Assalamualaikum. Tadi dah dapat dah result 😓 Nak tahu apa keputusannya? Haa baik takpayah la ye. Hahahaha. Zaman sekolah dulu semua result sejibik-sejibik (ayat bapak aku) aku letak dekat dalam belog. Hmm tapi for this time, i'm sorry. Dah sampai masanya aku simpan privasi aku sendiri. Even sedara mara tanya pun aku akan cakap, rahsiaaaa. Haha. Tapi jangan risau, nanti dah settle semua, habis je 3 bulan ni and dapat result aku akan share jugak. Haa masa tu result dari sem 1 aku akan bagitahu. (walaupun takde sapa kesah) *Rolling eyes*
Bercakap pasal update result dekat dalam belog, hmmmm korang doakanlah aku dapat kumpul balik entry aku since Form 3. Aku start blogging 16 March 2013 and sekarang dah 18 Ogos 2017. Dah 4 tahun 5 bulan 2 hari dah usia belog aku. Tapiiii boleh tengok sendiri kot, berapa banyak je entry yang ada dekat belog ni. Sebab aku rajin buat belog baru. Setiap belog ada dalam 20 post je. Kalau kumpul balik aku rasa dekat 400 lebih dah aku punya entry sebenarnya. Paaaaling aktif masa Form 3 and Form 4. MasyaAllah, tak ingat dunia punya update. Sekali update pepanjang pulak tu.
Tapi bila baca balik, mesti senyum sensorang. Alahaiii bebudak sungguh! Dengan cara type yang ringkas kemainnn, lepastu ayat yang ringkas kau spelling panjang-panjang pulak. Dah tu entry semua nak emo je, nak berangin. Tapiii bila mood ustajah tu datang, hamboii *flip hair* kahkahkah. Nanti lahh aku try nak setia dengan belog kali ni. Aku jealous tengok blogger lain boleh setia dengan satu belog je. So bila kita baca dari tahun ke tahun cerita dia tu, nampak up and down life dia. Dari tak bertudung, dah mula bertudung. Dari single dah ada married life. Dah kahwin, baca pulak pregnancy moment dia. Ohmygod jealousnyaaaaaa. Ni akuuuu, update yeee update! Tapi dah tak tahu dekat mana dah. Haiih.
Aku ada syndrom tak boleh tengok silap sikit. Macam buku tulis latihan sekolah tu kan, haa konyok je sikit takpun cikgu pergi pangkah besar-besar ke apa, haa siaplah aku buat buku baru. Dari kulit ke kulit aku salin balik. Mak aku selalu cakap aku membazir, kengkawan pun cakap aku buang tebiat. Lepastu penyakit tu bawak sampai ke dunia belog. And sekarang dah menyesal sebab entry dah berterabur. So kalau satu hari nanti belog ni pun dah krikkrik, silalah tahu yang saya dah pindah ke belog lain =.=" (harapnya tak laaaaa, dah penat dahhhh nak pepindah semua!)
So dalam gigih nak mengumpul balik tu menggigil jugak. Haha sebab entry dulu boleh hitung mana yang berpekdah dah mana yang cam haram jadah. So nanti aku terpaksalah tapis balik words aku. Haaaa satu kerja lagiiiiii. Okeylah dah dah. Nak carik belog lama balik. Bai semuaa 😀
No comments:
Post a Comment