Sunday, 13 August 2017

Positif Jelah, Tak Payah Sensitif Sangat

Assalamualaikum.

Blogging time Form 3 dulu perh mencurah-curah idea dan kebanyakannya tips untuk relationship. HAHA kelakar gilaaaa. Umur baru 15 nak share pasal hati perasaan bagai. Huh. Lepastu bila gaduh dengan member, haaaaa berjela update. Tapi bijak sikit la sebab tak mention nama kalau tak boleh buat gaduh sampai sekarang kot kehkehkeh. Dulu orang amalkan hashtag sape terasa pergi mampos. Gitewww so nama pun terselamatlah dari dipetik dalam belog. Apa benda la zaman kanak-kanak aku muahahaha =.=

Tapi bila umur nak masuk 20 ni, (ya Allah 4 bulan lagi =.=) haa dah takde menda dah rasanya nak update. Ha tapi esok kalau dah ada family sendiri, mungkinnnn ada idea nak update belog. Post yang last pun emo. Hish. Tak boleh ke jadi manusia yang memahami? Hoho. Okay macam ni eh, last paragraph yang aku mention pasal MR F tuuu, seriously SEMUANYA salah faham. Takde benda buruk pun yang jadiiik. Cuma aku sensitip! Mari lempang beramai-ramai. Ha sila-sila :P

Dulu kan aku ni ada prinsip yang agak kukuh jugak lah which is aku tak akan rapat dengan someone selagi tak nampak muka! Cause I know myself, menggelabah, hodoh pulak tu, so kalau kau tak jumpa aku depan-depan, jangan bagitau yang kau nak close dengan aku. Aku terajang langit ketujuh sat g. Tapiiii at the same time, aku doa sangat kalau aku get into relationship, aku nak hubungan jarak jauh. Yeszaa, permintaan aku memang ada-ada je. Kau bayang, dari darjah 3 dah berangan nak hidup bermadu! Serios la weyyyhh? Tapi sampai sekarang masih berharap :*

So istilah bercinta dengan classmate memang takde dalam kamus hidup aku. Kalau crush, maybe but nak lebih i'm sorry. Cewah, dah cam pantun pulak haha :P Tapi lepas dari aku habis SPM, yang aku kenal semuanya jarak jauh. Okey seems like doa aku termakbul nih. Tapi kan, hubungan jarak jauh ni PAYAH dooooooo. Dah rasa baru tahuuuu :( dulu doa tu bersungguh sangat! Haha. 

So bila dah termakbul macamtu, kena kuat la kan. Dulu doa nak jarak jauh sebab tak nak selalu jumpa, nanti bosan. Okay Allah bagi kau rasa benda tu. Jadi bila dah jauh ni, kalau tak contact langsung bosan jugak. Muhahaha tu yang boleh wujud post macamtu kahkah. Padahal orang tu tengah kerja. Errrr okay mengada giler. So untuk mengelakkan kejadian yang sama jadi kali kedua, aku decide TAKNAK SHARE APA-APA DAH PASAL HATI PERASAAN.Tapi ni laku untuk cinta cinta tu semua lerrr, kalau aku geram dengan kawan ke, dengan kucing ke, dengan jiran ke (haha) aku update gak. Bis tu nak luah kat sape lagi? Ye dak, belog ni jelah kawan sejati gwa. Sebab tu gwa sayang lu. Okaybai.

No comments:

Post a Comment