Pepagi bangun tu aku terbuang ws aku. Habis segala chat terpadam. Ceh, tak dapat nak tunjuk janji someone as bukti kot-kot dia nak buat perangai kan. But, tarikh tu .. 23 Julai aku tak akan lupa. Kalau orang tu lupaa, ha siaplah.
Sampai dekat sekolah jumpa dengan someone and talk heart to heart with her. "Aku nak cakap sikit leh? Aku dah move on. Move on dari MR F. Aku minta maaf. Tapi cakap dekat dia, aku doakan dia jumpa perempuan yang lebih baik. Aku teruk. Aku tak leh jaga hati dia. Okaylah, talk later. Aku nak practise viva. Bye" Her face .. spechless gila! Kalau lah dia tahu "perempuan yang lebih baik" tu aku maksudkan dia .. maybe hilang spechless, koma terus! Haha. Tapi .. tak tahu la ikhlas ke tak haha.
Okay masa untuk pembentangan. Doneee! Tinggal satu viva je lagi, lepastu horreeeey (^_^) Presentation tadi urrr paling teruk aku pernah buat. Express gilaa. Haha. Topik kajian, kata nama dalam cerpen Munsyi. But cikgu expect kitaorang bagi sinopsis cerita tu untuk objektif kajian. Terang-terang dah cakap kiteorang amik topik Morfologi, bukan Variasi Bahasa, kalau Variasi tu yelah kena cerita pasal KL Gangster, Musang Berjangkut, Suri Hati MR Pilot apa semua tu! Haih. Cikgu ni cikgu ganti. Rindu Puan Asiah, kalau dia ada mesti dia faham :( Kiteorang ada rakam video tadi, nanti aku upload okay? Nak aku cerita sikit ke pasal kata nama? Naaaaaak? Kalau tak nak pun, aku nak share jugak! :P Ni aku bagi tahu bahagian aku jelah yeee tapi kalau tak faham, boleh tanya.
"Kata nama terbahagi kepada 4 bentuk iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan, kata nama majmuk dan kata nama ganda. Kata nama tunggal terdiri daripada satu morfem bebas sahaja dan boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu bentuk nama khas dan nama am. Seterusnya, kata nama terbitan pula diterbitkan melalui proses pemajmukan. Terdapat lima jenis kata dasar yang boleh menerima imbuhan kata nama iaitu kata akar, kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan frasa. Bentuk ketiga kata nama adalah kata nama majmuk. Kata nama majmuk merupakan gabungan dua kata dasar atau lebih yang membentuk perkataan baharu sekali gus membawa makna tertentu. Akhir sekali, kata nama ganda. Semua jenis kata tidak kira kata nama tunggal, terbitan atau majmuk, boleh digandakan. Terdapat 4 jenis penggandaan iaitu penggandaan berentak, semu, separa dan penuh. Menurut Nawi Ismail dan Nik Safiah Karim, kedua-duanya menyatakan bahawa kata nama boleh merujuk kepada benda, konsep, tempat dan orang. Dua objektif kajian yang ingin dicapai adalah menyenaraikan kata nama dan menjelaskan kata nama tersebut berdasarkan bentuknya."
Aku dah bold dah. Kalau tak faham, baca balik =.=" Masa ketua kumpulan, Syida nak explain kat cikgu pun, reaction dia ... "Sekejap. Saya cakap dulu" Bebudak kelas pun dengar. Anyway, takpelah gais kita dah buat yang terbaik. Terima kasih Syida, Fathin dan Fiza ❤
Tapiiii masa sesi soal jawab yang ni best! Aku dah agak dah classmate mesti akan tanya "Cerpen Munsyi ni pasal apa" Muahahaha. Nasib aku ada baca sekali harituu. Oh, aku cakap "Terima kasih untuk soalan tu" Aku perli okey, haha! Kwasam betul soalan. Lepastu Syida tanya pasal kata nama ganda. And tiba-tiba aku teringat! "Okay soalan terakhir! Terdapat 5 jenis kata dasar yang boleh terima imbuhan kata nama. Haa, sape nak jawab? Kalau boleh 5 orang lah, sorang satu jawapan" Lepastu classmate dah kecoh-kecoh dah. Hahahaha. "Okay Fira bagi satu jawapan. Salah satunya, frasa. Ha sape boleh bagi lagi 4?" Lepastuuu barulah berlumba-lumba diaorang ni jawab. Bila dah complete 5, aku cakap "Okay dah cukup. Pandaiiii. Terima kasih semua" Hahaha lepastu dorang kemain suka tepuk tangan. Apa benda lahh :D
Lepastu pasal DUIT. Ya Allah, duit duit duit! Why la awak ni. Aku tak tahu kenapa yang boros sangat harini! Aku ni jenis yang saving tau, sampai mama cakap aku bank dia, haha! Tapiii maybe sebab aku stress kot sebab duit aku semua lebur pada makanannn. Nak pulak hari ni ada karnival apa benda tah, haa lagiiii lah menjadi-jadi!
Kek Coklat RM 3.50. French fries RM 1. Ais krim RM 1.20. Bayar hutang Fathin, RM 3 and Hema RM 1. Maggi goreng plus ayam RM 4. Aiskrim koktail RM 1. Total RM 14.70. WTH. Tinggal RM 15 untuk 2 minggu lagi sekolah. Tu pun nasib baik ada cuti Raya Haji. Fhewww so start esok sehari RM 2 jelah yee, back to normal! Haha. Eiii serious doh hari ni cheated day! And hari menternak lemak. Tak campur lak cikgu Suriani belanja aiskrim RM 1.20 untuk satu kelas. 6 jam dekat sekolah dah melantak tiga batang aiskrim. Oh Firaaaa, kenapa kauuuu buat begitu?! Ya aulo mas π
Balik dari kelas kena hujan lagi. Ni dah lima kali dah ni aku kena hujan. Nasib badan jenis tak gedik. Sakit jugak lah kepala, tapi sis tabah. Hehee. Dah balik tu install semula ws yang dah terbuang tadi. Tak sampai beberapa minit, dapat ws dari MR F! "Assalamualaikum sayang" Haa nak memujuk lettewww. Pandai kan. Hurmm. Nasib baik la aku ni jenis tak reti marah lama-lama. Walaupun aku bengang dengan dia but still at the end aku yang cakap "Terima kasih sebab sabar dengan perangai orang" De heck la Firaaa. So sekarang ni okay-okay jelah. Nak cakap baik bebeno tu, tak! Nak cakap gaduh teruk pun, tak! Kita tengoklah yaa. Selagi aku sabar, aku sabar lah. Kalau buat lagi, siap-siaplah eh π‘
Tengah berehat tu, adik ketuk pintu. "Dah tahu belom?" "Tahu apa?" "Citam dah mati" Allahuakbar. Citam is my only one kucing jantan. Kucing aku yang paling manja. Paling nakal. Taste dia nak betina yang ada dara je okay, kucing betina yang pernah beranak dia tak layan. Lepastu suka curik-curik masuk rumah and duduk bawah kerusi. Dulu, aku rapat sangat dengan citam. Dia pandai. Kalau orang panggil, dia datang lepastu tanduk kepala dia dekat tangan orang. Tapi, sekarang citam dah takde. Aku dah tak rapat dengan citam. Aku geram sebab dia suka kencing merata, berak merata. Mama aku pun dah bising. Tu yang dia kena duduk luar tu. Teruknya aku sebagai kakak sebab tak perasan dia sakit. Dah lamaaaa dah aku tak nampak dia, aku tanya adik mana citam, adik pun tak nampak! Petang tu aku nampak dia duduk dekat parking kereta, aku biar je dia. Allahuakbar. Dia balik sebab aku carik. Tapi bila dia datang, aku tak sambut. Dia hilang lagi .. Tapi pagi tadi masa aku nak bagi makan, dia ada! Dia duduk dekat tepi rak kasut, (sama tempat wife and anak dia (Pepeng + 6 ekor lagi) mati) tapi bila aku tuang makanan tu, dia tak datang pun. Tak macam biasa. Dia tengok je muka aku, tapi aku langsung tak datang dekat! Aku langsung tak panggil dia makan! Ya Allah, kejamnya aku. And tadi .. dia mati dekat tempat yang sama aku nampak dia duduk pagi tadi. Tepi rak kasut. Agaknya masa dia tengok aku pagi tadi mesti dia cakap, "Kakak, lepasni citam nak pergi dah. Citam tak lama dah. Petang ni citam dah nak pergi jauh-jauh. Kakak, citam dah tak rasa nak makan. Citam balik sebab rindu kakak tapi kenapa kakak tak datang peluk citam macam selalu. Dah lama kakak tak panggil Citam, dah lama Citam tak tanduk dekat tangan kakak, duduk atas riba kakak." Ya Allah banyak weh dosa aku dengan Citam. Aku sayang Citam tapi tu dulu. Aku kejam sangat kan π’π’
Aku tak sempat nak minta maaf dengan Citam. Sampai aku kebumikan dia tadi, takde setitik air mata pun yang keluar. Sampailah waktu aku taip entry ni. Aku terbayang muka Citam, aku terdengar suara Citam, Citam yang manja, yang nakal. Kakak minta maaf. Kakak tak tegur awak pagi tadi, Tam. Allahuakbar. Aku bersalah ya Allah. Ampunkanlah aku. Ampunkan aku yang hina ni. Tam, kakak rayu. Tunggu kakak sayang, kakak nak minta maaf. Kakak tak jaga masa makan Citam, tak mandikan Citam, tak bagi yang the best untuk Citam. Citam .. kakak rindu sangat πΏπΏ Sekarang ni kakak tinggal Omey dengan Eton je. Dah lama rasanya kakak tak cerita dekat kawan kakak yang kakak ada 3 ekor kucing, sekarang ni betul-betul akak tinggal 2 ekor je Tam.
Kakak jumpa awak dekat sekolah. Tam tahu tak? Sekarang ni banyak gila kucing dekat sekolah. Pagi tu kakak datang dengan adik kakak. Tam datang mintak makan. Baru kakak tahu yang kawan Tam dah mati. Kesian Tam. Tak lama lagi cuti sekolah dua minggu. Kakak mintak izin mama nak bawak balik, kakak terkejut sangat sebab mama langsung tak bantah! Mama terus setuju! Esok pagi tu kakak terus bawak Tam balik rumah. Seronok sangat, Tam! Kakak dah ada dua ekor kucing. Yeaaay! Kakak tak tahu kenapa kakak dah tak baik dengan awak macam dulu. Kakak jahatkan .. banyak sebenarnya kakak nak cakap, tapi kakak malu. Tam tenang kan dekat sana. Dah jauh dari kakak. Allah jaga Tam, Tam dah ada dengan Yayang dengan anak-anak Tam. Tam jadi ayah yang baik ye sayang.
Satu demi satu kucing aku pergi. Sekarang ni .. aku dah takde langsung kucing jantan. Ya Allah, ramaiii jiran aku puji yang kulit Tam cantik! Memang cantik! Hitam berkilat. Ekor lebar. Sayaaaang Tam. Thanks for being a goodboy. Kakak akan rindu awak. Walaupun awak jantan, tapi sebab awak jantan kakak rasa Tam dah macam ratu hati kakak . Sayang awak Tam, sayang sangat.
Hari ni banyak betul benda yang jadi. Apapun terima kasih pada MR F sebab datang pada waktu yang tepat. Thanks awak. Aku dah tak tahu nak cakap apa. Aku cuma harap hari ni tak akan berulang lagi untuk hari akan datang. Aku tak tahu aku kuat ke tak. Banyak pengajaran aku belajar hari ni, Alhamdulillah terima kasih :')
No comments:
Post a Comment