Saturday, 5 August 2017

Manusia dan Kehendak

Assalamualaikum. Reason kenapa tak update belog, kita merajuk! Merajuk sebab internet lembap tahap nak maki yang takde kata-kata dah. Muahaha. Eh gelak pulak. Okay dah Fira takpayah nak mengada. Takde sapa pun nak pujuk kalau kau merajuk 😭

Berat rasanya bila tulis tajuk yang berkaitan dengan manusia (T_T) Sebab bukan semua orang macam tu. So kekdahnya kita cakap pasal diri kita jelah ye. Kalau anda manusia yang sama seperti saya, tahniah 😀 Haa selepas dua rangkap, mulalah kau rasa nak tampar muka aku kan hahahaha.




Never look down on someone, unless you're helping them up



Kehendak. Hmm aku rasa manusia (akulah tu) tak pernah nak puas dengan apa yang dia dah ada. Sentiasa ada benda nak mintak. Sentiasa ada benda nak complain. Tapi apa yang kita mintak ni aku rasa semua orang takkan lepaskan kalau ada peluang. Keluarga bahagia, jadi anak yang baik, pelajar yang pintar, kawan yang sempurna untuk semua orang, ada banyak duit, ada kerjaya yang bagus, ada pasangan hidup yang tak akan pernah tinggalkan kita sama ada susah ke senang, ada anak yang comel, sihat dan bijak, and the list go on 😊 memang tak akan habis! Semua nak yang indah-indah.

Hakikatnya .. 😞

Keluarga yang cerai-berai, anak yang kuat melawan, jadi pelajar yang selalu musnahkan harapan cikgu, jadi kawan yang jahat and sebabtu semua orang taknak rapat dengan aku, duit yang ada pun cukup-cukup makan je, kerjaya pun tak nampak lagi macam mana bila result exam pun macam takde harapan, ada pasangan pun .. haa ni tak tahu nak cakap macam mana, harap dia tak berubah lah, kalau berubah, hancur jugalah aku dalam relationship ni kan, belum kahwin dan belum ada anak, kalau ada jodoh, ada lah. 




The person that can save you .. is you!



See, banyak gila kot kekurangan. Hampir semua yang aku mintak, semua tak dapat 😲

Tapi belum kira pulak apa yang aku dapat, dan orang lain tak dapat 😥

Mungkin orang lain harap dia ada apa yang aku ada.

And aku pulak mintak benda yang takde. 

Tak syukur dengan apa yang ada. 

😳

Aku patut malu dengan diri sendiri. Aku tahu manusia takkan pernah lari dari kesilapan, ada kekurangan masing-masing. Haiih. Nak cakap macam mana eh. Entahlah. Aku tau aku tau aku tau banyak benda aku kena belajar. Okaylah tenkiu ingatkan. Byee.
 

No comments:

Post a Comment