Assalamualaikum. Bersusah payah aku cari port sebab nak carik line laju. Heh, sakit hati kita wak dengan wifi ni! Okay lupakan. Nowww, aku nak share point untuk Pengajian Am Semester 3. Siang tadi aku present topik ni, Alhamdulillah 100% diterima, cikgu and kawan-kawan semua okay. So because of that, aku nak kongsi dekat alam maya pulak. Tipu lah kalau aku cakap semua ni point aku, ade lah aku rujuk internet and then aku combine semua, so if korang nak buat macam tu jugak, terpulang. Ikut kreativiti masing-masing. Nak copy aku tak halang, tak nak credit kat aku pun, aku okay je sebab aku tau ni ilmu Allah, memang untuk semorang pun ✌
Soalan : Kerjasama Malaysia dengan negara-negara ASEAN lain dapat menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara. Bincangkan usaha-usaha yang dapat membantu pertumbuhan ekonomi Malaysia. Kombinasi soalan : Lima Usaha + Kosong.
1. Mengadakan perdagangan bebas dengan negara ASEAN.
Sekarang ni, kita ada AFTA which is ASEAN Free Trade Asia atau Melayunya, Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN. Awalnya AFTA ni disertai oleh Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand je tapi sekarang dah diikuti oleh 4 buah negara lain iaitu Vietnam, Laos, Myanmar dan Kemboja. Dengan adanya perdagangan bebas ni, daya saing dapat dipertingkatkan dan secara tak langsung dapat menarik pelabur asing. Jadi, permintaan yang tinggi dapat membantu perkembangan ekonomi.
2. Meluaskan rakan dagang dua hala.
Tadi cakap pasal AFTA, sekarang ni kaitkan dengan FTA pulak. FTA adalah Free Trade Agreement ataupun Perjanjian Perdagangan Bebas. Bila dah ada hubungan dua hala ni, laluan pasaran akan berkembang dengan cepat dan pasaran bagi kedua-dua negara tersebut tercapai. Antara isi penting FTA adalah pengurangan tarif dan duit import serta menggalakkan perdagangan barang dan perkhidmatan sesama sendiri. Malaysia dah sign FTA ni dengan negara Jepun, Pakistan, New Zealand, India dan Australia. So, kita punya perdagangan dengan negara-negara ni memang dapat merangsang eksport negara sekali gus memperkembangkan ekonomi Malaysia.
3. Menarik pelaburan FDI.
FDI ni apa pulak? Haa FDI ialah Foreign Direct Investment atau Pelaburan Asing Secara Langsung. Okay, kemasukan pelabur asing ni penting untuk pembangunan negara sebab bila ada pelaburan, akan ada pembangunan baru, so automatically akan bagi peluang pekerjaan pada rakyat. Contohnya pelabur dari negara maju macam Amerika Syarikat dapat membantu meningkatkan pendapatan negara melalui aliran masuk mata wang asing. Selain itu, apabila ada pelaburan, akan berlaku pemindahan teknologi dan akan memberi kesan kepada R&D kita sebab boleh dapatkan hasil yang lebih berkualiti. Cara-cara nak tarik FDI adalah menyediakan prasarana yang lengkap (jaringan pengangkutan, telekomunikasi, bekalan air dan elektrik). Contoh lain macam sektor firma, boleh sediakan tapak kilang yang strategik sebagai kemudahan dan tarikan. Cara kedua, memberi taraf perintis. Taraf perintis ialah pengecualian cukai selama 10 tahun kepada pelabur asing. Cara terakhir melonggarkan peraturan pelaburan melalui pemberian ekuiti yang tinggi (100%) kepada pihak pelabur untuk sesuatu projek. FDI penting sebab pelabur ni yang akan menyuntik dana bagi projek mega di negara Malaysia dan secara tak langsung meringankan beban Malaysia dalam aspek kewangan.
4. Meningkatkan imej negara Malaysia.
Imej negara dapat dipertingkatkan melalui pembangunan modal insan yang berkualiti. Maksudnya, kena usaha untuk melahirkan rakyat yang berakhlak, mahir dan cekap agar urusan dengan negara luar dapat berjalan dengan lancar. Seterusnya, meningkatkan usaha membanteras jenayah dan rasuah. Bila kedua-duanya dapat dibanteras, kita dapat meraih keyakinan daripada pihak luar dan membuktikan negara Malaysia sebuah negara yang aman untuk kegiatan perdagangan. Akhir sekali, meningkatkan keselamatan melalui sistem kehakiman yang kukuh.
5. Meningkatkan kesepakatan serantau.
Ia penting sebab dapat memperluaskan pasaran serantau. Tun Dr Mahathir telah menyarankan ASEAN + 3 iaitu ASEAN + Jepun + Korea + China. Negara-negara ni akan sepakat untuk membentuk pasaran saham berintegriti antara Malaysia, Singapura dan juga Thailand. Kestabilan harga juga dapat dicapai melalui kesepakatan dan memudahkan transaksi pasaran.
6. Meningkatkan keamanan serantau.
Keamanan dapat ditingkatkan melalui 3 aspek iaitu ARF, SEANWFZ, dan ZOPFAN. ARF adalah Forum Serantau ASEAN yang menyelesaikan penggeseran kuasa akibat pembentukan ekonomi yang pesat, kepelbagaian dalam kawasan menyebabkan perbezaan pendekatan masalah pendamaian dan keamanan serta konflik territorial dan pertikaian yang belum selesai. Peranan SEANWFZ iaitu Zon Bebas Senjata Nuklear pulak memastikan kawasan ASEAN bebas dari ancaman senjata nuklear supaya tidak merencatkan aktiviti masyarakat dalam mengeluarkan output. Bila dah aman, of course kita dapat tarik FDI tadi sebab "negara yang aman => orang pergi kerja => ekonomi meningkat". Macam tu jugaklah dengan kepentingan mewujudkan Keamanan Serantau, Zon Bebas Aman dan Berkecuali (ZOPFAN). Kalau korang ada buku LP yang warna hijau tu, boleh rujuk muka surat 20 untuk keterangan lebih lanjut ✌
SORRY sangat sebab aku tak dapat huraikan secara formal. I'll try laaa, one day. Sekarang ni otak tak function sebab present tadi pun aku tak lah formal sangat. Apa yang aku tulis niii, haaa gituuu lah aku cakap dekat depan. Maaf pada yang tak suka cara ni. First time aku kongsi karangan aku dekat belog so tak boleh deny lah kannn yang banyak gila kekurangan, hehehe. Takpe, aku akan perbaiki supaya bacaan ni sesuai untuk semua peringkat umur. Sekian, terima kasih.
nice cara sis terang...aq suke cre cmne..xformal tpi gune bhse yg mudh difahami..sgt mmbntu..
ReplyDeleteTq kak.sangat mmbantu😁
ReplyDeleteterima kasih,, sangat membantu
ReplyDelete