Friday, 18 August 2017

Belog Pertama : Fikashahrul.blogspot.my

Assalamualaikum. Haa nasib baik la email belog pertama ni aku save dekat dalam handphone. Kalau tak, habis menggagau nak carik balik. Okay belog pertama aku adalah Fikashahrul.blogspot.my. Nama aku memang takde kaitan langsung dengan Shahrul tapiiiii that time aku addcited gilaaa dengan lelaki nama Shahrul. Eh tapi jangan salah faham. Aku takde kawan apa tah lagi crush or boyfriend nama Shahrul. Tapi entahlah. Kau tengok tahap obses dia, sampai letak dekat url belog. Hahaha! So jangan tanya yee sapa Shahrul tu sebab budak nama Shahrul ni serious aku tak kenal tapi aku suka nama tu. Sekarang? Aku rasa cam .. Shahrul je pun. Apa yang best nama tu. Hahaha okay Fira gila. 

Belog pertama ni ada dalam 13 entry macam tu lah. Nasib baaaaik aku bukan jenis yang tulis "awucks titew busan ngat ngat awucks" okay aku tak reti nak buat ayat macamtu. Maksud aku bukan jenis spelling mat rempit atau keyboard laptop rosak lah. Jangan tak tahuuu, dekat chatting aku guna je bahasa ringkas ringkas tu. Hehee. Biasalah budak budak, what do you expect? 

Oh haa ada lagi satu hohoho. Kenapa FIKA? Nama aku kannn Fira. Hehe. KA tu baru betul nama crush aku! Hwawa. Sesungguhnya aku adalah sangat gedik. Maafkan saya. Kau tengoklah tu, tulisan pun nak warna-warni. Siap pink! Eee rasa nak tampor muka sendiri kahkahkah. 

So ni adalah link belog pertama aku : Fikashahrul.blogspot.my.


Nak baca semua entry boleh klik link. Tapi nak tengok sekali imbas, boleh click kasi besar.


Terima kasih pada yang sudi melawat! :D




Okay yang gambar kedua ni serious tak boleh blah. Hahahahaha. Kesiannya terbaca belog budak sekolah tak matang kahkahkah :P Kepada visitors Malaysia (282), Russia (69), United States (58), Vietnam (27), Uruguay (11), Germany (10) Canada, United Kingdom, South Korea dan Mauritius (7) sebab masuk dekat belog ni hehehe. Muah cikedd. So, total visitors untuk belog pertama yang ado 13 post tu 485. Hahaha maceh maceh. So tu lah dia serba sikit kenangan untuk belog pertama aku. So, kita carik belog yang kedua sampai ke berapa tah (insyaAllah jumpeee) Setakat tu dulu. Byeee.

No comments:

Post a Comment