Assalamualaikum.
Esok ada viva penting tapiiii rasa macam nak demam la pulok. Kalau individu takpe ler, ni group. Kang sorang tak datang, semua dapat masalah. Dah 3 kali dah kena hujan, sekarang ni musim orang demam kan? Hmmm pagi nak gi sekolah tu hujan lebat gileee, dah separuh jalan tetiba hujan macamtu. Terkejut ai. Balik tu beli no pin, lepastu nak fotostat kertas kerja sejarah sebab hari ni presentation, haaa keluar dari Uni Print tu hujan lebat nak mamposss. Member pulak mak dah sampai, mereput tunggu sensorang, haha. Lepastu hari ni balik kelas hujan lagi. Hmm kepala aku dah pening gila dah ni. Time tulis pun haa siap pakai sweater lagi, seram sejuk! Harap-harap dapat buat presentation dengan baik lah.
Isnin haritu presentation Pengajian Am by myself pasal Pembangunan Inovasi. Alhamdulillah la, ada yang cakap baik ( empat lima orang jee, tapi okaylah hehe :P ) Tapi cikgu marah jugak sebab ada yang present baca bukuuuu je. Tapi aku malas nak cakap dekat sini, nanti bertambah sakit kepala hotak aku sebab ayat cikgu deep nak matey :") Lepastu hari ni pepagi buta muka akuuu jugak kat depan. Minggu ni minggu presentation, huhu. Bentang pasal Dasar Luar, ala yang Komanwel, ASEAN, OIC apa semua tu lah. Haa esok pepagi butaaa jugak, punnnnn muka aku kat depan. Nasib kali ni berkumpulan, takdelah orang bosan tengok muka aku =.=" Ya Allah, Kau Permudahkanlah urusan aku dan kawan-kawan aku. Aamiin.
Korang, haritu aku ada cakap tak nak share apa-apa pasal hati perasaan tu semua kan. Tapi aku tak tahulah weyh, aku rasa aku kena cakap jugak. Kau bayangkan, dari siang tadi sampai dekat Isyak ni haa aku dok pendam. Sampai pening kepala hmm. Okay macam ni la, siapa yang nak baca, aku okay je. Kalau takde yang nak baca, aku lagi okay. Aku tak paksa. Okaylah straight to the point, aku niii cukup tak berkenan dengan someone yang sibuk dok layan orang lain masa tengah sakan bercinta. Faham tak? Jangan kecam dulu. Let me explain first!
Hubungan yang 11 bulan 3 minggu terpaksa putus disebabkan perangai dia yang sakan melayan adik angkat dia! Ye, aku tahu dorang dah berangkat-angkat dekat lima enam tahun. Tapi kau dah ada aku kot. Yang semua benda happy, benda sedih kau nak cerita dekat dia tu dah kenapa? Aku dah banyak kali bagi tahu dekat kau, aku tak suka. Tapi kau buat jugak. So kau boleh get a life dengan adik angkat kau. Aku blah. Kau nak sangatkannnn cerita semua benda dekat dia? Haa aku memang tunggul pun. Takpe takpee :D
Yang sekarang ni pulak, isu terlebih layan sepupu. Mana la aku tak jealous, yang dulu pernah mintak couple dengan adik angkat dia, dah kena reject haa jadi abang angkat. Kali ni lagiii tak tahan! Sepupu boleh jatuh cinta dekat sepupu sendiri. Ohemgee. Dia punya jaga tu macam jaga nyawa sendiri! Aku pun ada sepupu jugak, tapi takde pun benda tu semua. Kengkawan aku pun ada sepupu jugak, tapi bila aku tanya takde pun sepupu dorang jaga dorang macam nak mampos. Yang kau nak buat macamtu kenapa? Aku tahu la kau dah kena reject. Kalau kau dah move on and nak dekat aku, asal kau tak kasi kawan kau kenal dengan sepupu kau? Sampai perlu letak 10 syarat! Kau kenapaaa? Nampak sangat kau tak boleh nak move on! Lepastu baca kau dok berindu-rinduan semua tu, dok bergayut tetengah malam tu tak panas pulak hati aku kan? Pandaiii cakap suruh jaga hati, jangan nakal-nakal semua tapi kau sendiri buat perangai!
Semalam kau ada tanya aku, "Susah tak dapat boyfriend macam ni? Susah tak nak jaga orang?" Nak tahu jawapan aku? Susah weh! Susah gila sebab kau tak habis-habis buat perangai! Aku ingat isu yang kau terngorat makwe sepupu kau, kau dah insaf! Sama je kan :") Haa lagi satu, nak jaga kau tu huh memang payah la cite dia. Dah perangai tak nak berubah, aku nak buat apa lagi? Haaa lagi satu, amboiiii ws aku kemain lambat lagi nak balas. Tapi sepupu kau tu pagi petang siang malam kau sentiasa ada dekat line semata-mata nak chat kan?! Patutlah tak nak add aku kat FB, sebab kau tak nak benda bodoh ni kantoi gitu je kan? Hahahahahaha.
Aku dah penat doh, serious! Kau cakap je sayang aku, nak jaga aku, tak boleh tengok orang sakitkan aku, tapi sekarang kau tengok apa kau buat.
... (tergerak bukak ws)
Dapat chat dari dia.
Tengah bosan la tu kan?
Pandai lak cari aku. Huhh!
Bolayan lahh, malas aku nak fikir.
Okay sumpah aku lega yakmat bila dah cakap benda ni. Aku nak prepare untuk presentation esok pulak. Bye semuaaa :) Nasihat aku, aku tak kisah kau nak ada adik angkat ke, jaga sepupu kau ke, tapi tolonglahh, aku ada hati jugak. Kalau banyak kali kena abaikan macam ni, aku boleh pergi dah kot rasanya. Aku takde hal. Memula sakit, lelama nanti aku sembuh gak :)
No comments:
Post a Comment