hahahaha. Hubungan jarak jauh kann. Nak buat macam mana. Sobs sobs. Tapi nak raya haji ni insyaAllah dia datang. Dia betul-betul nak jumpa. Mentang-mentanglaaaa sepupu dia tahu separuh jalan pergi rumah kita kann, kemain suka nak ugut orang. Isk.
2. Dia akan dengar dengan teliti apa yang ingin disampaikan oleh kita.
Haa yang ni. Knowing MR F, dia adalah orang yang banyak cakap. First time dia call aku pun aku macam ya Allah dia ni dah kenapa. Tak kenal lepastu nak usik-usik orang pulak. HAHA. So, bila dah banyak cakap ni aku yang kena dengar dulu apa dia nak kataaaa, lepas dah habis barulah aku boleh cakap. Pernah tau dia nak cerita something then aku diam jelah sebab nak dengar kan, lepastu terus dia sound "Sayang lain kali bila orang yang awak sayang bercerita, sayang mesti respon tauu" Lepastu bila aku cerita and dia diam aku terus jerit "Awak! Awak dengar tak apa orang cakap niii" "Ye sayang orang dengarlah ni" And then .. dengar dia menguap. Khusyuk sangat ke bosan ni T_T
3. Selalunya dia akan ingat apa yang kita kata padanya.
Okay ni betul sangat-sangat! Sebijik-sebijik okay dia ingat. Dia boleh berlakon balik apa yang kita cakap tu siap dengan nada suara semua tu sekali. Ya Allah kadang tu rasa nak tumbuk je laju-laju, nasib laaa jauh. Tapi setakat ni aku sukalah kalau dia ingat, at least kalau aku ade bagi pesanan ke apa dia boleh ikutkannn sebab dah ingaaat, kalau tak ikut jugak, ha siaplah XD
4. Selalu pandang tepat ke mata, masa ni lah perempuan mula malu-malu.
Okay takde kena mengena sebab dah cakap kannn, hubungan jarak jauh. Tapi kan tak jumpa lagi ni pun MR F dah berangan nak ambik beg aku lepastu angkat tinggi-tinggi sebab aku tak sampai T_T Dia macam dah berangan HAHAHA. Tapi dia cakap kalau aku nak tumbuk dia, dia sanggup rendahkan sikit badan dia. Kong asam. Apa maksud awak haa.
5. Sentiasa bercakap tentang masa depan hubungan mereka, kalau boleh sampai nak kahwin.
Auuu ni best :D MR F dah cakap siap-siap dah pasal benda ni. Hehehe. Masa nak bawak aku keluar pun, dia kata dia sanggup jumpa mama sebab nak mintak izin. Dia tak tahuuu mama aku tu garang hahahahaha. Anyway aku bersyukur sebab dia dah cakap pasal benda ni. Biasanya lelaki kalau tak serius lagi, dia selalu elak topik ni kan?
6. Selalu tanya khabar kita walaupun dia busy, at least msg 1 kali sehari atau 3 kali seminggu.
Alhamdulillah yang ni paling paling paling aku suka pasal MR F. Yaa, kerja dia tu tak menentu masa. Hm kadang-kadang pukul 2 pagi 3 pagi baru sampai dekat rumah. Dia akan call jugak sebab nak bagitahu dia dah sampai rumah walaupun aku dah tido T_T Hampeh betul aku ni.
7. Cuba suka apa yang kekasih dia suka macam muzik ke makanan dia minuman dia.
Yang ni belum lagi. Well, kalau kiteorang dekat maybe la senang nak share hobi kannn. Tapi dia tahu aku ni suka tengok TV. Asal call tanya buat apa je, tengah tengok tv. TV TV TV. Bila dia kutuk tu aku cakap ah "nak orang tengok TV ke nak orang lepak-lepak dekat luar?" "Okay okay sayang tengok TV. Duduk rumah ye sayang" HAHAHA tahu takoooot :P
8. Akan bagitahu apa yang dia suka tanpa kita suruh.
Ni pun belum lagi. Alasan sama jugak macam kat atas. Dia tu kalau tak kerja, main bola. Tu la ulang-alik pun. So dia macam aku jugak laa. Bukan jenis yang melepak tak tentu pasal.
9. Kadang-kadang perangai mereka jadi budak-budak sebab nak tengok kita senyum dan ketawa.
Haaaa yang niiii. Sangat kenaaaa dengan MR F Ya Allah dia ni manja gila, bak kata sepupu dia tak boleh kalau aku lambat balas msg ke lambat angkat call ke, cepat je nak sensitif tak tentu pasal. Nak pujuk dia merajuk pun agak payah laa, perlukan kesabaran T_T tapi aku okay je sebab aku pun dua kali lima. Kuat merajuk. Teringat yang gaduh pasal isu bluetick. Bengong betul.
10. Cakap banyak lebih kebiasaannya dengan kita.
Ni aku tak tahuu lah. Aku rasa dia memang jenis cakap banyak. Mulut tu berleterrrr je. Tapi kalau dia dah diam tu, uishhh seram aku hahaha.
11. Akan perkenalkan keluarga dan kawan rapatnya pada kita walaupun melalui gambar.
Yang ni susah sikitlah nak elobarate. Sebab aku dah memang rapat dengan sepupu dia. Sepupu dia ni pulak pergi cerita dekat paklong maklong dia semua yang MR F ni dengan aku. Yang MR F ni pulak cakap dia nak datang sini sebab nak jumpa buah hati. Aku macam .. ya Allah koraaaang T_T Aku baru kenalkan MR F dekat adik aku. Hehe. Tunjuk gambar je. Hensem kann :P
12. Beri layanan berbeza dari kawannya seperti tak tinggikan nada, lebih gentleman.
Alhamdulillah ada. Bila aku tinggi suara, dia akan tegur. Macam tu jugak dengan dia. So bila sama-sama dah slow down , haa barulah bincang apa yang tak kena. Biasalah tu berbalas-balas mulut, aku pernah je sampai matikan fon but dia akan call balik and aku akan jawab semula. Cakap cakap cakap sampaiiilah dua-dua puas hati. Hahhh aku lega gila pasal ni. Coz aku ni temper gila, so i need someone that boleh bagi aku tenang. Bila aku cakap thanks sebab sabar dengan perangai orang, dia cakap mestilah kena sabar, nak pulak dengan orang yang dia sayang. Hehehe so sweeeeet ;)
13. Tak sebut nama perempuan lain depan kita sebab perempuan yang terpenting dalam hidup mereka dah ada depan mata.
Hurmmm yang ni. I think takde kooooot. Kira halal laa kalau dia cerita pasal sepupu dia apa semua tu walaupun adaaa lah jugak rasa jealous tu kan. Tapi nak buat camanee. Takat tu jelah, sepupu. Kalau orang lain tu takde lagi buat masa ni. Harap-harap buat masa akan datang. Aku ada nak tanya dia, pernah couple berapa kali. Tapi at last tak jadi tanya, aku terus tukar topik sebabbb aku rasa aku tak kuat lagi nak tahu pasal relationship dia yang lama-lama tu. I know myself better T_T
14. Selalu bagi kejutan yang kita tak terfikir.
Takde lagi buat masa sekarang :) Anyway aku tak suka kejutan laaa. Kan aku pernah cakap dekat entry sebelum ni. So MR F, takyah buat pun takpe hehehe ai okay je.
15. Bersifat lebih natural dan manja.
Yaa tenkiu MR F sebab jadi diri sendiri walaupun sometimes tu annoying gila okay bila dia tak habis ber-deyy deyy macam macha tu. Semua bahasa dia nak cakap, Indon Cina. Haih awak ni.
16. Bersifat melindungi.
Yesss ni jugak satu benda yang buat aku terharu pasal MR F. Aku tak tahu la dia ni overprotective ke apa. Kalau dekat kelas aku memang tak bawak fon, tapi dia akan tanya sepupu dia aku dekat mana. Lepastu kalau aku dah balik and tak bagitau dia, dia marah :( Bila aku nak keluar makan sensorang pun dia akan tanya aku naik apa, balik pukul berapa, berapa KM dari rumah. Astagaaaa. Dah bagitahu kat ws, ehhh tak puas hati calll pulaaak. Membebel bahaya itu ini semua. Kalau dia dengar ada orang kacau aku, ya Allah perangai dia terus berubah. Time aku cakap ex aku contact aku balik nak ajak jumpa, dia okay je. Tapi malam tu sampai besok dia matikan fon. Aku baca kat google tu tandanya dia marah and taknak diganggu. Seram weyy kalau dia buat perangai. Serious seram! T_T
17. Jika dia betul-betul sayang, dia akan ubah diri dia supaya jadi yang terbaik untuk kita.
Well aku rasa benda ni sensitif lah. Sebab bukan dia je yang kena berubah, aku pun banyak lagi benda nak kena ubah kalau nak jadi yang terbaik untuk dia kan. So I don't want to talk about this. Masa akan ajar kita jadi lebih matang dan belajar dari kesilapan.
18. Akan usaha kekalkan hubungan walaupun tu bukan salah mereka tapi mengalah jelah.
Okay la okay la, terima kasih sekali lagi ye awak.
Actually banyak je lagi yang aku dapat dari internet tapiiiii aku rasa malas lah nak tulis panjang-panjang ni. Lenguhh. Apapun hargailah orang yang betul-betulkan sayang kat kita sebelum rasa sayang tu pudar. Sama-sama kena usaha untuk pastikan hubungan tu kekal, once salah sorang dah give up, yang sorang lagi tu kena redha sebab kalau sorang je yang usaha, takkan ubah apa-apa. Kalau dapat ubah pun, susah dan perlukan kesabaran yang tinggi. Kalau berjaya tawan balik hati dia, anda hebat. Okaylah jangan menyampah lak ye dengan entry ni. Mestilah aku cakap based on my exprience, kannnnn :)